Khamis, Julai 29, 2010

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU...

Salam rindu dan penuh kasih sayang buat anakku yang tercinta Muhammad Fareez....hari ini kamu dilahirkan ke dunia, kau hadir dengan sejuta keajaiban dan kebahagian yang tidak terlukis dengan kata-kata.......tanggal 30/07/2010....genaplah usiamu 18 tahun.....semoga dirimu sentiasa sihat walafiat dan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki......aminn.....




- masa umur 5 bulan.....debab abis...tak larat nak dukung..


- ketika umur 2 tahun.....masa ni memang lasak.....


- dah besar panjang anak mama....

Mama sentiasa mendoakan dirimu berjaya dalam pelajaran, rajin mengulangkaji pelajaran, memohon dan berdoa kepada yang maha esa agar diberikan petunjuk dan diterangkan hati, diberikan kesihatan yang baik, menjadi anak yang soleh, senantiasa mengingati dan menghormati kedua ibubapa, bangsa dan negara semoga terus mengecapi kejayaan demi kejayaan didunia dan akhirat......insyaAllah aminn....mudah-mudahan....

Salam sayang dari mama......

Rabu, Julai 28, 2010

ANNA'S BIRTHDAY GIVEAWAY!!!

Salam.....

Pertama sekali nak ucapkan terima kasih kepada Anna yang menganjurkan GA sempena sambutan Anna's Birthday Giveaway....birthday girl ke Anna?....bila tu......sticky post ni memang comel sangat macam tuan punya diri.....jangan marah ye Anna.....




Anna's Birthday Giveaway
Tarikh tutup 10 August 2010 sebelum pukul 10.30 malam.

So apa lagi kawan2, jom la join sama2.....boleh meraikan birthday Anna sekali....nak join boleh klik kt URL Anna tu....boleh baca syarat2 kat situ......Anna kata rugi tak join....ada hadiah lumayan menanti....hehe

Ok.....Anna suruh tag seorang kawan.....kalau seorang join tak best la kan.....kali ni kawan yang bertuah itu adalah yang rajin singgah dan rajin mengomen di laman sweetsal ini....nak tag lebih sikit, boleh kan Anna.....yang takde nama tu pun boleh join jugak....sila ziarah blog Anna ok..


Harap2 nama2 ni sudi join Anna's birthday giveaway......

Ahad, Julai 25, 2010

AL-KISAH MAMA BERUANG

Kisah anak beruang yang tersangkut di atas pohon yang kurus......nasib baik ibu beruang datang untuk menyelamatkan anaknya, dia cuba mengoyangkan pokok tu tapi masih tak berjaya jugak, akhirnya ibu beruang mencuba memanjat pokok tersebut dengan menggunakan keempat-empat belah kakinya...jom saksikan gelagat mereka.................meh scroll ke bawah.......
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Sabtu, Julai 24, 2010

NISFU SYA'ABAN

Salam.........

Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb Julai 2010) malam Selasa (sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:

1) Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat

Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2) Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)

  • Selepas Yasin pertama: mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
  • Selepas Yasin kedua: mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
  • Selepas Yasin ketiga: mohon ditetapkan iman dan Islam & mati didalam iman & pohonlah segala yang baik dan munafaat.
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah Al-Ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Sya'aban sebanyak 22.


Antaranya yang termasyhur adalah:
  1. Malam Dimustajabkan Doa
  2. Malam Pembahagian Takdir
  3. Malam Rahmat
  4. Malam Berkat
  5. Malam Pengampunan (Taubat)
  6. Malam Penebusan
  7. Malam Syafaat
  8. Malam Penulisan
  9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
  10. Malam Rezeki
  11. Malam Hari Raya Para Malaikat
  12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kepada nabi Allah Yusof di dalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw):

Pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita..

Wallahua'alam...

Jumaat, Julai 23, 2010

MUSIM AWARD

Dapat lagi dua award:-

1) Blogger best tahap cipan


Award pertama datang dari NoorAfzan.....terima kasih banyak2 kerana sudi memberi award yang bergerak-gerak ni.....cantik sangat...





2) Blog Awards

Award kedua pula datang dari Nabilah....walau pun tak berapa kenal lagi namun Nabilah sudi beri award ni....terima kasih banyak2 ya...


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjPHxIKQEnLCxanIGTo8VdRdKmwXS2tCBt1dMIygbnHQLzKCVMyD9zPsjgNydOOJgBQ_LWnHs5TOSnpBUBSKYMFhq72PBUIEI8qcxFdjAICjrFTzbXaBQ6rijVyPWWIrgT-7aRPtlSZUmtW/s1600/kk.png

Kena tag 15 orang pulak....emm...siapa pulak yang bertuah kali ini.....

mai tengok di sini.......


2) Dier
3) Jaja
4) Posh76


Ada lagi ni...tapi tak ingat, jenuh nak cari pulak...sapa2 yang tak dapat tu jangan berkecik hati ya...yang tak ada nama tu pun boleh datang ambik...jangan malu2 dan segan....sudi2lah terima ya....

BAYAR HUTANG AWARD

Salam,,,,

Asyik blogwalking sampai terlupa nak ambil award yang diberikan oleh Anna..minta maaf ye Anna....terima kasih bebanyak kerana sudi beri blogwalking award yang sangat bermakna ni...




Ada 5 soalan yang kena jawab pulak....hehe

1) Dimanakah anda selalu BW?

Yang selalu rajin datang menyinggah kat shoutbox tu la...jalan2 sampai negara China, Korea, Jepun, Jerman, US dan banyak lagi kut...main singgah jer la...

2) Kenapa anda sangat suka BW?

Nak up trafik jugak, nak tengok berbagai jenis blog yang entrinya bagus2..

3) Apa yang anda dapat kalau BW?

Dapat kenal ramai kawan2 bloggers..

4) Macam mana perasaan orang yang anda BW itu?

Harap2 diorang ceria2 selalu dan terhibur..

Tag 5 rakan anda di sini:-

- mak

Sudi2 la terima award ni ye....

Khamis, Julai 22, 2010

MAMPUKAN KITA MEMILIKI HATI SEIKHLAS KELAPA TUA...



Semua orang kenal dan tahu pula gunanya. Sangat penting dan sangat berguna.

Kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan dan kelapa tua tak pernah jadi topik perbincangan, tak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalau kelapa tua ada emosi, tidak ramai yang dapat merasai dan menyelam perasaannya.

Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak pedulikannya. Dirinya terbuai-buai di atas pokok, bila ditiup angin terasa nyaman sekali. Elok-elok kelapa tergantung di pokoknya sambil menikmati keindahan buana, datang orang menjoloknya dengan galah panjang. Bukan selesa kena jolok macam tu.

Bila tangkainya menjadi lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-berpusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah, bukan setakat 5-10 kaki tapi sehingga 40-50 kaki. Bunyinya berdentum sampai ketanah. Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.





Masalah kelapa tua bukan setakat ini sahaja. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk kedalam kulit sabutnya. Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan, lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat dan ini berterusan sehingga tinggal tempurung. Dah tinggal tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya, keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu nak menilai seni seperti ini.

Tempurung bulat yang cantik ditetak dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua, di tengah-tengahnya. Maka tersemburlah dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sampai tahap ini maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Baru muqaddimah. Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih diparut dan dikukur pula hingga lumat. Tempurungnya pula dibuang. Kadang-kadang dibakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi , dituang pula air kedalam isi parut, kemudian diramas-ramas dan diperah-perah. Kalau hendak dikirakan ini sudah terkeluar dari batas-batas keperimanusiaan. Kemudian ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah lain ditumis. Bila dah cukup kuning dituanglah santan tadi dalam belanga. Maka berpanasanlah santan hingga pecah minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya: "Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?

Orang di dapur hanya menjawab,"Kari ikan bawal." Kari dapat nama. Ikan bawal dapat nama. Orang kata,"Oh! sedap kari ni." "Oh! sedap ikan bawal ni."

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa ambil kira atau ambil peduli.

Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja tetapi ta'abud kepada Tuhan. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tetapi ada dalam perhatian Tuhan!



Renung-renung kan lah......

Isnin, Julai 19, 2010

KAMBING SORANG SEKOR

Sebelum mata terlelap.....sempat lagi post satu entri....hari ini betul2 penat...siang tadi pergi KL banyak sangat urusan yang masih belum selesai....sampai rumah rehat sekejap....buat apa yang patut dulu....bagi kucing2 makan......lepas tu buka desktop terus start BW....mata ni pun dah mengantuk sesangat tapi jari jemari ni degil nak ketuk2 keyboard ni....tak tau nak buat apa citer....just nak share dengan korang.......jom layan jer pic ni......

Subhanallah...........terkejut dan terbeliak biji mata tengok apa dah pak arab ni buat.....nampak tak apa yang dorang ni makan.....makan kambing seorang seekor.....larat ke nak makan...seekor bukannya kecik2, besar2 pulak...boleh ke habis.....tapi memang betul kalau nak di kira saiz badan dorang yang besar ni, makan pun mesti semua yang besar2....kalau kecik2 tak kenyang pulak kann....ish2.....











- hidangan yang cukup mewah.....

Kat Mesia ada ke macam ni.......kalau kambing panggang ada la...tu pun potong2 dan hiris dulu baru makan dengan black pepper sos......

Ahad, Julai 18, 2010

WEDDING ANAK ORANG KAYA

Salam......

Ada sesiapa yang pernah menghadiri wedding anak orang2 kaya atau sendiri pernah buat wedding secara besar-besaran....kalau anak orang2 kaya tak heran lah sangat kann...tapi kalau anak orang biasa buat besar-besaran mesti orang heran....mesti orang tanya mana dia dapat duit banyak tu....tak membazir ke buat kenduri kahwin besar-besaran atau sekadar nak menunjuk-nunjuk pada orang.....tapi kalau dia ada bajet besar apa salah nya, buat lah asalkan dia puas hati dan tak merempat kemudian hari sudah lah....

Jom kita tengok gambar2 perkahwinan....ala2 wedding of the year...memang terhebat dalam sejarah masyarakat orang2 kita yang sememangnya mampu dari segi harta benda dan wang ringgit....jom layan gambar2 bawah ni.....selamat menjamu mata.....


- boleh buat ucapan untuk pengantin lagi.....

- macam kenal jer....

- siap ada orkestra lagi....

- wow..tengok laa pelamin tu....

- pintu gerbang...

- meja pengantin sarat dengan bunga-bunga...

- kek perkahwinan...

- hiasan meja pun cantik......

- gambar pengantin di laluan pintu masuk....

- ni dia pengantin...siapa erk....

- pakaian tradisional dan moden....


- perkahwinan antara Nur Nadiah SM Nasimuddin dgn Hamzah Alang Azman Shah
Nadia - anak arwah Nasimuddin NAZA
Hamzah - anak Azman Shah, pemilik rangkaian Hotel Holiday Villa...