Salam......banyak jugak tempat2 menarik yang puteriku sempat berkunjung di Tokyo, antaranya seperti Shibuya, Shin Okubo, Shinjuku, Odaiba dan sewaktu dengan nya....percutian yang sungguh indah bila dapat bertemu dengan kawan2 seperjuangan di Jepun....mereka bercuti selama 5 hari di Tokyo dalam musim sejukkk.....
- dalam kedai korean town di Shin Okubo....
Sempat lagi singgah di kedai korea yang menjual album artis2 korea....tak sah kalau tak beli satu album..yang di tangan tu sah2 album SNSD kalau tak silap la, puteriku memang minat dengan artis korean...hehe...minat2 jugak, jangan lupa belajar sudah lah.....
- depan Shibuya station.....
- bersama Cik TeN10 di Shibuya......
Berjumpa dengan Cik TeN10 semasa jalan2 di Shibuya...ni sebelum Cik TeN10 balik ke M'sia....ada yang nak berkenalan dengan Cik TeN10 boleh lah terjah blog dia....banyak cerita menarik dari Cik TeN10..
- Shinjuku I-City.....
Lampu2 yang lip lap tu macam dekat I-City S.A jer....tapi lagi menarik sebab banyak warna biru daripada warna oren yang terdapat di I-City S.A tu....hukhuk...tak kisah la dekat M'sia pun ada jugak kan.....
- jalan2 malam di Shinjuku lagi....
- Ferriswheel di Odaiba....
Ni Ferriswheel yang terbesar di Jepun, menarik dan berwarna warni pada waktu malam....
p/s: masa ni salji tengah turun lagi...puteriku kesejukan nak keluar pun tak boleh, rasa macam nak demam, suhu negative 3 drjah celcius...tahap beku, harap2 dia sihat dan jaga kesihatan....