Selasa, Ogos 31, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 53



Assalamualaikum, salam sejahtera dan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke 53. sebagai rakyat Malaysia, aku mengambil kesempatan mengucapkan hari kemerdekaan kepada semua pengunjung dan pelawat serta rakan2 bloggers dan semua rakyat Malaysia tak kira dimana kita berada....

Marilah kita sama-sama memelihara kedaulatan negara kita....semoga negara kita terus maju dan aman makmur....mudah-mudahan kita mendapat rahmat....merdeka...merdeka....merdeka...






Ahad, Ogos 29, 2010

NIKMAT BERBUKA PUASA

Walaupun hati ini masih bersedih dengan kejadian yang menimpa di bulan puasa, namun aku tetap menggunakan peluang yang ada terutama menghadiri majlis berbuka puasa selain itu merapatkan hubungan kekeluargaan dengan berbuka puasa bersama ahli keluarga yang lain...berbuka puasa beramai-ramai mempunyai nikmat tersendiri, terutama apabila dapat berhimpun seisi keluarga.....


Semalam kami berbuka puasa beramai-ramai dengan adik-beradik.....seronok rasanya bila dapat berkumpul ramai2 dan berbuka puasa bersama-sama.....kami masing2 membawa juadah sendiri seperti agar2, bubur lambuk, cucur udang, dan kuah kacang....selain itu kami adik beradik ramai2 memasak nasi ayam dan bermacam-macam lauk pauk untuk hidangan buka puasa...

Memang seronok dengar riuh rendah anak2 masing2....macam2 hal sambil kami masak sambil bersembang, bertanya khabar apatah lagi anak ku yang pulang dari perantauan ditanya dengan perbagai soalan.....sempat lagi anak ku mengajar sepupunya subjek matematik tambahan........suasana begini bukan selalu kita lalui, setahun sekali bila ramadhan menjelma dan bila hari raya nanti bertambah lagi riuh gelak ketawa adik-beradik....alangkah seronoknya.....

Jom jengah juadah berbuka puasa yang sangat menyelerakan.....



- agar2 daun pandan yang aku masak sendiri.....



menu seperti cucur udang, kuah kacang, sos cili untuk nasi ayam, bubur lambuk dan agar2 daun pandan....meriah sungguh....



menu nasi ayam, ayam goreng berempah, ayam masak kicap dan salad timun dengan tomato....teh tarik dan air oren (lupa nak ambik gambar pulak) best sangat makan sampai kenyang.....cuaca semalam memang panas teramat sangat sampai minum air tak berhenti.....

Rabu, Ogos 25, 2010

DUGAAN DI BULAN RAMADHAN

Pejam celik, pejam celik dah 15 hari kita semua berpuasa...banyak betul godaan dan dugaan time bulan ramadhan ni....dalam bulan ni, aku di uji dengan dugaan yang sangat mengejutkan...aku tak sangka benda ni akan berlaku.....

Sudah 5 tahun aku menjadi penghuni di rumah milik ku...tak pernah terjadi apa-apa pun perkara buruk....fikiran aku time tu memang terkejut beruk, tak tentu hala aku fikir, sampaikan terbeliak biji mata aku memandang ke bawah...ke lantai bilik master bedroom aku....aku hanya sempat mengucap "Ya Allah" apa dah jadi ni....mimpi kah aku? aku bagaikan tak percaya dengan apa yang aku nampak....

Lantai tiles rumah aku tiba-tiba pecah dan merekah, mengelembung dengan serpihan tiles bertaburan ke merata tempat...masa kejadian bunyi yang agak kuat macam bunyi benda meletup orang tengah main mercun pun ada, tapi masa tu aku baru saja keluar rumah untuk ke bazaar ramadhan yang berhampiran, jadi tak pasti bunyi macam mana, yang tinggal puteri aku kat rumah....dia memang terkejut ingatkan ada pencuri sedang buka grill, bunyi sangat kuat macam guruh pun ada..menakutkan....

Jadi sekarang aku nak salahkan siapa....nak salahkan pemaju atau penghuni rumah tu...ooh tak mungkin, aku dah buat repot pada pemaju tapi jawapan sangat mengecewakan...pemaju tak mahu bertanggungjawab...konon nya tempoh warenti dah tamat, jadi sekarang mahu tak mahu aku yang kena buat sesuatu, kena perbaiki sendiri atau guna khidmat kontraktor....benda ni pasti memakan jumlah yang besar, bukan kecik2 ...bila di fikirkan balik kenapa lah jadi time ni...bulan puasa banyak nak guna duit, persiapan raya pun tak beli lagi....aduh....sedihnya.....



- tiles bilik habis terkopak....

- pecah2 lagi,






Lebih kurang 40 keping tiles yang pecah dan terkopak...rasanya kena buat balik semua, kalau buat sebahagian takut yang lain pulak meletup.....tak tahu lah macam mana, nak kena mintak pendapat kontraktor dulu.....ada sesiapa boleh bagi cadangan tak?

Ahad, Ogos 22, 2010

DUNIA BARU CICOMEI...

Tengok lah wajah Cicomei yang nakal ni.....dia baru berusia 2 bulan tapi tahap kenakalan memang terserlah...kalau tengok dengan gayanya yang kecil molek siapa pun tak sangka yang dia begitu aktif dan sangat lasak...

Nama asalnya ialah Adik....kini telah ditukar kepada nama Cicomei sebab wajahnya yang sangat comel, bulu nya berwarna kelabu (macam gray wolf), kata tuan punya kucing ni...dulu Cicomei di jaga oleh Cik Fara....klik di sini untuk mengetahui kisah Cicomei sebelum ni...

Kini Cicomei telah diambil sebagai anak angkat dan telah berada di rumah baru sweetsal lebih kurang dua minggu dalam peliharaan....memang tak sangka dan bagai mimpi pulak tiba2 berkenan dengan Cicomei ni, dekat rumah pun dah ada beberapa ekor kucing jalanan yang terbiar....kesian tengok kucing2 yang tiada tuan, ada yang kurus kering entah berapa hari tak makan....tapi sekarang semuanya gemuk2 dan sihat2 belaka.....sebagai insan yang prihatin yang tak sanggup melihat mereka kelaparan...maka banyak lah kucing2 yang menetap di sini....alahai....selagi kita mampu dan ada rezeki selagi itulah kita membantu mereka....mereka jugak hamba Allah.....yang inginkan kasih sayang dan perhatian....


- cicomei yang nakal....

- lentok atas tayar kereta....aduh!

- dah letih bermain sampai tertidur atas kerusi...

- suka memanjat dan bermain dekat rak-rak buku..







- berbagai aksi.....


Khamis, Ogos 19, 2010

DARI NARITA KE KLIA...

Lebih kurang jam 2.45 petang kitorang dah bertolak ke KLIA untuk menyambut kepulangan puteri kesayangan ku yang selamat pulang dari Jepun.....bertolak dari Narita airport tepat jam 10.30 pagi dan dijangka tiba di klia jam 4.45 petang....agak lama berada dalam flight lebih kurang 7 jam dalam perjalanan....akhir nya selamat tiba ke tanah air awal sikit tepat pukul 4.20 petang...

Sejak berada di perantauan, inilah kali pertama anak ku pulang bercuti selama sebulan, sempatlah sambut raya di sini.....kepulangannya memang di nanti2 oleh kami sekeluarga....terasa rindu teramat sangat, masa menunggu hatiku memang tak sabar2 nak berjumpa, peluk cium sayang hampir menitis air mata kegembiraan.....

Akhirnya macam tak percaya tengok wajah anak sendiri dah pulang....pulang keseorangan tanpa teman...nasib baik jumpa dua orang senior dalam flight...takde lah risau sangat.....alhamdulillah anak ku kini berada di depan mata......


tiba ke klia jam 4.20 ptg...


- dari jauh nampak sayu jer....selamat pulang anak ku....


- peneman setiaku semasa di klia......

Sebelum sampai di rumah, sempat lagi kami singgah ke pasar ramadhan yang berdekatan, beli sedikit makanan untuk berbuka puasa di rumah adik....berbuka dengan ala kadar jer, sebab anak ku dah fikir macam2 nak makan sebaik sahaja tiba di Malaysia....maklumlah berada di perantauan bukannya senang nak dapat makanan halal dan mewah seperti di sini...sebelum pulang ke rumah sendiri, anak ku yang tak sabar2 mengajak aku singgah ke restoran Deli France, rupanya dia teringin sangat nak makan Lasagna....untuk memenuhi impian dia kami terus ke sana dan lihatlah juadah western yang paling dia gemari.....


- kami ode 2 sekali sama...chicken lasagna....


- plus air-cream coklat, oren jus dan teh O ais.....

Selasa, Ogos 17, 2010

CONTEST "HEADER IMPIAN"

Salam semua.......hari ni baghu ada masa dan terpikiaq nak join contest "header impian" yang dibuat oleh Aiz Batu Campur no.....dah lama teringin nak buat header cantik, tapi cheq tak rheti2 nak buat....tu la bila cheq tengok blog Aiz ni ada contest, cheq pun nak cuba la nasib kut2 mana tau rezeki menyebelahi cheq....lagi pun yang nak cabut undi tu anak2 menakan Aiz yang comei2 tu...mai kita jampi sikit...fuh kiri fuh kanan...haa dah jampi dah...adik2 comei jangan buat2 lupa tau cheq pun masuk contest tau......cabut yang cheq punya na....hehe

Syarat2 nak join contest ni mestilah, wajib ka ni?

  • mesti jadi follower Aiz, kalau dak lagi, cepat2 la..jangan dok buang masa no...
  • mesti buat entri lagu ni la pastu bagitau Aiz header lagu mana yang hampa nak, faham dak?
  • entri hampa kena guna bahasa loghat daerah negeri masing2 no...macam cheq dok buat ni la....
  • lagi satu nak habaq mai, kena taip lebih dari 1 patah perkataan, jangan terkurang, lebih takpa....



Cheq ni orhang utara jugak tapi bukan la orhang kedah ka apa ka....cheq dok kat sempadan dah...kat perak utara no..dah masuk kedah, penang, perak, jangan hampa taktau bahasa cheq...walau pun cheq dok lama kat KL ni tapi cheq tak lupa asal usul cheq tau....ni nak habaq mai...lagu mana cheq kenai Aiz...cheq kenai Aiz masa blogwalking, taktau sapa punya blog tah, tiba2 nampak anak sapa la ni....jejaka hensem nya...ish2 dalam hati boleh buat menantu ni....berkenan sudah teroih cheq terjah blog dia....Aiz ni memang kreatif, boleh buat macam2 kheja... kalau hampa tak percaya, hampa pi la tengok sendiri blog dia barhu hampa tau....

Taktau la apa cheq dok merapu meraban ni.....ni cheq nak habaq kat Aiz....tolooooong la cheq no...header yang lagu mana yang sesuai dengan blog yang warna warni ni......sakit mata tengok kut...tapi takpa cheq punya cheq suka....terserah pada Aiz kalu menang... cewah....berhangan lebih nampak...Aiz buat lah apa yang patut, cheq suka kalu ada gambar2 keluarga ka, ada kapalterbang ka pun cantik jugak laa....lebih dekat lagi tu antara dua benua....faham dak ka.....

p/s: Aiz...kakkoi ne....danjiki shite iru no?

Isnin, Ogos 16, 2010

BERBUKA PUASA DENGAN LAKSAM

Salam buat semua..........alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 6 kita berpuasa.....apa juadah hari ni....tentu ramai yang tengah mencari-cari dan terfikir nak masak apa hari ni kan....mesti ada yang teringin nak makan ayam percik, nasi kukus ayam dara berempah, nasi kerabu, laksa dan macam2 lagi kan.....

Semalam aku berbuka puasa dengan masakan dari Kelantan.....dah teringin sangat sampai termimpi-mimpi nak makan benda ni.....dah 2 kali pekena masakan ni....bila buka puasa memang laju jer, tak makan nasi pun tak pa dah....dah sedap sampai meleleh air liur....mai la tengok apa yang aku dah pekena ni......hehe

Jeng....jeng....jeng......nampak sedap tak?



- ni la laksam.....ada sapa2 yang tak kenal ke....


- masakan dari kelantan, mesti lah sedap kan walaupun aku bukan orang kelantan....

Ahad, Ogos 15, 2010

PROJEK DI PESTA KONVO UKM

Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa......

Selamat bertemu kembali.......agak lama aku menyepi dari dunia blogging....dah seminggu rasanya tak update blog dan tak sempat nak blogwalking, rindu rasanya macam setahun tak berjumpa di alam maya ni......sejak kebelakangan ni aku agak sibuk dengan projek setahun sekali.....ini kali kedua aku terlibat dalam kerja2 di belakang tabir....bunyi macam nak buat filem pulak..hehe

Sudah tentu korang nak tahu apa yang aku buat dalam seminggu lepas ni kan....seperti biasa kerja aku selepas majlis konvo, aku telah di minta untuk menjual gambar2 para graduan selepas majlis konvokesyen, bermula dari 8hb-14hb Ogos, genap seminggu aku bekerja dengan penuh semangat dari pagi hingga ke petang....memang penat jugak lah tapi bukan kerja free tau... berbayar tu.....hehe....gambar2 yang diambil semasa majlis konvokesyen berlangsung di dewan Dectar dijual bersaiz 11R, 8R dan 5R...seramai 7 ribu lebih para graduan yang mendapat ijazah masing2 dan sebanyak 7 ribu jugak lah kami menjual gambar2 para graduan....banyak kan..kami bekerja dalam keadaan yang berpeluh-peluh sebab tempat tu terletak di luar perkarangan dataran canselori....bukan dalam air-cond tau....hehe





- berwarna warni dan meriah bersama keluarga.....


- ni tempat kami menjual segala gambar para graduan...


- belek2 gambar dulu sebelum membayar, takut tersilap ambil....


- bingkai gambar pun ada di jual di sini....


- pilih yang mana satu berkenan di hati, berlogo dan tanpa logo pun ada dijual di sini....

Sabtu, Ogos 07, 2010

SARAPAN PAGI DENGAN SERAWA DURIAN

Semalam selepas makan2 bersama anak di restoran, ternampak orang menjual buah durian ditepi jalan...rasa teringin pulak nak makan durian sebelum puasa ni....dapat lah beli dalam enam biji berharga rm10...buah nya takde la besar2 sangat tapi berbaloi jugak lah sebab isinya memang padat dan rasanya sungguh manis....dalam hati teringin nak masak serawa durian, nak makan macam tu jer tak terlarat makan, rasa muak, biasanya kalau dekat kampung selalu arwah mak tanak pulut makan dengan santan, bubuh gula sikit, gaul2 makan dengan durian memang best sangat, berebut2 adik beradik makan beramai-ramai, seronok sangat masa tu...



- isi durian yang padat.....


- serawa durian dgn roti......

Kalau nak sedap, seeloknya serawa durian ni makan dengan roti atau pun ada jugak yang makan dengan roti jala....terpulanglah pada selera masing2.....anak2 memang suka serawa durian ni cicah dengan roti jer....kalau makan tu laju jer tak pandang kiri kanan dah....seronok tengok anak2 makan apa yang kita masak....

Jumaat, Ogos 06, 2010

SALAM RAMADHAN


Tinggal beberapa hari lagi.....angin Ramadhan dah pun terasa....seronok tak terkata....sana sini dah terdengar ucap selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al'Mubarak....kat masjid pun suasana dah berubah....hati berdebar gembira....

Kepada semua sahabat dan rakan bloggers....ampun dan maaf di minta....supaya jiwa kita lebih tenang kala menjalani ibadah dibulan mulia.....semoga Ramadhan tahun ini menyuntik lebih banyak hidayah dan kita kekal mengamalkannya sesudah itu.....aminnn.

Tiada hari seindah Jumaat, tiada kata seindah zikir, tiada ibadah seindah solat, tiada bulan seindah Ramadhan....maaf atas segala ketelanjuran....

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA....

Khamis, Ogos 05, 2010

AWARDKU AWARDMU JUA...

Sejak kebelakangan ni...banyak sangat dapat award, tag dan contest....ada award yang dapat tapi masih belum berkesempatan nak post di sini....sejak akhir2 ni banyak urusan di luar yang harus di dahulukan, kalau ada masa terluang dan ada mood boleh lah naik ke pentas ambik award lagi...hehe




Award yang tercantik ni di terima dari Cik Midori yang comel loter tu....terima kasih banyak2 di atas penghargaan ni.....award ni ada tertulis "blog yang tersempoi....tercantik dan yang terbaik!!!..(terperasan sikit) .biar betul....blog ni hanya biasa2 saja takde lah tersempoi pun, penulisan pun santai2 sahaja, namun hakikatnya memang best dan gumbira bila dapat award dari kawan2 bloggers di alam maya ni....terima kasih semua, tanpa kunjungan anda semua pasti blog ini akan sunyi sepi tanpa penghuni yang datang berkunjung sini.....

Ok....takmau mengarut dengan panjang lebar, sebagai menghargai kawan2 yang sering berkunjung ke sini, hendak lah jugak serahkan award ni kepada Cik Nadiah dan Cik Yatie...harap2 tu sudi lah terima award ini ya...terima kasih...




Selasa, Ogos 03, 2010

JIKA ISTERI MENANGIS DIHADAPANMU...

Jika isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.....
Jika kau memegang tangan nya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu....
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu...dia akan menurunkan rasa EGOnya....





Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong pegang tangan nya dengan penuh pengertian, kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam....

Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menghampakannya mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya....

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu, lihatlah jauh ke dalam matanya...dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?

Apakah keistimewaan perempuan ini? Disebalik kelembutannya dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat...tutur katanya merupakan kebenaran...senyumannya adalah semangat bagi orang yang dicintainya....pelukan dan ciumannya bisa memberi kehangatan bagi anak-anaknya..

Dia tersenyum bila melihat temannya tertawa...dia terharu, menangis bila melihat kesengsaraan pada orang-orang yang dikasihinya....dia mampu tersenyum dibalik kesedihannya....dia sangat gembira melihat kelahiran.....dia begitu sedih melihat kematian....titisan airmatanya bisa membawa perdamaian......

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana satu hal..bahawa "Betapa berharganya dia".....

"HARGAILAH IA SEBELUM TERLEWAT"....

Ahad, Ogos 01, 2010

HAPPY FRIENDSHIP DAY



Hari ini kena tag lagi dari kawan bloggers Cik Babykhue dari Sabah sempena "Happy Friendship Day". Sebenarnya memang tak tahu pun hari ini adalah hari yang istimewa....walau bagaimana pun nak ucapkan terima kasih kepada Babykhue yang telah sudi memberi award yang sungguh cantik ini.

Seperti biasa kena tag kepada kawan2 yang lain jugak:-

  1. Anna
  2. Midori
Harap kawan2 sudi amik award ni...