Jumaat, Disember 10, 2010

TEMAN KESAYANGAN DAH PULANG...

Makin lama mood aku nak blogging makin berkurang, ni gara-gara teman kesayanganku di timpa kecelakaan baru-baru ni...hatiku meruntun kesedihan...aku seakan-akan patah kaki, takde tempat nak bergantung dan bermanja-manja....setiap detik aku bersama dia, kemana saja aku pergi pasti bawa dia bersama...setelah beberapa hari dia masuk wad....eh..eh workshop aku rasa rindu dan sunyi sangat....huhu

Bila di beritahu dia akan pulang, hati aku sungguh gembira, aku tak sabar-sabar nak ambik dia, nak peluk dan belai dia...betul-betul aku sedih bila dia kena kemalangan, di rempuh oleh motorsikal dari arah belakang, habis lampu bahagian belakang pecah, tayar kanan bengkok dan cermin sisi sebelah kanan patah dan berkecai....mau tak mau dia terpaksa di tunda oleh kereta penunda ke bengkel selama 21 hari.....huwaaaaa.....

Nasib baik anggota lain termasuk enjin semuanya ok dan selamat....kecik-kecik cili padi tau, dia masih berharga bagi aku, tanpa nya susah bagi aku nak bergerak sana sini....mujur lah masa ketiadaan dia, aku masih berpeluang naik kereta En. hubby, kalau tidak pergi kerja jalan kaki la jawab nya...ohh tidakkk!




- ini lah wajah kesayangan hamba....hehe


- terpaksa pergi kerja naik yang ni pulak.....

p/s....skrg ni dah ada kt rumah...nak pergi mana2 pun senang sikit.....

Ahad, Disember 05, 2010

LANTAI JUBIN MELETUP DAH MASUK ANJUNG SERI

Salam semua.....kini kembali bersiaran setelah lama menyepi, terhenti sementara sebab masa tidak mengizinkan, kepenatan bekerja tak kira masa membuatkan aku lama tidak melayan blog, lagi pun ada beberapa masalah yang menghantui fikiranku...huhu, nanti di lain entri akan ku ceritakan di sini....

Sementara tu layan dulu kisahku di majalah Anjung Seri keluaran Disember 2010 yang dah keluar baru2 ni mengenai lantai jubin ruang bilik utama meletup pada bulan Ramadhan lalu...jadi diharapkan kisah ini dapat memberi peringatan dan menjadi panduan kepada kita sewaktu memilih dan memasang jubin...nak tahu punca dan cara2 mengatasinya, sila baca isi kandungan di muka surat 82 di majalah Anjung Seri....



- keluaran Disember 2010....


- baca kisahku di sini.....

p/s: nama blogku tersilap taip pulak dalam AS ni....

Khamis, November 11, 2010

SPAGHETI CARBONARA

Sejak dua menjak ni, mood masak memang kelautt...hehe, kalau rajin pun time anak-anak ada kat rumah jer, sekarang ni anak2 dah cuti semester, terpaksa lah pegang periuk belanga balik....adoi!!

Mood masak western food kini datang lagi, kalau dulu sebulan sampai 2-3 kali masak western, tapi kali ni cuma sekali dalam sebulan, tu pun sebab anak-anak dok jauh, nak masak pun alang-alang jer, nak makan sorang2 takde selera pulak, lagipun balik kerja hari2 bawa balik pizza, tu yang tak payah masak..hehe

Semalam lepas balik kerja, sempat jugak buat spagheti carbonara, anak2 memang suka masakan ni, dorang makan sampai kenyang, hari ni pun buat lagi sebab sos masih ada lagi, cuma rebus spagheti jer la...kalau nak resepi boleh rujuk entri yang sebelum ni....



- nyum...nyum...slurp...slurp...

Kalau dulu masak guna spagheti, tapi kali ni guna fetuccini pulak....memang sesuai untuk carbonara....mushroom pun dah tukar bukan yang ayam brand lagi, pakai mushroom cina, memang sedap sangat2, rendam mushroom tu semalaman, lepas tu potong kecil2, terus masuk dalam sos...


anak2 makan berulang kali.....sedapp..

Selasa, November 09, 2010

TILES PECAH DI ANJUNG SERI

Salam semua, korang ingat lagi tak entriku dulu bertajuk "Dugaan dibulan Ramadhan"..kalau agak2 lupa boleh rujuk balik kisah sedihku di sini...kisah mengenai lantai jubin yang pecah pada bulan puasa lepas, kini mendapat perhatian oleh Kak Rashidah, seorang penulis majalah dekor, Anjung Seri, a.k.a. bekas wartawan Berita Harian, Berita Minggu....

Kak Rashidah pernah memberi komen di ruang entri tersebut dan sebagai seorang penulis, beliau rasa bertanggungjawab untuk berkongsi cerita dan masalah bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku...dan untuk pengetahuan semua, kisah ini akan di siarkan di dalam majalah Anjung Seri keluaran bulan Disember depan.

Bagi yang ingin tahu kenapa kejadian tu berlaku, boleh lah baca sedikit petikan rencana beliau menerusi laman blognya atau bagi pembaca setia Anjung Seri jangan lupa melanggan untuk keluaran Disember nanti....

Terima kasih kak Rashidah di atas keperihatinan anda...tak sangka kejadian ni akan dimuatkan dalam AS...rasa terharu sangat2..

Selasa, November 02, 2010

URUSAN JUAL RUMAH DAN MASALAH DI BANK

Pagi tadi aku pergi KL lagi, ada urusan yang masih tertangguh, sejak bulan Julai lagi aku berurusan dengan pihak lawyer di KL, dah banyak kali aku berulang-alik ke KL atas urusan jual beli rumah aku kat Setiawangsa...ingat lagi tak entri aku bulan Julai lepas?..kalau tak ingat atau yang belum baca tu boleh lah rujuk balik kat sini ye..

Sebelum aku terus ke KL, aku pergi ke bank dulu, keluarkan duit ASB untuk bayar lawyer fees yang masih ada baki sebanyak RM684/- lagi tu...masa aku berurusan di kaunter bank ada sikit masalah, masa nak scan ibu jari kiri dan kanan aku boleh pulak tak lepas...aku dah cuak, ketaq lutut, sebelum ni tak pernah pulak terjadi macam ni, aku tak tahu kenapa dan aku perlukan duit tu untuk bayar lawyer fees, kalau tak, bila urusan aku nak setel...dah berbulan menunggu....

Tadi ambik masa jugak, pegawai bank tu suruh aku duduk dulu sementara nak check dan diorang mintak bukti lain pulak, mintak lesen kereta aku...sementara menunggu tu aku tak putus2 berdoa pada Allah...mintak di permudahkan segala urusan, kuatkan semangat, beri kan aku kekuatan..aku takut aku jatuh pengsan kalau apa2 terjadi....

Akhirnya urusan aku dipermudahkan, aku dapat keluarkan simpanan aku....ye la duit simpanan kita, kenapa susah nak keluar, bila di fikirkan balik elok jugak diorang check begitu teliti supaya orang lain tak ada yang menyamar, menipu pihak bank, sekarang ni kan macam2 berlaku....

Urusan jual rumah aku pun dah selesai, mengambil masa 4 bulan jugak, agak lama sebab banyak sangat proses yang terpaksa dilalui oleh banyak pihak...sapa2 yang pernah jual atau beli rumah tahu lah kan prosedur ni...bagi aku menunggu agak lama satu penyiksaan....

Ahad, Oktober 31, 2010

MUSIM SEJUK -vs- MUSIM SAKIT

Sekarang ni musim sejuk di Jepun, sejuk sampai ke tulang, tangan pun dh nak beku, pijak lantai pun tak terasa, sampai macam tu sekali..puteriku yang dok kt Jepun pulak demam mungkin sejuk yang terlampau..suhu merudum jatuh antara 12-5`Celcius....aku cukup risau kalau dia jatuh sakit...kalau duduk dekat boleh jugak aku tengok2 kan, ni jauh beribu2 batu...aduhai...

Dulu, kalau dia demam, aku lah yang sentiasa memantau, letak kain basah atas dahi bila nak tidur, suruh makan ubat supaya cepat sembuh, semua tu dia ikut bila kita ada bersamanya, kini dia keseorangan, ada kawan2 melayu tapi semua tinggal jauh serata Jepun, takde siapa nak jenguk, kalau ada pun kawan2 Jepun je lah, tak tahu la dorang ni jenis yang macam mana.....

Aku doakan puteriku cepat sembuh dan rajin makan ubat dan jangan malas2...dah berapa kali aku suruh dia pergi klinik kalau sakit....aku harap dia dengar nasihat aku, dengar kata demam dah kurang, tapi batuk pulak, lepas satu, satu penyakit datang....dugaan sungguh!




- puteri kesayangan...

Rabu, Oktober 27, 2010

THE POWER OF CHEESE...

Sebelum pergi kerja aku sempat dengar iklan ni di radio era..".hai mambang cheddar, mambang mozzarella, mambang parmesan dan mambang keju2 lain, tunjukkan lah kehebatan mu...." Masa aku blogwalking pun terjumpa beberapa blog yang aku rasa begitu teruja sekali.....sekarang ni pizza hut tengah buat promosi hebat tentang pizza hut's extreme cheesy 6 pizza yang mana setiap pizza mengandungi 6 campuran cheese iaitu parmesan, mozzarella, romano, cheddar, provolone dan monerey jack..wow hebatnya....kesemua cheese ni memang sedap.....kalau belum cuba tu elok lah ke pizza hut sekarang jugak....sempat lagi aku promosi tu.....aku sendiri yang bekerja di sini pun belum cuba lagi ni....hujung2 bulan ni memang ramai yang berkunjung ke sini, pekerja di sini memang tak menang tangan, tapi tugas aku bukan buat pizza ye, aku cuma siapkan salad bar termasuk coleslow, mushroom sup dan chicken sup....


- the extreme cheesy 6 pizza with hawaiian chicken topping

- my staff meals...sila abaikan yang ni....

So sesiapa yang belum lagi ke pizza hut, elok lah cepat2 ke sana dan ambik gambar banyak2 sebab ada contest...untuk pengetahuan korang semua, contest ni terbuka untuk semua yang register dengan nuffnang dan hadiah pun lumayan....untuk tahu lebih lanjut sila klik kat sini.


Selasa, Oktober 26, 2010

SATU BAB DAH SETEL

Hari ni aku cuti.....bestnya boleh relax2 dekat rumah....ooooh...ingatkan nak relax2 tapi tak boleh nak relax langsung, aku ada banyak kerja nak uruskan.....hari ni jer aku kena setel semua kerja2 yang tertangguh, seperti yang aku bagitau korang semua, dokumen perjanjian JPA kena serah sebelum 04/11, jadi semalam lepas balik kerja aku terus pergi ke pejabat adun minta tandatangan dokumen, aku sampai lewat ke pejabat adun tu, adun dah balik, aku tinggal jer dokumen tu dekat pegawai ofis tu, jadi hari ni pagi2 lagi aku dah tercegat depan pintu nak ambil dokumen penting tu....alhamdulillah kerja2 menandatangani dokumen tu dah selesai.....(bab ni paling aku tak suka).....hehe

Lepas keluar dari pejabat adun, aku terus ke pejabat LHDN pulak untuk matikan setem...urusan dekat sini memang senang, tak payah beratur pun, ada no giliran, orang pun tak ramai, jadi cepatlah urusan mematikan setem...aku beli setem rm30 untuk tiga dokumen, biasalah setiap satu dokumen kena lekat setem rm10.....habis kerja dekat situ aku singgah KWSP pulak, bangunan KWSP tak jauh dari situ cuma sebelah menyebelah jer, aku check akaun kwsp aku......

Selesai saja urusan, aku bertolak ke JPA Putrajaya, biasanya aku lebih suka menghantar apa2 dokumen 'by hand'....bagi aku lebih cepat, mudah dan selamat....kalau mengharapkan pihak universiti mungkin mengambil masa walaupun ada 'dateline' sebab ramai yang mendapat biasiswa ni.....aku serah sendiri dokumen ni ke tangan Puan Suzianti, Bahagian Pembangunan Modal Insan....bertarikh 26/10/2010.....saja aku nak ingat tarikh keramat ni....

Baru rasa lega bila semua nya dah selesai, selagi tak selesai selagi tu lah fikiran ni berserabut, masa kerja pun dok ingat benda ni, anak2 apa tah lagi, asyik bertanya bila nak pulangkan dokumen perjanjian tu, hati aku jadi tak keruan, risau jer sebab kita bekerja susah nak dapat cuti, nak suruh ayah dorang lagi la susah, sibuk memanjang.....nasib baik la aku boleh pandu kereta dan pergi sendiri......huhu


- sempat beli kacang, gula2 dan coklat cadbury dekat unikeb, ukm....

Balik tadi singgah di unikeb, ukm, check akaun bank rakyat pulak.......hoho....ada masyukk...dari situ singgah pulak ke Maybank.....berapa banyak kerja dah........satu hari setel satu bab......hehe

Ahad, Oktober 24, 2010

MELAWAT IWATE SAFARI PARK, JAPAN

Minggu lepas puteriku bersama sensei, beberapa senpai melawat safari park di Iwate...cuaca pada pagi tu agak cerah dan sejuk 15`C, langit pun nampak warna biru-kebiruan, sungguh cantik permandangan dekat Iwate, waktu ni agak sunyi tak ramai orang berkunjung mungkin masih awal lagi kot......

Kelihatan haiwan2 berkeliaran, mundar mandir sana sini, seronok tengok haiwan2, bila tengok ni teringat pulak dekat zoo negara, lama tak ke sana, masa pergi dulu pun budak2 masih kecik lagi...time diorang kecik kena bawa stroller, seronok tengok anak2 berebut nak tolak stroller adik...sekarang tinggal kenangan jer....ok lah jom jamu mata pulak tengok safari park di negara orang.....



- cantik nya kuda belang.....

- haiwan2 yang ada dalam safari park......

- bergambar bersama sensei, senpai dan kohai....

- dekat taman berdekatan safari park....

- permandangan Iwate dari atas bukit.....

- sekitar taman.....

- sapa boleh baca signboard tu.....diorang panjat 50 anak tangga untuk sampai ke atas....



- video zirafah kepala besar.....layan jer

p/s: esok pagi kena pergi jhdn dan jpa....sibuk lagi..huhu

Khamis, Oktober 21, 2010

YANG DI TUNGGU SUDAH TIBA

Lama nya menunggu, akhirnya sampai jugak surat tawaran biasiswa persekutuan, syukur alhamdulillah adik dapat biasiswa JPA, walaupun adik gagal meneruskan pengajian ke luar negara, tapi adik masih berpeluang mendapat biasiswa ini.....penat lelah adik akhirnya berbaloi jugak......

Kini tiba masanya untuk mengisi dan mentelaah segala isi kandungan surat, nak mengisi borang, nak tandatangan, nak dapatkan tandatangan penjamin dan saksi, cukai setem, semua ni akan mengambil masa....terpaksa lah aku duduk dan cari waktu dan baca buku panduan mengisi dokumen perjanjian.....ibubapa lah yang kena mengadap ni semua....huhu





Selama 3 bulan adik di universiti menggunakan duit poket sendiri, nasib baik masa cuti menunggu keputusan SPM adik bekerja sementara.....dengan duit gaji yang tak seberapa, adik kumpul dan buat belanja adik masa baru masuk universiti, banyak jugak adik beli buku yang setiap buku harganya mencecah RM70-80.....adik berkorban demi pelajaran.......

Dengan pemberian biasiswa JPA ni, mama harap adik dapat menggunakannya dengan sebaik mungkin, jangan boros dan ingat bukan senang nak dapat, beribu orang yang kat luar sana memohon tetapi gagal untuk dapat biasiswa ni.....adik kira beruntung dan patut berterima kasih kepada JPA yang telah meluluskan permohonan adik.....

p/s: lepas balik keja aku kena belek2 benda ni pulak...penat dah...

Jumaat, Oktober 15, 2010

SYUKUR AKU MASIH LAGI BERNAFAS....

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan yang maha agung dari segalanya…..tanggal 15 Oktober 2010, pada tarikh ini, bertambah setahun lagi usiaku… Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk terus bernafas menghirup udara segar di samping menikmati keindahan alam ciptaan Allah serta segala kurniaan-Nya di atas mukabumi ini…

Merenung sejenak... memikirkan apakah segala amalan kebaikan seiring dengan usiaku ini.. rasanya telah banyak waktu yang telah dihabiskan sepanjang perjalanan kehidupan yang penuh ranjau dan duri, mudah-mudahan segala keperitan dan kepenatan dalam mengharungi kehidupan di dunia ini dilimpahi keberkatan….

Kini, dalam meniti perjalanan hidup yang tidak tahu sejauh mana dipinjamkan nyawa ini di dunia ini, mengharungi hidup penuh liku, cabaran dan dugaan… daku memohon pada-Mu ya Allah, berikanlah daku kekuatan menghadapi segala ketentuan-Mu ya Allah… daku memohon agar diriku sentiasa di bawah rahmat dan lindungan-Mu.. bimbinglah daku agar sentiasa berada di jalan-Mu yang lurus lagi benar… berikanlah petunjuk-Mu kepadaku dalam menentukan sesuatu di dunia ini… peliharalah diriku agar istiqamah dalam melaksanakan perintah-Mu…


Aku berdoa…....semoga kehidupanku ini senantiasa berada di bawah payung rahmat dari-NYA, diberkati dan dipermudahkan segala urusan....jauhilah dari segala kecelakaan…..amin,,,,Ya Rabbal alamin...

Rabu, Oktober 13, 2010

PERTEMUAN YANG PENUH MAKNA

Wah banyak betul program sepanjang tahun..ini lah kehidupan...selagi bernafas...selagi itu terus hidup....walau banyak rintangan dan dugaan berlaku, hidup harus diteruskan..semalam kami sempat menjamu selera lagi di rumah anak sedara pulak....kali ni bertemu anak sedara sulung yang dah lama menyepi...walaupun tinggal berdekatan, kami jarang2 bertemu, tapi kali ni alhamdulillah segala urusan dan pertemuan di permudahkan.....

Walaupun bulan syawal dah berlalu, namun sambutan selepas syawal masih berterusan....adakala nya masa tidak mengizinkan, maka ramailah yang buat jamuan raya selepas bulan syawal...puasa sebulan tapi raya lebih dari sebulan....hehe


-ni la majlis makan2 raya selepas habis raya.....


- sate dan kek penyeri majlis.....


- anak sedara di apit oleh cucu sedara....segak bergaya gitu...

Kami sangat2 merindui kedua-dua cucu sedara ni....lama tak jumpa, jumpa sekali masa kami buat jamuan bbq lepas....itupun sekejap saja.....sebab anak sedara ni agak sibuk dengan pelbagai aktiviti, persatuan penduduk dan sebagainya, jadi bila lama tak bertemu anak sedara yang sulung ni buat majlis makan2 untuk meraikan kawan2 dan kami semua.....best dapat jumpa ramai kenalan anak sedara disamping tu dapat lah jugak berkenalan dengan jiran2 rumah di kawasan perumahan sini.....


- ni adik berposing dengan anaknya dan cucu sedara.....

- kaum2 ibu, kenalan ofis dan jiran tetangga......

Jamuan raya dibuat di rumah anak sedara yang terletak di kawasan perumahan Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi.....jiran2 di sini memang sporting habis, sepakat dan sanggup bergotong royong bila ada sesuatu majlis......

Kepada tuan rumah @ anak sedara, terima kasih banyak2 kerana bersusah payah buat majlis ni untuk kawan2 dan sanak saudara even hari raya dah pun berlalu.....tahun depan boleh buat lagi..hehe

Isnin, Oktober 11, 2010

WESTERN DELIGHT

Lama benar tak masak masakan ala2 western....kali terakhir makan masa buat bbq hari tu, anak2 memang suka sangat masakan western ni, lebih2 yang ada bersos macam black pepper sos...so hari jumaat lepas anak bujang balik bercuti, sempat lah dia merasa masakan ni.....


- black pepper roasted chicken.....

Ayam panggang tu beli jer dekat tesco, senang dah siap masak, balik rumah cuma buat coleslow, mashed potato dan black pepper sauce....resepi semua tu ambik jer dekat internet....tak susah2 lagi senang.......bila nak makan letak sos, anak bujang kalau makan ni mesti nak letak sos banyak2 sampai melimpah ruah, tu sampai tak nampak ayam dan kentang......memang sedap.....tak percaya, cuba la buat.....hehe

RAHSIA TARIKH LAHIR BULAN OKTOBER

Rahsia di sebalik bulan lahir, ianya berdasarkan kajian selama 25 tahun oleh Dato' Fadzilah Kamsah berkaitan sikap manusia. Sejauh mana ketepatan dan kebenarannya, tidaklah diketahui. Semoga anda semua terhibur membaca rahsia bulan lahir anda dan insan di sekeliling anda.


OKTOBER


  • Suka sembang,


  • Suka orang yang sayang padanya,


  • Suka ambil jalan tengah,

  • Sangat menawan dan sopan santun,


  • Kecantikan luar dan dalam,

  • Tidak pandai berbohong dan berpura-pura,


  • Mudah rasa simpati, baik, pentingkan kawan,


  • Sentiasa berkawan,


  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama,


  • Cepat marah,

  • Pentingkan diri sendiri,


  • Tidak menolong orang kecuali diminta,


  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri,


  • Tidak suka terima pandangan orang lain,


  • Emosi yang mudah terusik,


  • Suka berangan dan pandai bercakap,


  • Emosi yang kelam kabut,


  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan),


  • Suka melancong, bidang sastera dan seni, pengasih ,


  • Penyayang dan lemah lembut, romantik dalam percintaan,


  • Mudah terusik hati dan cemburu,

  • Ambil berat tentang orang lain,

  • Suka kegiatan luar,


  • Orang yang adil,


  • Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran,


  • Mudah patah semangat.

Rabu, Oktober 06, 2010

DENGAN RASMINYA MENJADI MILIK ABANG...

Bertuah nya abang bila dapat laptop kepunyaan kakak…..sebenarnya laptop lama tu kepunyaan puteriku semasa masih menuntut di intec dulu….di sebabkan kakak jarang2 guna, maka abang pun mintak nak pinjam, lagi pun selama ini abang memang banyak kerja nak buat, buat assignment dan macam2 lagi lah….masa kakak balik hari tu , kakak berhajat nak bawa balik laptop tu sekali ke Jepun, tapi tak jadi pulak sebab gara2 si abang menyuruh kakak beli lain dekat sana…..





- laptop acer cilok dari google....begini rupanya yang dah jadi milik abang...

Gembiranya hati abang bila dapat tahu kakak telah membeli laptop baru......bila kakak dah beli laptop baru, barulah dengan rasminya laptop lama menjadi milik abang...sukanya dia senyum sampai ke telinga....selama ni benda tu yang dinanti-nanti...alahai abang, abang......bertuah punya anak….



- pilihan hati kakak.....pandai pulak dia cari...amboi...


- bahagian depan...wajah sony vaio......75 ribu yen..mahal tak?

Kalau dulu bila berhubung, kami selalu message dekat fb, kini bila kakak dah ada laptop, barulah senang kami dekat rumah ni nak ym atau skype jer….boleh la dengar suara dan nampak wajah kakak sepuas-puasnya….hilang rasa rindu….hari2 boleh tengok muka kakak….hehe


Ahad, Oktober 03, 2010

BBQ RAYA

Dekat nak penghujung syawal, masih ada lagi yang buat majlis rumah terbuka...biasanya hari sabtu dan ahad adalah hari yang paling sesuai untuk buat majlis seperti ni......jalanraya tak boleh cakap lah memang penuh sesak dengan kenderaan.......tidak ketinggalan kami adik-beradik sepakat mengadakan rumah terbuka yang berlangsung pada hari sabtu semalam...setiap tahun kami buat majlis ni yang biasa2 saja, tapi kali ni atas permintaan adik-beradik kami buat kelainan iaitu buat BBQ pulak...

Menu2 biasa seperti, bihun goreng, laksa penang, ketupat rendang, agar2 daun pandan dan buah-buahan...Menu bbq pulak seperti ayam, sotong, otak2 ikan, otak2 ayam, sate, jagung, sosej dan kerang.....

Jom tengok gambar2 yang sempat di snap pada hari semalam........



Majlis bermula pukul 2 petang, yang paling ramai hadir adalah rakan2 sekolah anak sedara....sekali datang memang tak menang tangan melayan....hehe


Kalau dah buat bbq, kena lah tolong menolong, adik dan anak sedara sulong pun turut membantu membakar ayam, jagung dan lain2......seronok bila tengok suasana begini, ramai2 membantu walau pun dalam keadaan panas berasap.....hehe


- banyak kan makanan tu.......


- jagung bakar, sedap di sapu dengan butter....

- bihun goreng, ayam bakar dan sosej disalut dengan sos black pepper,,, memang enak tak terkata......


Gambar kenang- kenangan, mesti snap dulu sebelum nak balik, yang berbaju merah tu adalah cucu sedara yang dah lama tak jumpa......bila berjumpa tu lah saat2 yang paling gumbira.....hehe

Isnin, September 27, 2010

MAJLIS RUMAH TERBUKA

Hari ni sehari suntuk terasa bosan sangat sebab internet buat hal pulak....nak blogwalking pun susah....merangkak-rangkak nak sampai...nak update blog pun terasa malas, internet sekejap ada, sekejap tak ada..macam biskut pulak.....

Hari Ahad semalam dapat jemputan ke majlis hari raya Umno bahagian Ulu Langat dan pejabat Adun kawasan...majlis ni di adakan di dalam dewan dan jugak di luar dewan....khemah banyak dipasang di bahagian luar.....cuaca semalam agak panas....kami sampai pun dalam pukul 11.45 pagi....ingatkan kami orang yang terawal, rupa-rupanya ada lagi yang datang lebih awal, bukan apa kalau lewat sampai takut pulak makanan habis.....hehe

Kami jalan di setiap gerai yang ada bermacam-macam makanan.....ada gerai yang membuat burger, laksa, bihun sup, pecal, keropok lekor, ketupat lemang dan serunding, char ko teow, mee goreng, dan gerai minuman seperti air bandung, teh tarik dan jugak cendol....



- gerai burger, keropok lekor, cendol dan laksa....

- pengunjung yang datang....sungguh meriah......


Turut menyerikan majlis ialah persembahan oleh kanak2 istimewa....tidak ketinggalan persembahan dari artis2 oleh Nubhan, Rini AF, Ezlynn, Ali Mamak, Abon, Eby Yus dan lain2 lagi...pihak RTM pun datang menemuramah pengunjung.....pendek kata memang meriah lah majlis rumah terbuka semalam......

Kami tak sempat nak tunggu persembahan artis2 sebab cuaca yang agak panas, tak sanggup nak berdiri lama2 lagi pun bawa anak bujang ni bukan nya dia sanggup menunggu, lepas makan2 kami terus balik kerumah.....berpeluh-peluh jugak lah anak bujang menunggu dalam kereta, sampai merah padam muka....hehe