Khamis, Februari 07, 2013

Assalamualaikum wbt.......lama betul tak update blog...agak2 dah bertahun blog ni menyepi tiada cerita....kisah percutian ke Jepun tertangguh begitu lama, nak sambung balik cerita tak tahu mana nak mula dulu....apa2 pun tunggu saja lah bila ada rasa rajin saya update ye........

Sabtu, Jun 18, 2011

SPRING IN JAPAN 2011 - 08/04/11 (DAY 4)

Salam...sambung balik citer yang tak habis2 ni..tak tau bila nak sudah, dah la lama tak update blog...hehehe..hari ke empat masa kami kat Jepun tu dah terbayang wajah2 kartun disney...tak sah kalau melancong ke Jepun tak singgah ke Tokyo Disneyland/DisneySea....rugi tau kalau tak pi sana...hehe

Kami bangun pagi seawal pukul 5 pagi, cuaca memang cerah macam siang pukul 8 pagi kat M'sia, suhu berangin dan sejuk sangat2..kami bergerak dari hostel Asakusa ke Ueno. Dari Ueno amik Hibiya Line ke Hachibori (160 yen) dan dari Hachibori amik pulak JR Keiyo/Musashino Line ke Maihama Station (210 yen), banyak sangat tukar tren, kepala pusing, nasib baik anak terer bab2 naik tren dan tukar tren..Tokyo Disneyland ni sebelah station je, jalan kaki dah sampai...


macam mimpi dah sampai sini...


istana Cinderella....

tadaaa...akhirnya dpt jejak kaki ke sini....ni 1st entrance

Sebenarnya hari kami sampai tu, nasib kami tak baik sebab selepas gempa dan tsunami hari tu semua tempat di Disneyland/DisneySea tutup..sayang seribu kali sayang, takde rezeki kami...huahuahua...macam nak nangis pun ada, tapi apa boleh buat....tak dapat masuk kami posing2 je lah...

- 2nd entrance...

dalam kedai cenderamata....

Sebelah pintu masuk 1st entrance tu ada kedai jual macam2 t-shirt disney, kartun2 disney dan sebagainya...dapat jugak lah kami shopping ala kadar untuk di bawa pulang ke M'sia nanti...


ni bahagian luar kedai cenderamata..


jalan2 sambil posing2..hehe

Dah puas jalan2, posing2, kami naik tren balik ke hostel...ada banyak masa lagi, hari pun masih cerah, kami merayau-rayau dulu sekitar Asakusa, dalam pada tu kami di kejar oleh wartawan Jepun, kononnya nak kami dengar lagu tradisional Jepun dan suruh kami nyanyi sekali ikut rentak lagu dorang...entah apa2...hehehe


tengok tu kena paksa nyanyi lagu Jepun...


Sumida Park...

Sebelum sampai hostel sempat lagi kami singgah ke Sumida Park, dekat je dengan hostel, jalan kaki 10 minit dah sampai....tak puas2 tengok bunga sakura di sepanjang Sumida river....

Ok lah, nanti ada masa saya sambung lagi trip ke Jepun...sabar menunggu ye....

Sabtu, Mei 07, 2011

SPRING IN JAPAN 2011 - 07/04/11 (DAY 3)

Itinerary kami seterusnya ke Sumida River Cruise (Tokyo Cruise), kami berjalan kaki lebih kurang 15 minit dari hostel. Sampai sini kami beli tiket untuk naik Himiko waterbus. Harga tiket 1,520 yen seorang. Perjalanan dari Asakusa ke Odaiba mengambil masa 50 minit. Sepanjang menyusuri sumida river, kami melalui sebanyak 12 jambatan yang berwarna warni dan pada masa yang sama kami dapat melihat permandangan, bangunan tinggi dan jugak melihat pokok sakura yang sedang berkembar mekar....betapa cantiknya!!



- Tokyo Cruise...

- harga tiket untuk bot ni tak sampai 1000 yen...


- kami pilih himiko waterbus...hihi

Bot yang kami naik agak mahal, kalau convert to RM jadi 55 ringgit seorang, teringin punya pasal kami berdua pilih waterbus je lah. Bot ni seakan space ship....tak ramai pun penumpang kat dalam ni, ramai yang naik bot yang lebih murah....hehe


- bahagian pintu masuk waterbus....


- di dalam waterbus....


- bandar Odaiba...

Bila sampai Odaiba kami jalan2 kawasan sekitar seperti Odaiba Marine Park, Fuji Television, Hotel Nikko dan masuk shopping kompleks...dah penat berjalan terasa lapar pulak, nak cari nasi memang lah tak jumpa makanan halal, yang ada pun dan yang boleh di makan kami singgah restoran Saizeriya, restoran ala2 pizza hut....


- ni je yang dapat kami makan, spagheti telur separuh masak + cili + garlic + olive oil dgn air oren..

Lepas perut dan kenyang, kami teruskan perjalanan naik tren di Odaiba Kaihin Koen station ke Shimbashi dan terus ke Shibuya melalui Yamanote Line, Shibuya adalah pusat membeli belah yang terkenal, sampai sini kami bershopping ala kadar....hehe


- bandar Shibuya...

- bandar Harajuku

Dari Shibuya kami teruskan perjalanan menaiki tren ke Harajuku dimana tempat ini adalah tempat golongan remaja, muda mudi menghabiskan masa membeli belah, di sini boleh lihat pelbagai fesyen remaja terkini. Kami cuma singgah di kedai 100 yen, ala2 kedai rm5 gitu...Dari Harajuku kami naik tren dan terus pulang ke hostel...teramat penat....

- terjumpa rakyat M'sia di Nakamise street, Asakusa

Masa nak balik ke hostel kami terjumpa rakyat M'sia, kat Jepun agak sukar nak jumpa orang melayu, kalau ada pun mereka ni tinggal di serata Jepun, memang jarang tengok bangsa asing di Tokyo, kalau jumpa tu memang kebetulan.....

Lebih kurang pukul 11.30 malam, sebelum tidur ada lagi gegaran gempa, kali ni terasa lebih lama, katil dua tingkat dan almari bergoyang...rupa2nya di Miyagi utara timur laut Jepun gempa lagi berukuran 7.4 magnitud....hihi seramm....

video video
- yang sempat kami rakam bandar Shibuya dan dalam waterbus....

Rabu, Mei 04, 2011

SPRING FLOWERS OF JAPAN 2011

Sepanjang perjalanan ke Jepun, hati saya memang berbunga-bunga nak tengok bunga yang sedang mekar di bumi Jepun, terutama bunga sakura, nasib saya baik dapat melancong pada bulan April iaitu musim bunga di Jepun....sepanjang kami berjalan dapat jugak lah snap bunga2 di tepi jalan, di tepi rumah dan di mana saja yang kami jumpa....hehe

Di sini ada beberapa gambar bunga sakura dan pelbagai bunga yang lain yang saya nak kongsikan bersama sewaktu saya berkunjung ke Jepun pada awal bulan April yang lepas.....jom cuci2 mata...

- bunga sakura



- sakura warna pink....

- sakura warna putih..

- tak pernah tengok bunga ni...

- bunga ros pink...cantikk..






- ni bunga daisy ke?



p/s: nanti saya sambung balik kisah spring in japan day 3...ada masalah teknikal masa nak upload..tu yang tertangguh..hhee

Sabtu, April 23, 2011

SPRING IN JAPAN 2011 - 06/04/11 (Day 2)

Seawal jam 4 pagi kami dah mula bergerak mencari tren menuju ke tempat penginapan kami di Sakura Hostel, Asakusa. Tiba di hostel lebih kurang pukul 5 pagi. Waktu ni cuaca dah cerah macam pukul 8 pagi di M'sia...kalau di M'sia masih gelap dan waktu ni orang sedang nyenyak tidur tu...hihi




- top up 'Suica kad'...

Sepanjang travel dengan tren, kami guna 'Suica kad' ala2 Touch N Go jugak la, setiap kali keluar kami top up Y1000 untuk sehari travel.....


- lepak kat bilik air sekejap, kat luar tu sejuk bangatt!!....


- sedang mencari hostel.....


- melalui kawasan temple, terjumpa pokok sakura.....


- di belakang tu la hostel kami, rakyat M'sia ramai menginap di sini....

Lebih kurang 10 minit kami berjalan kaki ke hostel...Check in dulu dan rehat sebelum meneruskan perjalanan untuk hari kedua. Destinasi pertama, kami berkunjung ke Ueno Park (Sakura blossom). Teruja sangat nak tengok bunga sakura..hehe


- ni bandar Asakusa, hari2 kami melalui jalan sini.....

Nak pergi ke Ueno Park, kami naik tren Ginza Line, tak jauh sangat cuma melalui dua stesen iaitu Tawaramachi dan Inaricho dah sampai Ueno...kami turun dan berjalan kaki ke Ueno Park cuma terletak disebelah stesen saja...senang kan...


- tadaaa....cherry blossom season in Ueno Park.....

Sampai jugak lah hajat nak tengok bunga sakura, memang cantik, terpegun seketika, sambil posing2 dan ambik gambar, dah tak larat berjalan, luas sangat kawasan sini, selepas puas mencuci mata kami pun bergerak ke tempat lain pulak iaitu di Akihabara, bandar yang popular dengan barangan elektrik jugak di kenali sebagai 'Akihabara Electric Town'. Nak ke sini kami tukar tren Hibiya Line. Dalam dua stesen kami sampai ke Akihabara...segala macam gadjet banyak terdapat di sini, kami tak beli apa2 pun, cuma belek2 harga yang beribu-ribu yen, belum mampu nak beli, simpan duit untuk travel dengan tren je lah...hihi


- masa balik hostel singgah window shopping....

Kami dah penat berjalan, naik tren turun tren dan tukar tren banyak kali..betul2 exercise tu tapi badan tak kurus2 jugak, seperti biasa berjalan kaki ke hostel, kami tempuhi banyak kedai yang menjual cenderamata dsb, kami melalui Nakamise Street, disini beli sikit buah tangan untuk dibawa balik nanti..

Sampai hostel kami merehatkan diri, tiba2 buat pertama kali terasa gegaran kecil semasa di dalam bilik..ada gempa lagi, kami duduk tingkat 4, ni pengalaman pertama gempa ketika sampai di Tokyo....sangat menakutkan....


....bersambung..

Khamis, April 21, 2011

SPRING IN JAPAN 2011 - 05/04/11 (Day 1)

Salam semua....

Bulan April 2011 bulan penuh kenangan terindah dalam hidup saya, percutian di musim bunga yang saya impi-impikan telah menjadi kenyataan dan tak mungkin saya lupakan untuk selamanya...hajat saya tercapai jua akhirnya....


- flight airasia yg sedia menunggu kami...

Pada 05/04/2011, jam 2.40 tengahari saya bersama puteri tercinta terbang ke Jepun menaiki Airasia X menuju ke Haneda Airport. Kami tiba di sana lebih kurang jam 11.30 malam waktu di Jepun (7 jam dalam penerbangan).


- kami duduk di tepi tingkap...hheee

Sesampai saja di airport, kami terus naik tren Keikyu Line menuju ke Shinagawa stesen. Dari sini kena tukar tren lagi untuk sampai ke tempat penginapan kami di Sakura Hostel dekat Asakusa, tapi malangnya dah lewat malam, kami tak sempat ambik tren ke sana, jadi kami terpaksa bermalam saja di Shinagawa stesen sementara menunggu waktu pagi...suhu ketika ini mencecah 10'Celcius....sejuk sangat2, tak tahan sampai kena selsema.

....bersambung..





Rabu, Mac 16, 2011

KISAH DI SEBALIK GEMPA DAN TSUNAMI DI JEPUN

Assalamualaikum.....maaf dah terlalu lama menyepi dan tak update blog, sebenarnya sengaja merehatkan diri dari dunia blog....kadang2 penat bekerja langsung tak terfikir nak berupdate....

Berbalik pada kisah gempa dibumi sakura, tak ada benda lain terfikir selain fikiran asyik teringat pada puteriku yang berada di Jepun...sebelum tragedi terbesar, sudah ada beberapa gegaran ditempat puteriku tinggal...gegaran kecil dianggap perkara biasa bagi mereka...

Sehari sebelum tragedi pada 11 Mac 2011, puteriku sempat berlepas ke Tokyo menaiki bas dari Sendai, tempat yang paling teruk dilanda tsunami...nasib nya agak baik kerana tidak berada lama di Sendai....bertolak malam dan sampai pada awal pagi di Tokyo....

Pada waktu tengahari keadaan di Tokyo agak kelam kabut, masa ni puteriku berada di dalam bangunan di Shinjuku sementara menunggu waktu malam nak berlepas ke Korea untuk bercuti bersama kawan2nya...masa inilah terjadi gegaran kuat, bangunan tersebut bergoyang kiri kanan bagaikan nak runtuh, cepat2 mereka turun tangga dan keluar dari bangunan, agak panik jugaklah ketika tu...

Sesampai saja ke bawah, mereka lihat ramai manusia di luar sana, masing2 terpinga-pinga, pengangkutan awam seperti bas dan tren terhenti operasi, puteriku bersama kawan2nya nak ke Haneda Airport untuk berlepas ke Korea, tapi malangnya mereka jugak tersangkut di Shinjuku..(kawasan yang paling sibuk di Tokyo)

Mereka jadi panik dan tak tahu nak buat apa, nasib baik ada seorang Jepun yang baik hati bawa mereka bermalam di Tokyo International Centre,...mereka bermalam di situ dan jugak di Sakura Hotel sebelum pulang ke Malaysia.....alhamdulillah mereka selamat pulang pada 14 Mac hari Isnin lepas....