Sabtu, Mei 22, 2010

JOM MASAK SPAGHETI CARBONARA

Dah lama sangat nak buat entri tentang resepi spagheti carbonara....baru hari ini berpeluang melaksanakan nya...kalau sesiapa nak mencuba resepi ni boleh lah try...tak rugi mesti sedap punya....tapi sebelum tu mesti lah kena ada bahan-bahan nya ye....resepi favorite famili ku..setiap bulan pasti tak miss....dah satu kemestian..pasti setiap bulan kena buat spagheti ni macam ketagih pulak...hehe!!.....jom kita godek-godek apa resepinya....


- barang2 ni mesti kena ada dulu..

- saja nak bagi tengok puas2 apa bahan2 nye...

- pandangan dari sudut atas....

- pandangan dari depan..biar nampak berbukit sikit...

- gulung2 dulu tau...nampak kelazatan nya..

- zoom sikit boleh nampak parmesan cheese diatas nya...

Bahan:

Spaghetti 1 packet (5 org makan)
1 1/2 kotak kecil susu segar (1 kotak pun cukup)
1 cawan tepung gandum (dibancuh air)
2 cup kecil plain yogurt (macam gambar di atas)
Lada hitam serbuk kasar
1 kiub ayam
1 sudu besar butter
2 sudu besar parmesan cheese (serbuk)
2 ketul bawang putih (dicincang)

1 tin prego carbonara (masukkan kalau nk lagi sedap)

Bahan optional:

Daging kisar (goreng dulu dgn sedikit minyak) - tak nak letak pun boleh
Cendawan butang (potong 2) - (1 tin)
Mozarella cheese (jika ada) - blh guna chesdale pkt

Cara:

1- Rebus spaghetti, pastikan air betul2 mendidih baru masukkan spaghetti. Sudah masak asingkan..letak minyak supaya tidak melekat.

2- Dalam mangkuk, campur susu, tepung gandum, yogurt, lada hitam, parmesan cheese. Kacau sebati.

3- Panaskan kuali @ periuk, masukkan butter. Tumis bawang putih + kiub ayam.

4- Masuk bancuhan susu tadi. Atas api perlahan, pukul bancuhan dgn pemukul telur. Kacau hingga pekat. Jika terlalu pekat, tambah air masak.

5- Masuk bahan optional (jika ada). Kacau lagi.

6- Siap. Hidang dgn spaghetti.

7- Nak sedap, tabur sedikit mozarella cheese, bakar dlm microwave (medium, 4 minit). Mozarella akan menjadikan hidangan lebih cheesy.

8- Enjoy!


Pssst: resepi ni di ambil dr blog resepi..adjust sikit supaya rasanya lebih sedap...

Jumaat, Mei 21, 2010

BUNGA SEGAR DARI LADANG...

Bunga sakura yang sempat di klik sebelum gugur ke bumi.......pohon sakura ni diambil berdekatan dengan tempat anak ku belajar.....layan jer pic tanpa entri.....










Ahad, Mei 16, 2010

SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2010 DI PUTRAJAYA

Dalam keadaan resah gelisah.....aku sempat jugak bersantai bersama-sama dengan famili adik ku pada hari Sabtu semalam di Putrajaya sempena sambutan Hari Belia Negara 2010....kami sampai di Putrajaya lebih kurang jam 4.00 petang....waktu itu keadaan di waktu petang kurang sibuk jika dibandingkan pada sebelah pagi....namun untuk mencari parking agak sukar, nasib baik kami dapat satu tempat parking di sebelah bangunan JPM....jadi agak jauh jugak tempat untuk ke kawasan karnival....kami terpaksa berjalan kaki ke dataran Putrajaya...dari situ kami menaiki bas atau tren yang ada khas untuk pengunjung yang hendak ke kawasan karnival berlangsung.......






Bas @ tren yang kami naiki....best sebab open air...seronok sangat naik bas ni teringat masa dulu2 tinggal di kampung...banyak kenangan....kalau berjalan kaki memang penat...jauh jugak nak sampai ke tempat karnival....nasib baik ada bas di sediakan....




Bermacam-macam program dan aktiviti di adakan di sini....antaranya kejohanan Rentap Futsal Putrajaya Kosmo, Aksi drift menerusi Cabaran Good Year anjuran Kelab Sukan Bermotor Integrasi di Presint 3, gerai-gerai jualan dan pameran pelbagai institusi pengajian tinggi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)....




Terdapat khemah- khemah di dirikan di sini....aktiviti gerai-gerai jualan dan pameran memang banyak...pilih saja mana tempat yang nak di tuju....walau pun waktu dah petang, cuaca masih terasa panas dengan ribuan pengunjung yang datang....


- masa baru sampai....sempat lagi dua beranak ni berposing..


- nak juga bergambar di depan bas @ tren...ramai pengunjung kan...bersesak-sesak dalam bas...


- upin dan ipin pun ada...kelakar tengok diaorang ni....


- wowww....dia datang dekat....comel dia kann...


- masa menunggu giliran masuk ke rumah hantu..seram...masa keluar dari sini semua ketawa terbahak-bahak....entah la apa yang menggelikan hati.....padahal seram!!


- ini pulak krew TV3 dalam rancangan NONA sedang menyoal dan menemu ramah pengunjung...




Masa balik ke dataran pun naik bas @ tren ni jugak.....aduh....penatnya tak terkata....tak sanggup nak jalan lagi....kaki pun dah melecek....bagus jugak ada perkhidmatan bas ni....kalau tak memang payah sebab tidak di benarkan membawa kereta masuk ke kawasan karnival......selepas saja menaiki kereta, kami terus makan malam di restoran yang berdekatan dengan rumah adikku...makanan di situ boleh tahan dan berbaloi-baloi....hehe....makan free kebetulan pulak hari jadi adikku hari tu....so dia belanja makan...alhamdullilah....kenyang!!



hmmm....sedapnya nasi goreng paprik ni.....bawa kedua-dua anak bujang makan di restoran sebab kedua-duanya tak ikut serta....masa tu diaorang menonton perlawanan badminton antara Korea dan Cina....


- nasi goreng pataya kegemaran anak bongsuku....

Sampai rumah memang macam nak pengsan.....sempat lagi buka blog, emel dan facebook....

Jumaat, Mei 14, 2010

SUKAR NAK BUAT PILIHAN


Dalam keadaan suka duka menerima keputusan SPM, menjadi satu kebiasaan lepasan SPM berasa konfius dalam memilih bidang yang terbaik untuk menyambung pelajaran.....Bayangkan lah anda berada dalam situasi di mana anda perlu memilih satu daripada dua bidang yang telah anda berjaya diterima.......


- susah nye nak buat keputusan....

Dalam kes ini ialah bidang Sains Aktuari dan Sains Kesihatan Bersekutu....Mana lagi bagus??...sudah pasti dua bidang ini adalah dua bidang yang sangat berbeza....menambah lagi kenkonfiusan ini ialah Sains Aktuari ini dalam bentuk Diploma, manakala Sains Kesihatan Bersekutu dalam bentuk Asasi.....


- pening kepala memikirkan...

Selain itu bayangkan jugak anda tidak tahu apa yang anda inginkan untuk masa depan anda.....memang sukar nak membuat pilihan.......untuk pengetahuan semua mesej ini diutarakan oleh anak lelaki ku yang begitu kebinggungan memilih bidang pengajian di universiti....aku harap pembaca blogku dan semua bloggers di luar sana di minta memberi pendapat serta pandangan jika ada pengalaman atau komen-komen yang berguna demi masa depan anak ku...

Pendapat anda aku hargai dan di dahului jutaan terima kasih yang tidak terhingga.....


Ahad, Mei 09, 2010

DAPAT KAD UCAPAN HARI IBU

Terima kasih sahabat ku Yatie yang sudi memberi kad ucapan hari ibu......
Aku jugak mengucapkan hari ibu buat yatie.....dan semua kawan-kawan bloggers yang bergelar ibu dan yang bakal bergelar ibu....


kad ucapan dari Yatie....

Sabtu, Mei 08, 2010

HARGAI PENGORBANAN IBU..

Special wishes>>>>>Ibu.....mama.....mak....umie.....mami.....ama......okasan & moms.....

“Ibu...ibu.....Engkaulah ratu hatiku.....Bila ku berduka.....Engkau hiburkan selalu...Ibu...ibu.. Engkaulah ratu hatiku......

Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini.....


Ingatlah Kepada Ibumu

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah...ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada...

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….

~???~

Lagu untuk Mama.......lagu kesukaan anak sulung ku.....

Jumaat, Mei 07, 2010

MATRIK or UPU

Keputusan permohonan ke matrik dan upu telah pun di ketahui minggu lepas......anak bongsu ku adalah antara yang mendapat keputusan tersebut....sekarang aku sendiri dalam dilema samada untuk menyuruh beliau ke matrik atau ke upu.....kedua-dua keputusan telah pun di ketahui dan anak ku berjaya dalam matrik maupun upu.....

Kedua-dua keputusan ini memang mencabar.....susah jugak nak buat pilihan....setelah di kaji dan di analisis aku sepakat menyuruh anak ku memilih saja ke upu memandangkan tempat ke upu agak terjamin lagi pun sekiranya ke matrik mungkin agak sukar untuk anak ku meneruskan pelajaran di situ yang mengambil masa setahun untuk menamatkan pembelajaran....andaikata menerima tawaran ke matrik dan menemui kegagalan.....mungkin sukar untuk memohon ke upu nanti.....banyak juga yang aku dengar dan baca melalui akhbar-akhbar tempatan mengenai matrik.....kaedah pembelajaran di situ memang agak susah dan dalam masa yang singkat kena betul-betul fokus dalam pelajaran dan seterusnya berjaya dalam peperiksaan barulah boleh memohon ke universiti yang kita kehendaki....

Pada aku biarlah anak ku membuat keputusan yang tepat dan jangan tersilap membuat pilihan...aku sekadar memberi pandangan dan pendapat demi masa depan anak ku...biarlah anak ku memilih jurusan yang beliau minat bukan hanya mendengar cakap-cakap yang tidak pasti....aku jugak menyokong sekiranya anak ku memilih untuk ke upu....sebab tempat ke upu memang agak terhad....kalau di fikirkan agak rugi kalau anak ku menolak ke upu....bukan senang nak dapat...ramai yang cemerlang terpaksa bersaing sesama sendiri.....ada yang gagal dan terpaksa membuat rayuan....itu pun keputusan belum tentu berjaya atau tidak....




Aku sangat-sangat bersyukur yang akhirnya anak ku dapat menjejaki kaki ke universiti...aku berharap anak ku dapat meneruskan pembelajaran dan meneruskan cita-cita......harapan ku semoga selamat menempuh dugaan dan cabaran di universiti kelak.....

TAHNIAH...........anak ku!!!

P/s>>>>>>sekadar berkongsi kehidupan....




AKTIVITI DI HUJUNG MINGGU

Nampak gaya nya seminggu sekali aku mengupdate blog nie.......dah seminggu aku biarkan tanpa isi dan cerita terkini....nak kata malas tu tak lah jugak.....aku hanya sibuk menguruskan urusan-urusan kehidupan ku bersama anak-anak ku....di tambah lagi minggu lepas baru saja mendapat tahu keputusan kemasukan anak ku ke pusat pengajian...macam-macam aku berfikir....nanti aku akan ceritakan jika keadaan mengizinkan.....

Minggu lepas anak bujang ku mengajak ku menemani mereka mencari gelanggang untuk bermain tennis....waktu itu memang tak ada apa-apa aktiviti nak buat....anak ku pun dah rasa bosan duduk di rumah maklum lah cuti terlalu panjang.....bulan Julai ni baru kuliah bermula balik......malas jugak nak keluar waktu tu....tapi demi anak anak ku terpaksa jugak aku turuti kehendak mereka....kalau tidak kempunan pulak......



- si adik....warm up dulu...

- si abang dah mula menghayung raket....

- dah start nak smash.....

- si adik nampak menahan raket....




- agak2 boleh dapat ke bola tu??...tak nampak bola pun..



- dengan penuh gaya....

- malu lah...jangan amik gambar...

Seronok juga tengok diaorang main tennis....aku hanya memerhati mereka bermain dan duduk di tangga ayam sambil menyibuk mengambil gambar-gambar mereka.....banyak jugak gambar yang ku ambil tapi tak dapat nak postkan di sini....