Jumaat, April 02, 2010

EPISOD BARU BERMULA

Salam…..sudah masuk hari keempat anak ku berada di negara matahari terbit…khabarnya cuaca disana pada waktu ini teramat sejuk hingga mencecah 11 darjah celcius…sejuk giler…bagaimana lah keadaan anak ku yang pertama kali menghadapi suhu yang begitu sejuk…aku harap anak ku tabah menjalani kehidupan baru dan pandai menyesuaikan diri di negara asing..

Semalam tepat pukul 12.30 tengahari aku menerima berita paling gembira apabila anak ku menalipon bertanya khabar..panggilan yang dinanti-nanti selama pemergian nya ke sana…panggilan pertama yang aku terima semasa aku sedang memandu kereta…aku hampir menitiskan air mata bila mendengar suaranya..suara yang begitu jelas seolah-olah aku berada terlalu dekat dengan nya…aku bersyukur sangat apabila mendapat tahu perkembangan nya di sana…walaupun perbualan kami terlalu singkat tapi cukup untuk membuatkan hatiku berasa lega sekali….

Ramai yang tertanya-tanya bila nak postkan gambar-gambar semasa penerbangannya ke sana…lama jugak aku menanti waktu yang sesuai lagi pun masa tidak mengizinkan…ada sahaja halangan mendatang…internet di rumah ku selalu menjadi penghalang untuk aku terus mengupdate blog aku…hari-hari aku menunggu masa terluang tapi keadaan betul-betul tak mengizinkan..aku minta maaf pada semua pengunjung blog aku….yang memberi aku award pun aku tak sempat mengambilnya lagi….terima kasih aku nak ucapkan pada En. Long Hafiz dan juga Cik Wana yang telah memberi aku award…he3x..nanti kalau ada masa aku akan buat entri untuk ini...insyaAllah..

- bersama ahli keluarga..
- sebelah kiri acu, farah, nana dan anjang..

- ni gambar satu famili..

- semasa check-in..

- wajah sedih nak tinggalkan famili..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga anak jadi graduan cemerlang bila pulang ke msia nnt :)

yuroshiku ^^

sweetsal berkata...

sue-sama;

terima kasih sue..