Ahad, Januari 16, 2011

WINTER IN TOKYO - PART 2

Salam......banyak jugak tempat2 menarik yang puteriku sempat berkunjung di Tokyo, antaranya seperti Shibuya, Shin Okubo, Shinjuku, Odaiba dan sewaktu dengan nya....percutian yang sungguh indah bila dapat bertemu dengan kawan2 seperjuangan di Jepun....mereka bercuti selama 5 hari di Tokyo dalam musim sejukkk.....



- dalam kedai korean town di Shin Okubo....

Sempat lagi singgah di kedai korea yang menjual album artis2 korea....tak sah kalau tak beli satu album..yang di tangan tu sah2 album SNSD kalau tak silap la, puteriku memang minat dengan artis korean...hehe...minat2 jugak, jangan lupa belajar sudah lah.....


- depan Shibuya station.....


- bersama Cik TeN10 di Shibuya......

Berjumpa dengan Cik TeN10 semasa jalan2 di Shibuya...ni sebelum Cik TeN10 balik ke M'sia....ada yang nak berkenalan dengan Cik TeN10 boleh lah terjah blog dia....banyak cerita menarik dari Cik TeN10..


- Shinjuku I-City.....

Lampu2 yang lip lap tu macam dekat I-City S.A jer....tapi lagi menarik sebab banyak warna biru daripada warna oren yang terdapat di I-City S.A tu....hukhuk...tak kisah la dekat M'sia pun ada jugak kan.....


- jalan2 malam di Shinjuku lagi....


- Ferriswheel di Odaiba....

Ni Ferriswheel yang terbesar di Jepun, menarik dan berwarna warni pada waktu malam....

p/s: masa ni salji tengah turun lagi...puteriku kesejukan nak keluar pun tak boleh, rasa macam nak demam, suhu negative 3 drjah celcius...tahap beku, harap2 dia sihat dan jaga kesihatan....

Rabu, Januari 05, 2011

TRIP TO TOKYO & WINTER HOLIDAY IN JAPAN

Bestkan kalau dapat melancong ke luar negara....ni antara angan2 aku nak menjejak kaki ke sana, entah bila dan ketika, belum ada kesempatan lagi....kalau ada rezeki dan peluang hendak je terbang.....sementara puteriku masih di sana, aku ingin sekali menjenguk nya......doa2kan lah ye agar hajatku tercapai.....hehe

Cuti musim winter baru2 ni puteriku bersama rakan2 seperjuangan melawat kotaraya Tokyo, saat2 yang paling manis mereka dapat bersama-sama rakan2, bermain, bershopping dan sewaktu dengan nya....alangkah seronoknya!

Jom saksikan keindahan panorama negara matahari terbit dinegara 4 musim ni.....


- bandaraya Tokyo....bersih dan cantik...


- keindahan waktu malam penuh dgn lampu2 warna warni....


- jalan2 di Shibuya, yang di sebelah kanan tu macam kenal je, cik TeN10 ke?


- waktu ni suhu kurang dari 10 drjah celcius, mak aik sejuk sangat2...pipi puteriku nampak tembam, sejuk2 ni mesti lapar dan banyak makan....hehe


- sesetengah tempat dah bermusim salji, dapat lah buat snowman...


- masa ni ramai2 main ski dan snowboard......

Okey lah, ada lagi pic yang tak dapat nak upload, banyak sangat, nanti sambung lagi di lain entri ye.....bye....bye.....entah bila aku nak rajin berblogging, ni pun saja2 paksa diri, kadang2 mood dah lari ke lain.....hehehe

Isnin, Januari 03, 2011

DARI SHAH ALAM-PJ-TAPAH

Salam semua......selamat tahun baru 2011.... maaf semua sebab lama tak update blog kesayangan ni, kini bersiaran kembali, baru ada masa terluang bila anak2 dah mula kembali ke kolej masing2....

Bertarikh 02/01/2011 hari ahad semalam hantar anak ke Uitm Tapah, berhijrah lagi dari mula2 masuk bertempat di Shah Alam, kemudian pindah pulak ke PJ (kolej Alamanda) dan terakhir sekali baru ke kampus cawangan baru di Tapah....kali ni agak jauh dari rumah, kalau nak balik kena tunggu cuti panjang, boleh la cuba naik tren pulak dari Tapah Road ke KL Sentral, tak perlu lagi pergi ambik balik naik kereta.....hehehe.....



- kolej, fakulti dan bilik komputer

Uitm Tapah baru di buka pada Disember 2010, memang cantik dan selesa walaupun terletak di kawasan perkampungan, untuk sampai ke sini lebih kurang 10 minit dari pekan Tapah, terdapat dusun durian di kiri kanan jalan....bila musim durian tiba boleh makan durian banyak2..kena cari mak dan bapa angkat pulak.....hukhuk



- satu bilik ada 4 katil, luas dan selesa...

Jumaat, Disember 10, 2010

TEMAN KESAYANGAN DAH PULANG...

Makin lama mood aku nak blogging makin berkurang, ni gara-gara teman kesayanganku di timpa kecelakaan baru-baru ni...hatiku meruntun kesedihan...aku seakan-akan patah kaki, takde tempat nak bergantung dan bermanja-manja....setiap detik aku bersama dia, kemana saja aku pergi pasti bawa dia bersama...setelah beberapa hari dia masuk wad....eh..eh workshop aku rasa rindu dan sunyi sangat....huhu

Bila di beritahu dia akan pulang, hati aku sungguh gembira, aku tak sabar-sabar nak ambik dia, nak peluk dan belai dia...betul-betul aku sedih bila dia kena kemalangan, di rempuh oleh motorsikal dari arah belakang, habis lampu bahagian belakang pecah, tayar kanan bengkok dan cermin sisi sebelah kanan patah dan berkecai....mau tak mau dia terpaksa di tunda oleh kereta penunda ke bengkel selama 21 hari.....huwaaaaa.....

Nasib baik anggota lain termasuk enjin semuanya ok dan selamat....kecik-kecik cili padi tau, dia masih berharga bagi aku, tanpa nya susah bagi aku nak bergerak sana sini....mujur lah masa ketiadaan dia, aku masih berpeluang naik kereta En. hubby, kalau tidak pergi kerja jalan kaki la jawab nya...ohh tidakkk!




- ini lah wajah kesayangan hamba....hehe


- terpaksa pergi kerja naik yang ni pulak.....

p/s....skrg ni dah ada kt rumah...nak pergi mana2 pun senang sikit.....

Ahad, Disember 05, 2010

LANTAI JUBIN MELETUP DAH MASUK ANJUNG SERI

Salam semua.....kini kembali bersiaran setelah lama menyepi, terhenti sementara sebab masa tidak mengizinkan, kepenatan bekerja tak kira masa membuatkan aku lama tidak melayan blog, lagi pun ada beberapa masalah yang menghantui fikiranku...huhu, nanti di lain entri akan ku ceritakan di sini....

Sementara tu layan dulu kisahku di majalah Anjung Seri keluaran Disember 2010 yang dah keluar baru2 ni mengenai lantai jubin ruang bilik utama meletup pada bulan Ramadhan lalu...jadi diharapkan kisah ini dapat memberi peringatan dan menjadi panduan kepada kita sewaktu memilih dan memasang jubin...nak tahu punca dan cara2 mengatasinya, sila baca isi kandungan di muka surat 82 di majalah Anjung Seri....



- keluaran Disember 2010....


- baca kisahku di sini.....

p/s: nama blogku tersilap taip pulak dalam AS ni....

Khamis, November 11, 2010

SPAGHETI CARBONARA

Sejak dua menjak ni, mood masak memang kelautt...hehe, kalau rajin pun time anak-anak ada kat rumah jer, sekarang ni anak2 dah cuti semester, terpaksa lah pegang periuk belanga balik....adoi!!

Mood masak western food kini datang lagi, kalau dulu sebulan sampai 2-3 kali masak western, tapi kali ni cuma sekali dalam sebulan, tu pun sebab anak-anak dok jauh, nak masak pun alang-alang jer, nak makan sorang2 takde selera pulak, lagipun balik kerja hari2 bawa balik pizza, tu yang tak payah masak..hehe

Semalam lepas balik kerja, sempat jugak buat spagheti carbonara, anak2 memang suka masakan ni, dorang makan sampai kenyang, hari ni pun buat lagi sebab sos masih ada lagi, cuma rebus spagheti jer la...kalau nak resepi boleh rujuk entri yang sebelum ni....



- nyum...nyum...slurp...slurp...

Kalau dulu masak guna spagheti, tapi kali ni guna fetuccini pulak....memang sesuai untuk carbonara....mushroom pun dah tukar bukan yang ayam brand lagi, pakai mushroom cina, memang sedap sangat2, rendam mushroom tu semalaman, lepas tu potong kecil2, terus masuk dalam sos...


anak2 makan berulang kali.....sedapp..

Selasa, November 09, 2010

TILES PECAH DI ANJUNG SERI

Salam semua, korang ingat lagi tak entriku dulu bertajuk "Dugaan dibulan Ramadhan"..kalau agak2 lupa boleh rujuk balik kisah sedihku di sini...kisah mengenai lantai jubin yang pecah pada bulan puasa lepas, kini mendapat perhatian oleh Kak Rashidah, seorang penulis majalah dekor, Anjung Seri, a.k.a. bekas wartawan Berita Harian, Berita Minggu....

Kak Rashidah pernah memberi komen di ruang entri tersebut dan sebagai seorang penulis, beliau rasa bertanggungjawab untuk berkongsi cerita dan masalah bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku...dan untuk pengetahuan semua, kisah ini akan di siarkan di dalam majalah Anjung Seri keluaran bulan Disember depan.

Bagi yang ingin tahu kenapa kejadian tu berlaku, boleh lah baca sedikit petikan rencana beliau menerusi laman blognya atau bagi pembaca setia Anjung Seri jangan lupa melanggan untuk keluaran Disember nanti....

Terima kasih kak Rashidah di atas keperihatinan anda...tak sangka kejadian ni akan dimuatkan dalam AS...rasa terharu sangat2..