Ahad, Oktober 31, 2010

MUSIM SEJUK -vs- MUSIM SAKIT

Sekarang ni musim sejuk di Jepun, sejuk sampai ke tulang, tangan pun dh nak beku, pijak lantai pun tak terasa, sampai macam tu sekali..puteriku yang dok kt Jepun pulak demam mungkin sejuk yang terlampau..suhu merudum jatuh antara 12-5`Celcius....aku cukup risau kalau dia jatuh sakit...kalau duduk dekat boleh jugak aku tengok2 kan, ni jauh beribu2 batu...aduhai...

Dulu, kalau dia demam, aku lah yang sentiasa memantau, letak kain basah atas dahi bila nak tidur, suruh makan ubat supaya cepat sembuh, semua tu dia ikut bila kita ada bersamanya, kini dia keseorangan, ada kawan2 melayu tapi semua tinggal jauh serata Jepun, takde siapa nak jenguk, kalau ada pun kawan2 Jepun je lah, tak tahu la dorang ni jenis yang macam mana.....

Aku doakan puteriku cepat sembuh dan rajin makan ubat dan jangan malas2...dah berapa kali aku suruh dia pergi klinik kalau sakit....aku harap dia dengar nasihat aku, dengar kata demam dah kurang, tapi batuk pulak, lepas satu, satu penyakit datang....dugaan sungguh!




- puteri kesayangan...

19 ulasan:

Tomato Gurl's Life berkata...

semoga anak akak cepat sihat ye...

p/s: tahniah akak dpt tukar ayat linkwithin..

sweetsal berkata...

Tomato Gurl's Life;

Tkasih, akak ikut step cik tom buat, pandai la cik tom buat tutorial..

cacing berkata...

sejuk2!

amalina supey berkata...

xpe,jgn risau
senior2 boleh tolong jaga.
anak akak tahun 1 eh skarg?
ptot la demam.x biasa lagi
saya pon dmam jgak tahun lepas.
blom ckop sejuk ni.paling sejuk smpai 0 jgak
lagi2 site atas.
suruh dia pki baju tebal2 and tido pki stokin.
insyaAllah,ok

Nadiah Sidek berkata...

sama la kat sini..sejuk sampai ke tulang! ni belum winter lagi ni..winter lagi la..melampau sejuknya kat sini

sweetsal berkata...

amalina supey; dia tahun 1, alamak suhu kt utara tu sejuk terlampau no,nti akak nasihat dia..tq singgah

Nadiah Sidek; kesian kt uol sejuk kt sana macam ais kan..kena pakai baju tebal2 la ye..

mohdandmeriam berkata...

salam sal..oh anak yg dijepun makcik ingatkan sal ..memang itulah perasaan ibu bila anak sakit..tak kira yg tua atau muda..pesan itu dan ini.
Ditempat makcik juga musim sejuk sal...hehe..hujan dah 3 hari tak henti2..tapi taklah sampai pakai baju sejuk...

Yatie berkata...

Salam kak,
Mudah2an anak akak cepat sembuh....teringt masa yatie kat US, paling risau musim winter....klau ank2 demam lambat nak baiknya...mkn ubat tapi selsema still ada je....sejuk terlampau...mmng sejuk tahap beku...

Jia Sensei berkata...

moga cepat sembuhnya..=)

sarah-najwan berkata...

semoga anak akak akan cpt sembuh..setiap ibu pasti risau jika anak sakit.jika di depan mata..bole tgk2kan..ni..kat jopun lak...semoga akak sabar yer..jap lagi baiklah tu demam anak akak tu

tun sempoi berkata...

tentu akak terkejut badak..sb beralih musim kata kan.pastu x biasa lgi gn keadaan cam2. x pa, lama2 ok tu..

meowwmania berkata...

sian anak akak, dah la sakit jauh pulak...sy doakan smoga dia cepat sembuh amin...

sweetsal berkata...

tkasih semua diatas doa kalian, rasa terharu mcm nak nangis pulak..huhu

Anna Boleyn berkata...

salam kak..

lama nya dah anna tak datang sini.
semoga anak akak cepat sembuh.
baca entry ni teringat pulak dekat mak saya. biasalah mak kan..amek berat pasal anak-anak. dia risau betul setiap kali saya sakit.

hiro berkata...

cuaca tak menentu..

idasm berkata...

kesian dia. harap2 cepat semnbuh. akak jgn risau sgt yea..

Fazlinil Irma berkata...

akak..

semoga anak akak dapat sesuaikan diri dgn sejuk.

lg satu, pesan kat dia. minum air masak banyak wpun tak dahaga.

bila sejuk kita akan pasang heater. selain dr mengeringkan kulit. heater ni kalau guna terlampau sangat pun akan bg efek kat badan..

Amy Syaquena berkata...

kesian dia harap2 cepat sembuh ye.. amin

Melati Qistyna's Mummy berkata...

kak sal, puteri tu kan kuat... InsyaAllah... dh nama pown kakak [walaupon adik sebenarnyer] :)

smg segera sembuh yea....