Kali ini jom kita bincang tentang beberapa petua yang boleh kita jadikan panduan berguna..Antaranya:-
Air Beras
Setelah membasuh beras, air tersebut jangan dibuang kerana ia mempunyai khasiat yang berguna. Bagi anda yang mengalami tekanan darah tinggi, air beras basuhan yang pertama boleh diminum untuk mengurangkan tekanan darah. Minumlah sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Manakala air beras basuhan kedua pula boleh digunakan untuk membasuh muka agar kulit muka lebih licin dan lembut. Basuh muka setiap kali anda membasuh beras sambil berselawat. Amalkan sepanjang masa. Air beras juga boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga ini akan menyuburkan lagi pokok bunga dan melebatkan bunga.
Bawang Merah
Setiap kali menghiris bawang merah, pasti mata pedih dan berair. Bagi mengatasi masalah ini, selepas kulitnya dikupas, rendamkan dahulu dengan air garam atau air biasa kira2 10 minit. Kemudian barulah dihiris-hiris.
Daun Nangka
Daging liat?..Mudah empuk jika anda memasukkan beberapa daun nangka ke dalam rebusan daging anda.
Limau Nipis
Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris-hiriskan. Kemudian gosokan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit dan selepas itu cuci bersih2. Selain daripada mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.
Pssssttt...
- aku selalu guna air beras untuk siramkan pokok daun kari yang kat belakang rumah..sekarang ni dah nampak segar bugar..
- bawang merah pulak aku guna bila nak buat kuah spagheti..banyak pulak tu..mula lah mata pedih macam menangis..sebelum menghiris aku letak dalam air dulu lah..
- daun nangka kalau duduk kat kampung guna jugak bila nak rebus daging buat sup..
- limau nipis jarang2 guna lah..tapi selalu jugak buat air minuman je..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan