Memaparkan catatan dengan label LASAGNA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LASAGNA. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 19, 2010

DARI NARITA KE KLIA...

Lebih kurang jam 2.45 petang kitorang dah bertolak ke KLIA untuk menyambut kepulangan puteri kesayangan ku yang selamat pulang dari Jepun.....bertolak dari Narita airport tepat jam 10.30 pagi dan dijangka tiba di klia jam 4.45 petang....agak lama berada dalam flight lebih kurang 7 jam dalam perjalanan....akhir nya selamat tiba ke tanah air awal sikit tepat pukul 4.20 petang...

Sejak berada di perantauan, inilah kali pertama anak ku pulang bercuti selama sebulan, sempatlah sambut raya di sini.....kepulangannya memang di nanti2 oleh kami sekeluarga....terasa rindu teramat sangat, masa menunggu hatiku memang tak sabar2 nak berjumpa, peluk cium sayang hampir menitis air mata kegembiraan.....

Akhirnya macam tak percaya tengok wajah anak sendiri dah pulang....pulang keseorangan tanpa teman...nasib baik jumpa dua orang senior dalam flight...takde lah risau sangat.....alhamdulillah anak ku kini berada di depan mata......


tiba ke klia jam 4.20 ptg...


- dari jauh nampak sayu jer....selamat pulang anak ku....


- peneman setiaku semasa di klia......

Sebelum sampai di rumah, sempat lagi kami singgah ke pasar ramadhan yang berdekatan, beli sedikit makanan untuk berbuka puasa di rumah adik....berbuka dengan ala kadar jer, sebab anak ku dah fikir macam2 nak makan sebaik sahaja tiba di Malaysia....maklumlah berada di perantauan bukannya senang nak dapat makanan halal dan mewah seperti di sini...sebelum pulang ke rumah sendiri, anak ku yang tak sabar2 mengajak aku singgah ke restoran Deli France, rupanya dia teringin sangat nak makan Lasagna....untuk memenuhi impian dia kami terus ke sana dan lihatlah juadah western yang paling dia gemari.....


- kami ode 2 sekali sama...chicken lasagna....


- plus air-cream coklat, oren jus dan teh O ais.....