Isnin, Januari 04, 2010

Barangan Terpakai...

Semalam sempat aku mengemas baju2 terpakai…daripada terbiar lama tak guna lebih baik aku kemas dan himpun baju2 terpakai..boleh jugak aku serahkan kepada yang memerlukan…Baju2 ni pun aku dah serahkan kepada satu keluarga melayu…Ada banyak lagi yang belum sempat aku kemaskan…baru2 ni aku dijemput menyertai program kebajikan anjuran Biro Kebajikan Kawasan Rukun Tetangga Fasa 3 di kawasan rumah ku.

Nama Program : Program Cahaya Kasih

Tarikh : Bermula 04/01/2010 sehingga 05/02/2010

Program ini bertujuan untuk memberi sumbangan kepada Rumah Warga Emas dan Rumah Anak2 Yatim…Sumbangan yang diperlukan adalah seperti berikut:-

- Pakaian terpakai/baru

- Kasut terpakai/baru

- Buku-buku pelajaran

- Barangan keperluan bayi

- Barangan makanan yang tidak mudah rosak

Bagi menjayakan program kebajikan ini, sumbangan dari anda semua sangat2 dialu-alukan…Semua barangan hendaklah dibungkus dengan baik supaya tidak kotor dan rosak semasa dalam proses pengumpulan..

Semua barangan sumbangan boleh diserahkan kepada nama2 berikut:-

1) Tuan Hj Omar Bin Zainal – Pengerusi KRT. Tel: 012-3821347

2) En Mohd Nor bin Hamzah – Timbalan Pengerusi KRT. Tel: 017-6413674

3) En Suwai bin Johar – Ketua Biro Kebajikan & Sosial. Tel: 013-3523317

Terima kasih…

Tiada ulasan: