Memaparkan catatan dengan label DUGAAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DUGAAN. Papar semua catatan

Rabu, Ogos 25, 2010

DUGAAN DI BULAN RAMADHAN

Pejam celik, pejam celik dah 15 hari kita semua berpuasa...banyak betul godaan dan dugaan time bulan ramadhan ni....dalam bulan ni, aku di uji dengan dugaan yang sangat mengejutkan...aku tak sangka benda ni akan berlaku.....

Sudah 5 tahun aku menjadi penghuni di rumah milik ku...tak pernah terjadi apa-apa pun perkara buruk....fikiran aku time tu memang terkejut beruk, tak tentu hala aku fikir, sampaikan terbeliak biji mata aku memandang ke bawah...ke lantai bilik master bedroom aku....aku hanya sempat mengucap "Ya Allah" apa dah jadi ni....mimpi kah aku? aku bagaikan tak percaya dengan apa yang aku nampak....

Lantai tiles rumah aku tiba-tiba pecah dan merekah, mengelembung dengan serpihan tiles bertaburan ke merata tempat...masa kejadian bunyi yang agak kuat macam bunyi benda meletup orang tengah main mercun pun ada, tapi masa tu aku baru saja keluar rumah untuk ke bazaar ramadhan yang berhampiran, jadi tak pasti bunyi macam mana, yang tinggal puteri aku kat rumah....dia memang terkejut ingatkan ada pencuri sedang buka grill, bunyi sangat kuat macam guruh pun ada..menakutkan....

Jadi sekarang aku nak salahkan siapa....nak salahkan pemaju atau penghuni rumah tu...ooh tak mungkin, aku dah buat repot pada pemaju tapi jawapan sangat mengecewakan...pemaju tak mahu bertanggungjawab...konon nya tempoh warenti dah tamat, jadi sekarang mahu tak mahu aku yang kena buat sesuatu, kena perbaiki sendiri atau guna khidmat kontraktor....benda ni pasti memakan jumlah yang besar, bukan kecik2 ...bila di fikirkan balik kenapa lah jadi time ni...bulan puasa banyak nak guna duit, persiapan raya pun tak beli lagi....aduh....sedihnya.....



- tiles bilik habis terkopak....

- pecah2 lagi,






Lebih kurang 40 keping tiles yang pecah dan terkopak...rasanya kena buat balik semua, kalau buat sebahagian takut yang lain pulak meletup.....tak tahu lah macam mana, nak kena mintak pendapat kontraktor dulu.....ada sesiapa boleh bagi cadangan tak?