Selasa, Ogos 03, 2010

JIKA ISTERI MENANGIS DIHADAPANMU...

Jika isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.....
Jika kau memegang tangan nya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu....
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu...dia akan menurunkan rasa EGOnya....





Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong pegang tangan nya dengan penuh pengertian, kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam....

Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menghampakannya mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya....

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu, lihatlah jauh ke dalam matanya...dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?

Apakah keistimewaan perempuan ini? Disebalik kelembutannya dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat...tutur katanya merupakan kebenaran...senyumannya adalah semangat bagi orang yang dicintainya....pelukan dan ciumannya bisa memberi kehangatan bagi anak-anaknya..

Dia tersenyum bila melihat temannya tertawa...dia terharu, menangis bila melihat kesengsaraan pada orang-orang yang dikasihinya....dia mampu tersenyum dibalik kesedihannya....dia sangat gembira melihat kelahiran.....dia begitu sedih melihat kematian....titisan airmatanya bisa membawa perdamaian......

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana satu hal..bahawa "Betapa berharganya dia".....

"HARGAILAH IA SEBELUM TERLEWAT"....

17 ulasan:

mama qistina berkata...

sedihnya bila baca artikel ni...terasa macam dah nak nangis....kalau saya saya tak akan menangis kerana perkara yang remeh sebab saya pun tak nak hati sidia terluka.....

sweetsal berkata...

mama qistina,

wow, kuatnya semangat, kalau akak dh nangis dh..jiwa ni sensitive sikit..hehe

AngahSayang2314 berkata...

kalau macam tue kita kena hargai pengorbanan seorang yg bernama wanitaaaa

Sha Syalizz berkata...

kak... article ni buat sendiri ke? nak pinjam boley...?

Amalia Auni berkata...

tersentuh hati sy ble bace aritikel nie..
buat para suami..
hargai lah isteri sebelum terlambat ye...

laGenDA KodOk HijAU berkata...

kalau awek menangis macam mana lak ?

sweetsal berkata...

AngahSayang2314,

betui tu, wanita ni byk berkorban, seharusnya dihargai..

Sha Shalizz,

boleh ambil la, artikel ni mmg utk disebarkan...

Laman Alia berkata...

akak, saya pun nak copy n masukkan dalam blog saya bleh x... terharu lah bila baca artikel ni.

sweetsal berkata...

Laman Alia,

boleh, silakan..

Jef Hadi berkata...

klu mak nangis depan anak? mau xluruh hati.

ouh, gadis yg tengah nanges ue, cantik!!!

Fazlinil Irma berkata...

kak..

belum jd isteri boleh baca ja dulu. pengalaman xde. sbb skrg bila bujang. rindu kat mak pun nangis. hehe.

nj berkata...

:( sedey nih...kalau lah suami2 baca entri akak...mau menangis gak!

sweetsal berkata...

Fazlinil Irma,

takpa sekadar baca no hal punya, dh kahwin nti macam2 hal yg dtg..hehe

Nj,

suruh suami nj baca la..biar dorang faham perasaan kita ye..

Tanpa Nama berkata...

Sedih. Harap dpt husband yang boleh memahami perasaan ni.
Insyaa Allah :-p

annazanariah berkata...

begitu banyak pengorbanan seorg wanita kan.. sayap kiri lelaki.

Woman! Without her, man is nothing!

pernah dgr? tapi lelaki selalu tukar punctuation jadi camni:

Woman wihout her man, is nothing!

kesimpulannya, lelaki dan perempuan saling memerlukan. sebab itulah Allah menciptakan Adam dan Hawa~

nosembilanbelas berkata...

aduh...
dua kali dah dalam masa terdekat jumpa n3 cam nie...
aduhhhh..
akak share boleh?

YEASLMN berkata...

Best sgat entry ni :)