Kali ni kita sembang pasal bunga2 pulak ye..dalam dunia ni memang ada banyak jenis bunga, namun tak semuanya boleh menunjukkan personaliti. Ada sesetengah bunga yang popular dan diminati orang mampu dikaitkan dengan perasaan si pemberi dan juga si penerima. Sambil bersantai & relak2 tu, boleh la fikirkan bunga apa yang nak diberikan kepada si dia..Ehmm..
- Carnation
Hebat!! Bunga Carnation paling dikenali di dunia. Bunga ini menunjukkan anda sangat menghargai si penerima yang memiliki sikap yang menyenangkan.
- Daisy
Bunga ni memberi maksud kecantikan & kejujuran anda kepada si penerima.
- Orkid
Fizikalnya sangat eksotik & memiliki sifat yang begitu unik sekali. Bagi yang meminati keunikannya tu, ia menunjukkan anda sangat menghargai orang lain. Jadi pemberian tu mengekalkan ingatan yang berkekalan kepada penerimanya.
- bunga lily
Bunga ini melambangkan orang yang setia dalam persahabatan. Bertuah sangat jika si penerima mendapat jambangan bunga lily ini.
- Ros
Takde bunga lain yang dapat menandingi kemasyhurannya sebagai bunga pemberian yang paling di minati. Sebagai sumber inspirasi, bunga ros memberikan kuasa yang kuat pada cinta & kasih sayang. Si penerima juga pastinya begitu manja, jadi sesuai sangatlah!
- Matahari
Keceriaan warna kuning bermaksud membara. Bunga matahari bukan je mewakili tenaga suria malah anda merupakan seorang yang bertanggungjawab dalam hubungan. Anda juga mempunyai sifat pelindung yang tinggi. Si penerima pastinya seorang yang sentiasa tenang & ceria, seceria suria.
- Tulip
Dengan memberi maksud 'being perfect love', bunga tulip menceritakan rasa kecintaan & elegan dalam diri anda. Oleh kerana itu, penerima juga seorang yang cekal & sofistikated dalam menjalinkan hubungan. Jarang sekali pertemuan dua jiwa seperti ni mampu disatukan. Bertuah anda kerana sama padan.
Pssstt...aku suka semua bunga kecuali bunga tahi ayam..ngeeee!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan