Isnin, Januari 18, 2010

JOM SINGGAH MAKAN2

ARKIB : 17/01/2010

Uniknya Teh Tarik Place


TEH tarik dan roti bakar.


MACAM tak siap! Mungkin ini kata yang terpacul dari mulut anda tatkala melintasi Teh Tarik Place yang terletak di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju ini.

Namun terimalah hakikat bahawa ini adalah trend semasa yang sangat diminati terutama golongan muda urban.

Dekorasi ringkas seakan-akan bangunan tidak siap mempunyai nilai artistik tersendiri. Keunikannya terletak pada susun atur perabot dan kebijaksanaan menggunakan props yang ada di sekitar ruang restoran.

Dinding yang dibiar warna simen tanpa cat dihiasi lakaran burung-burung berlagu riang mencetus suasana ceria. Juga susunan botol-botol kaca dan tin susu kosong mengingatkan kita kepada gerai mamak tepi jalan.

Memberi nafas baru kepada konsep mamak konvensional, Teh Tarik Place menjanjikan satu suasana selesa, nyaman dan kontemporari sesuai untuk semua golongan juga keluarga. Hidangan popular kesukaan rakyat Malaysia boleh didapati di sini pada harga yang berpatutan, namun keenakannya tiada kompromi.

Sepinggan mi goreng mamak dengan beberapa ekor udang hanya berharga RM6.90! Dan percayalah setiap hidangan didatangkan dalam saiz yang memuaskan hati pengunjung dan paling utama, kebanyakannya berharga di bawah RM10.

Penolong Pengurus Pemasaran Chaswood Resources, Jocelyn Lee yang mengendalikan restoran ini berkata, restoran ini diilham sebegini rupa bagi meminimumkan kos sajian agar pengunjung masih boleh menikmati hidangan kegemaran mereka tanpa rasa terbeban.

“Selain harga berpatutan, kami juga mementingkan kebersihan dan kesihatan dengan tidak menggunakan bahan perasa MSG, mengurangkan gula, garam dan juga minyak,” katanya.

Antara hidangan kesukaan adalah mi rebus, roti canai, nasi goreng ayam TTP, murtabak ayam, roti bakar, nasi kerabu, nasi ayam dan banyak lagi.

Restoran yang dibuka Julai lalu itu sedang mengadakan Pertandingan Mereka Lakaran Dinding. pemenang berpeluang memenangi RM1,000 serta hasil kreativiti mereka akan dipaparkan secara kekal di dinding Teh Tarik Place, Wangsa Maju. Maklumat lanjut pertandingan sila layari www.tehtarikplace.my

Add to Google

Tiada ulasan: