Tanpa mengira peringkat usia dan gaya hidup, penyakit ini di takuti ramai kerana kehadirannya tidak disedari dan bakal menyerang pada bila-bila masa sahaja, tanpa sebarang tanda mahupun isyarat. Jika dahulu, penyakit jantung hanya dihidapi oleh warga tua tetapi kini, semakin ramai kanak-kanak dan golongan muda yang turut menjadi mangsa.
Diantara faktor penyumbang kepada risiko yang berkaitan dengan kejadian kardiovaskular adalah seperti merokok, tekanan darah tinggi, pemakanan yang tidak baik atau berat badan berlebihan, kurang aktif atau tidak bersenam secara berkala dan tekanan.
Oleh itu, setiap individu disarankan agar mengamalkan cara hidup yang sihat agar dapat mencegah daripada terkena penyakit ini.
Tanda-tanda Penyakit Jantung
- Berpeluh
- Sesak nafas
- Loya
- Tercungap-cungap apabila kepenatan
- Degupan jantung luar biasa
- Sakit pada bahagian dada
- Penyakit arteri koronari
- Angin
- Lemah jantung
- Kematian mengejut
- Kadar kolesterol yang tinggi
- Merokok
- Tekanan darah tinggi
- Diabetes militus
- Sejarah keturunan keluarga
- Kurang bersenam atau melakukan aktiviti fizikal
- Tekanan
- Berlebihan berat badan
- Makan secara sihat. Kurangkan pengambilan lemak dan daging binatang. Tindakan ini menolong mengelak terjadinya pengerasan pada arteri iaitu salah satu punca tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan strok.
- Berhentilah merokok. Saranan kerajaan yang sering kita dengar tetapi tidak ramai yang mematuhinya. Sesiapa sahaja yang terdedah secara langsung dengan asap rokok, berisiko mendapat serangan jantung, apatah lagi bagi mereka yang merokok.
- Ringan-ringankan tulang untuk bersenam. Pelbagaikan bentuk senaman agar anda tidak bosan untuk bersenam setiap hari. Jadikan ini sebagai suatu amalan ke arah gaya hidup yang lebih sihat.
- Kekalkan berat badan ideal. Berat badan berlebihan membebankan jantung, jadi cuba dapatkan berat badan yang bersesuaian dengan ketinggian anda.
- Elakkan tekanan. Cuba belajar bertenang, beribadat, berehat sambil mendengar muzik, beriadah dan berfikiran positif akan membuatkan anda merasa sihat.
- Sekiranya anda mempunyai sejarah keturunan yang berpenyakit jantung, jalanilah ujian pemeriksaan tekanan darah secara berkala.
Pssstt...di bawah ini ada 10 jenis makanan antikolesterol yang boleh menjadi panduan pemakanan yang sihat jika kita amalkan selalu... Jagalah kesihatan untuk kesejahteraan hidup kita..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan