Sejuk2 macam nie sedap tidor......tadi hujan lebat betui, nasib baik takde kilat petir sambung menyambung, kalau tak, mau nya kena off desk top ni sebelum apa2 terjadi....alhamdulillah semua nya ok dan hujan pun dah berhenti.....memang terasa sejuk hari ni dan mood nak update blog pun datang, hehe.....
Siang hari tadi memang banyak kerja, mengemas barang2 anak nak balik asrama, sampai tak masak satu hari, suruh jer budak2 beli lauk kat kedai lepas balik dari solat jumaat, bila mengemas sorang2 memang terasa penat, budak2 bukan nak tolong, diaorang lebih suka tengok tv, main game, tu la kerja diaorang bila cuti takde benda lain nak buat....
Hari rabu lepas, budak2 ajak pulak keluar, nak makan KFC, dah lama diaorang ajak, aku buat de jer, malas nak layan, keluar jer duit banyak habis, bukan diaorang tak tahu, diaorang tahu tapi saja buat2 tak tahu....bila fikirkan budak2 ni nak balik asrama, kesian pulak... bukan senang nak jumpa nanti, hari tu keluar jugak lah, diaorang bukan main seronok lagi.....
- tukang pandu kereta.....
Bukan setakat nak keluar makan saja, diaorang ajak pulak tengok wayang, mau tak mau ikut jer kehendak diaorang, budak2 ni kata bosan kalau dok terperap kat rumah, sekali sekala nak jugak melihat dunia luar, sambil menyelam minum air.....
mula2 nak tengok cerita Toy story 3, ramai pulak orang hari tu, tiket wayang pun habis, jadi tak dapat nak tengok cerita tu, alih2 kitaorang tengok cerita The A-Team saja....cerita tu bukan nya best sangat, budak2 dah beli tiket, tengok jer la...
budak2 berhajat nak makan KFC, tetiba tak jadi, terasa tekak nak makan Chicken Chop pulak, nasib baik teringat restoran rimba dekat PKNS, lagi pun lama dah dok mengidam, tengok orang makan terliuq pulak.....
- ais krim coklat dan strawberry......
lepas habis tengok wayang, teringin pulak nak makan aiskrim baskin robbin, memang sedap giler la....kira hari tu jalan2 santai sambil makan2, belanja diaorang sebelum balik asrama.....
p/s: esok sabtu dah nak bergerak.....
3 ulasan:
eh, A-Team x besh ke???
hmm sedapnye baskin tu!
hmm..kesimpulannya, boleh pow mak sebelum balek hostel. confirm dapat. ;pP
Catat Ulasan