Khamis, November 11, 2010

SPAGHETI CARBONARA

Sejak dua menjak ni, mood masak memang kelautt...hehe, kalau rajin pun time anak-anak ada kat rumah jer, sekarang ni anak2 dah cuti semester, terpaksa lah pegang periuk belanga balik....adoi!!

Mood masak western food kini datang lagi, kalau dulu sebulan sampai 2-3 kali masak western, tapi kali ni cuma sekali dalam sebulan, tu pun sebab anak-anak dok jauh, nak masak pun alang-alang jer, nak makan sorang2 takde selera pulak, lagipun balik kerja hari2 bawa balik pizza, tu yang tak payah masak..hehe

Semalam lepas balik kerja, sempat jugak buat spagheti carbonara, anak2 memang suka masakan ni, dorang makan sampai kenyang, hari ni pun buat lagi sebab sos masih ada lagi, cuma rebus spagheti jer la...kalau nak resepi boleh rujuk entri yang sebelum ni....



- nyum...nyum...slurp...slurp...

Kalau dulu masak guna spagheti, tapi kali ni guna fetuccini pulak....memang sesuai untuk carbonara....mushroom pun dah tukar bukan yang ayam brand lagi, pakai mushroom cina, memang sedap sangat2, rendam mushroom tu semalaman, lepas tu potong kecil2, terus masuk dalam sos...


anak2 makan berulang kali.....sedapp..

Selasa, November 09, 2010

TILES PECAH DI ANJUNG SERI

Salam semua, korang ingat lagi tak entriku dulu bertajuk "Dugaan dibulan Ramadhan"..kalau agak2 lupa boleh rujuk balik kisah sedihku di sini...kisah mengenai lantai jubin yang pecah pada bulan puasa lepas, kini mendapat perhatian oleh Kak Rashidah, seorang penulis majalah dekor, Anjung Seri, a.k.a. bekas wartawan Berita Harian, Berita Minggu....

Kak Rashidah pernah memberi komen di ruang entri tersebut dan sebagai seorang penulis, beliau rasa bertanggungjawab untuk berkongsi cerita dan masalah bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku...dan untuk pengetahuan semua, kisah ini akan di siarkan di dalam majalah Anjung Seri keluaran bulan Disember depan.

Bagi yang ingin tahu kenapa kejadian tu berlaku, boleh lah baca sedikit petikan rencana beliau menerusi laman blognya atau bagi pembaca setia Anjung Seri jangan lupa melanggan untuk keluaran Disember nanti....

Terima kasih kak Rashidah di atas keperihatinan anda...tak sangka kejadian ni akan dimuatkan dalam AS...rasa terharu sangat2..

Selasa, November 02, 2010

URUSAN JUAL RUMAH DAN MASALAH DI BANK

Pagi tadi aku pergi KL lagi, ada urusan yang masih tertangguh, sejak bulan Julai lagi aku berurusan dengan pihak lawyer di KL, dah banyak kali aku berulang-alik ke KL atas urusan jual beli rumah aku kat Setiawangsa...ingat lagi tak entri aku bulan Julai lepas?..kalau tak ingat atau yang belum baca tu boleh lah rujuk balik kat sini ye..

Sebelum aku terus ke KL, aku pergi ke bank dulu, keluarkan duit ASB untuk bayar lawyer fees yang masih ada baki sebanyak RM684/- lagi tu...masa aku berurusan di kaunter bank ada sikit masalah, masa nak scan ibu jari kiri dan kanan aku boleh pulak tak lepas...aku dah cuak, ketaq lutut, sebelum ni tak pernah pulak terjadi macam ni, aku tak tahu kenapa dan aku perlukan duit tu untuk bayar lawyer fees, kalau tak, bila urusan aku nak setel...dah berbulan menunggu....

Tadi ambik masa jugak, pegawai bank tu suruh aku duduk dulu sementara nak check dan diorang mintak bukti lain pulak, mintak lesen kereta aku...sementara menunggu tu aku tak putus2 berdoa pada Allah...mintak di permudahkan segala urusan, kuatkan semangat, beri kan aku kekuatan..aku takut aku jatuh pengsan kalau apa2 terjadi....

Akhirnya urusan aku dipermudahkan, aku dapat keluarkan simpanan aku....ye la duit simpanan kita, kenapa susah nak keluar, bila di fikirkan balik elok jugak diorang check begitu teliti supaya orang lain tak ada yang menyamar, menipu pihak bank, sekarang ni kan macam2 berlaku....

Urusan jual rumah aku pun dah selesai, mengambil masa 4 bulan jugak, agak lama sebab banyak sangat proses yang terpaksa dilalui oleh banyak pihak...sapa2 yang pernah jual atau beli rumah tahu lah kan prosedur ni...bagi aku menunggu agak lama satu penyiksaan....