Sabtu, Mei 07, 2011

SPRING IN JAPAN 2011 - 07/04/11 (DAY 3)

Itinerary kami seterusnya ke Sumida River Cruise (Tokyo Cruise), kami berjalan kaki lebih kurang 15 minit dari hostel. Sampai sini kami beli tiket untuk naik Himiko waterbus. Harga tiket 1,520 yen seorang. Perjalanan dari Asakusa ke Odaiba mengambil masa 50 minit. Sepanjang menyusuri sumida river, kami melalui sebanyak 12 jambatan yang berwarna warni dan pada masa yang sama kami dapat melihat permandangan, bangunan tinggi dan jugak melihat pokok sakura yang sedang berkembar mekar....betapa cantiknya!!



- Tokyo Cruise...

- harga tiket untuk bot ni tak sampai 1000 yen...


- kami pilih himiko waterbus...hihi

Bot yang kami naik agak mahal, kalau convert to RM jadi 55 ringgit seorang, teringin punya pasal kami berdua pilih waterbus je lah. Bot ni seakan space ship....tak ramai pun penumpang kat dalam ni, ramai yang naik bot yang lebih murah....hehe


- bahagian pintu masuk waterbus....


- di dalam waterbus....


- bandar Odaiba...

Bila sampai Odaiba kami jalan2 kawasan sekitar seperti Odaiba Marine Park, Fuji Television, Hotel Nikko dan masuk shopping kompleks...dah penat berjalan terasa lapar pulak, nak cari nasi memang lah tak jumpa makanan halal, yang ada pun dan yang boleh di makan kami singgah restoran Saizeriya, restoran ala2 pizza hut....


- ni je yang dapat kami makan, spagheti telur separuh masak + cili + garlic + olive oil dgn air oren..

Lepas perut dan kenyang, kami teruskan perjalanan naik tren di Odaiba Kaihin Koen station ke Shimbashi dan terus ke Shibuya melalui Yamanote Line, Shibuya adalah pusat membeli belah yang terkenal, sampai sini kami bershopping ala kadar....hehe


- bandar Shibuya...

- bandar Harajuku

Dari Shibuya kami teruskan perjalanan menaiki tren ke Harajuku dimana tempat ini adalah tempat golongan remaja, muda mudi menghabiskan masa membeli belah, di sini boleh lihat pelbagai fesyen remaja terkini. Kami cuma singgah di kedai 100 yen, ala2 kedai rm5 gitu...Dari Harajuku kami naik tren dan terus pulang ke hostel...teramat penat....

- terjumpa rakyat M'sia di Nakamise street, Asakusa

Masa nak balik ke hostel kami terjumpa rakyat M'sia, kat Jepun agak sukar nak jumpa orang melayu, kalau ada pun mereka ni tinggal di serata Jepun, memang jarang tengok bangsa asing di Tokyo, kalau jumpa tu memang kebetulan.....

Lebih kurang pukul 11.30 malam, sebelum tidur ada lagi gegaran gempa, kali ni terasa lebih lama, katil dua tingkat dan almari bergoyang...rupa2nya di Miyagi utara timur laut Jepun gempa lagi berukuran 7.4 magnitud....hihi seramm....

- yang sempat kami rakam bandar Shibuya dan dalam waterbus....

12 ulasan:

SoLy SoLicious berkata...

siyes jeles2~ bestnye... teringin sungguh nk pegi gk...heee

meowwmania berkata...

woww canggih la waterbus dia

byk shopin kak :D

sarah-najwan berkata...

woo..mmg kelas waterbus tu..bila lagi nk naik kan kak..

akak seronok pi sana sb ada anak yg bole jadi turisgad..hehe
seme tmpat menarik bole pi...

pi negara org ni mmg satu peglmn yg indah sb tmpat org lain dgn negara kita kan kak..mmg seronok..

.: raudhatunnisa' :. berkata...

serOnOknye acikkk! saya rindu kt farah. lame sgt3 xjumpe dia. dia xbalik la raye ni ye??

Cinta Misteri berkata...

Best nyerrr.....
Canggih water bus diowrg.

sweetsal berkata...

SoLy SoLicious;

InsyaAllah suatu hari sampai la hajat..memang best..

meowwmania;

aha canggih dan pelik2..hihi..ada sikit xbyk sgt shopping sbb barang sana mahal2..

sarah-najwan;

tu la teringin nak naik mcm space ship gitu..lepas ni cikgu pulak gi melancong kt sana..hehe

raudhatunnisa;

farah balik raya ni...dtg la rumah nanti ye..

Cinta Misteri;

memang canggih...hehe

♥ Che NamNam ♥ berkata...

wahhhhhhh bestnyer dapat jalan2 ker korea.menjeles saya tengok.

Korea adalah salah satu pilihan destinasi sy untuk melancong walaupon hakikatnyer macam tak mampu jerk nak sampai saner tapi dalam mimpi pon jadiklahh..hahaha

sweetsal berkata...

Che NamNam;

Tu bukan Korea tp Japan..negara dorang lebih kurang cantik dan unik..

diana berkata...

kan best kalau malaysia pun ada waterbus..
heheh..bila entah!!

caliph shuriken berkata...

stylo laa waterbus ni ^^

ain dzaya berkata...

teringin nak naik bot tu la...ase2 bile ye dpt pegi sane..wuuhuu...

zila berkata...

Bestnya gi japan..hopefully saya pun dapat gi...