Memaparkan catatan dengan label MENU BUKA PUASA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MENU BUKA PUASA. Papar semua catatan

Ahad, Ogos 29, 2010

NIKMAT BERBUKA PUASA

Walaupun hati ini masih bersedih dengan kejadian yang menimpa di bulan puasa, namun aku tetap menggunakan peluang yang ada terutama menghadiri majlis berbuka puasa selain itu merapatkan hubungan kekeluargaan dengan berbuka puasa bersama ahli keluarga yang lain...berbuka puasa beramai-ramai mempunyai nikmat tersendiri, terutama apabila dapat berhimpun seisi keluarga.....


Semalam kami berbuka puasa beramai-ramai dengan adik-beradik.....seronok rasanya bila dapat berkumpul ramai2 dan berbuka puasa bersama-sama.....kami masing2 membawa juadah sendiri seperti agar2, bubur lambuk, cucur udang, dan kuah kacang....selain itu kami adik beradik ramai2 memasak nasi ayam dan bermacam-macam lauk pauk untuk hidangan buka puasa...

Memang seronok dengar riuh rendah anak2 masing2....macam2 hal sambil kami masak sambil bersembang, bertanya khabar apatah lagi anak ku yang pulang dari perantauan ditanya dengan perbagai soalan.....sempat lagi anak ku mengajar sepupunya subjek matematik tambahan........suasana begini bukan selalu kita lalui, setahun sekali bila ramadhan menjelma dan bila hari raya nanti bertambah lagi riuh gelak ketawa adik-beradik....alangkah seronoknya.....

Jom jengah juadah berbuka puasa yang sangat menyelerakan.....



- agar2 daun pandan yang aku masak sendiri.....



menu seperti cucur udang, kuah kacang, sos cili untuk nasi ayam, bubur lambuk dan agar2 daun pandan....meriah sungguh....



menu nasi ayam, ayam goreng berempah, ayam masak kicap dan salad timun dengan tomato....teh tarik dan air oren (lupa nak ambik gambar pulak) best sangat makan sampai kenyang.....cuaca semalam memang panas teramat sangat sampai minum air tak berhenti.....

Isnin, Ogos 16, 2010

BERBUKA PUASA DENGAN LAKSAM

Salam buat semua..........alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 6 kita berpuasa.....apa juadah hari ni....tentu ramai yang tengah mencari-cari dan terfikir nak masak apa hari ni kan....mesti ada yang teringin nak makan ayam percik, nasi kukus ayam dara berempah, nasi kerabu, laksa dan macam2 lagi kan.....

Semalam aku berbuka puasa dengan masakan dari Kelantan.....dah teringin sangat sampai termimpi-mimpi nak makan benda ni.....dah 2 kali pekena masakan ni....bila buka puasa memang laju jer, tak makan nasi pun tak pa dah....dah sedap sampai meleleh air liur....mai la tengok apa yang aku dah pekena ni......hehe

Jeng....jeng....jeng......nampak sedap tak?



- ni la laksam.....ada sapa2 yang tak kenal ke....


- masakan dari kelantan, mesti lah sedap kan walaupun aku bukan orang kelantan....