Khamis, Jun 03, 2010

PERSIAPAN KE IPTA - 90% SIAP

Sejak kebelakangan internet ni selalu sangat bual hal….terlalu lembab..blogwalking pun tak sekerap yang boleh …urusan memohon biasiswa atau pinjaman untuk anak ku terpaksa dibuat di cyber cafe saja…nak buat entri baru pun kekadang terasa malas dan tiada mood….aku hanya berblogwalking yang mana sempat sahaja itu pun hanya sekejap, selepas tu kena off desktop dan buat kerja2 yang lebih berfaedah….bosan kalau internet slow sangat….

Hari ini semua masalah dah selesai…..keadaan pulih seperti biasa…tiada lagi masalah internet yang lembab….rupa2 nya seluruh kawasan yang sewaktu dengan nya menghadapi masalah yang sama…aku tak pasti apa punca nya….

Aku bukan lah nak membebel pasal ni…..ada lagi perkara yang lebih mustahak nak ku kongsikan di sini mengenai anak bujangku yang akan mendaftarkan diri di IPTA hujung bulan ni…segala persiapan hampir 90% dah siap….tinggal lagi barang2 kecil yang perlu di bawa bersama nanti…..


- kasut kulit hitam yang baru di beli...


- kasut sukan dan sandal wajib ada...


- barang2 keperluan untuk orang bujang....

Segala yuran pendaftaran, medical check-up dan x-ray dan sebagainya telah pun aku uruskan minggu lepas….banyak jugak perbelanjaan untuk ke universiti ni….kira-kira hampir RM2 ribu jugak lah habis untuk tujuan ni….rasanya perit jugak lah…tapi apa boleh buat….demi pelajaran dan masa depan anak ku….aku sanggup berkorban apa saja…..

Asalkan anak ku gembira…aku pun tumpang gembira jugak…kalau anak ku menangis aku pun menangis jugak….macam sehati sejiwa pulak….hehe!...itulah satu-satu anak bujang ku yang dari kecik sampai besar tak pernah berjauhan dengan ku….tak tau lah macam mana keadaan nanti bila berjauhan mungkin rindu teramat sangat kut….pandai-pandai lah dia menguruskan diri sendiri....

Nasib baik lah tempat pengajian tu tak berapa jauh…boleh la jenguk2 sekali sekala atau pun boleh call selalu atau sms saja….zaman sekarang tak macam dulu lagi, dah ada internet senang nak berurusan dengan anak-anak..

2 ulasan:

nj berkata...

salam

seronoknya teringat zaman nak masuk u dulu...kalau budak perempuan, habis semua baldi dan gayung diangkutnya. Tu belum sudu, garfu, gelas, pinggan... sampai mak tanya, "dah tak nak balik rumah dah ke?"

Unknown berkata...

apa yang nj kata tu sangat tepat! haha. mak ju selalu ckp mcmtu. :P

anak lelaki puan blogger sangat bertuah sbb dpt emak yang alert mcm puan blogger. :)