Jumaat, Januari 22, 2010

SNEK YANG SIHAT

Tak semua makanan ringan tu tak sihat. Ada kalanya mulut ni gemar mengunyah makanan ringan. Ayuh elok kita mencari snek yang sihat!

INFO:
Pengambilan snek yang baik dalam masa yang bersesuaian boleh memberi tenaga yang lebih dan menyeronokkan tetapi perlu di pelbagaikan khasiatnya..

- Dadih

Dadih terdiri daripada susu yang kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin D3 yang membantu pembentukan tulang dan gigi.

- sedapnye aiskrim..

Pilih aiskrim yang kaya dengan susu dan kurang gula. Kini, dah banyak aiskrim yang menyihatkan misalnya aiskrim susu kambing yang dah pun dikomersilkan.

- Sup Cendawan ...emm lagi sedap!..

Mengandungi selenium yang mempunyai pelbagai khasiat dan berkeupayaan menentang kanser prostat selain mampu meminimumkan risiko obesiti, penyakit hati, diabetes, tekanan darah tinggi dan beberapa jenis kanser.

- coklat hitam..

Dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins & phenols yang membantu mencegah sakit jantung dan kanser. Coklat tak menggemukkan cuma kita perlu mengelakkan daripada makan secara berlebihan!.

Oat Biscuits
- biskut Oat

Oat mengandungi khasiat serat larut aktif yang menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan dan menjadikan jantung lebih sihat.

- kekacang

Sebenarnya kacang tersembunyi banyak khasiat yang mampu menentang penyakit. Kacang mengandungi protein yang lebih tinggi dari daging, telur dan soya.

Psssstt...makanan2 diatas semua nya aku suka..lebih2 lagi aiskrim, sup cendawan dan coklat..anda bagaimana?

Tiada ulasan: