Salam sejahtera semua....sejak cuti panjang raya cina ni aku memang sibuk sikit..apa tak nye...cuti empat hari aku penuhi dengan aktiviti2....lagi pun dalam dua hari lepas ada gangguan teknikal - tiada internet jadi aku tak dapat nak update blog aku...walaubagaimana pun sekarang dah kembali pulih..lega hati ku dapat jugak membaca blog kekawan semua....
Sepanjang cuti lepas, anak2 aku pulang bercuti kerumah...memang penuh dan meriah rumah aku ketika itu...adik aku bersama famili nya pun datang bertandang ke rumah ku...hari itu memang gamatlah...seronok bersembang dan berbicara...menu hari itu aku masak spagheti carbonara dan nasi bubur ayam..sengaja aku buat masakan ni sebab dah lama tak buat lagi pun aku memang menunggu anak2 aku pulang bercuti barulah ada kesempatan...memang menjadi kesukaan anak2 bila aku memasak makanan kegemaran mereka....
Selepas memasak dan makan2...aku bersama dengan adik aku pergi berkunjung ke Nilai 3...lama tak ke sana jadi ini lah peluang aku berjalan-jalan masa cuti panjang ni....ramai jugak orang yang berkunjung kesana...aku sempat jugak membeli set cadar...harga berpatutan tak lah mahal sangat kalau nak di bandingkan dengan kedai2 biasa....adik aku pulak sempat membeli karpet dan barang hiasan rumah....
Setelah habis bershopping....kami terus pulang...dalam perjalanan pulang kami singgah makan2 dulu dekat gerai tepi jalan yang memang popular dengan makanan seperti cendol pulut, rojak mee, rojak kuih dan macam2 lagi lah...cuaca hari itu memang panas giler...jadi kami pekena cendol pulut, rojak mee dan kotiaw goreng kerang...ok lah sedap!!
Keesokkan hari aku menghantar anak aku pulang ke asrama nya...so sekarang rutin ku macam biasa balik tak lah sesibuk sangat....
1 ulasan:
bestnya cuti...
seronok bila kumpul ramai2 satu family..lebih2 skrg semua dh besar2 duk jauh2..
mesti riuh rumah..
rindu..
sedihnya...nk balik msia....
Catat Ulasan