Hari ini bermula sesi baru persekolahan tahun 2010…Pelbagai ragam serta gelagat murid2 tahun satu sehingga mewujudkan suasana ceria di sesebuah sekolah…Terbayang di fikiran ku semasa anak bongsuku mula2 masuk sekolah Tadika duabelas tahun yang lalu…Anak ku menangis tidak mahu masuk ke dalam kelas…hinggakan anak ku sanggup memanjang pagar untuk pulang ke rumah..nasib baik ada guru sempat menangkap anak ku ..ketika itu suamiku meninggalkan nya kerana urusan kerja…aku pula menguruskan anak perempuan ku di sekolah lain…kini semuanya menjadi kenangan manis yang masih terpahat di ingatanku…itulah kisah2 ku semasa anak2ku masih kecil…kini mereka semua telah dewasa…kesemua anak2 ku telah habis belajar di sekolah menengah…ketika ini dua orang anakku telah pun melanjutkan pelajaran…hanya tinggal anak bongsu ku yang masih menunggu keputusan SPM…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan