Selasa, September 14, 2010

SUASANA BERAYA DI KAMPUNG

Salam semua.....alhamdulillah tahun ni masih berpeluang beraya di kampung halaman, walaupun mak ayah dah takde, kami masih berkesempatan pulang beramai-ramai dengan adik beradik yang lain....tahun ni kami adik beradik beraya di rumah adik yang tinggal tak jauh dari rumah mak ayah....memang riuh rendah bila dapat berjumpa dan berkumpul.....

Seperti biasa setiap tahun kami tak melepaskan peluang menunaikan solat sunat aidil fitri di masjid yang berdekatan...selepas tu baru kami adik beradik menziarahi pusara mak ayah pulak dan menziarah saudara mara dan kenalan yang bertahun tak jumpa.....




Kami sampai di kampung pada malam raya, ketupat palas dan rendang daging dah pun siap di masak oleh adik...tak sempat lah nak menolong, nasib baik adik yang seorang lagi tu boleh tolong sama2 masak....hehe


- antara biskut badam yang paling di gemari....

- menziarah pusara mak dan ayah.....


Selepas menziarahi pusara, kami terus singgah kerumah pusaka mak dan ayah, yang no 1 dan 2 itu lah rumah kami, tempat kami dilahir dan dibesarkan di sini...hanya tinggal kenangan....sebelum raya adik yang tinggal dekat sini yang tolong bersihkan dan mengupah orang memotong rumput....no 3 dan 4 tu rumah mak mertua adik, kami singgah pada waktu malam dan makan bihun sup...no 5 adalah rumah kawan lama yang dah bertahun tak berjumpa..singgah sewaktu nak balik ke K.L


- anak2 dan anak sedara bersalam-salaman sebelum boleh dapat duit raya...


- singgah berkunjung ke rumah mak sedara sebelah ayah...

- meow2 pun nak beraya jugak..jakun tengok ramai sangat orang kat rumah dia....

8 ulasan:

AishaAminudin berkata...

wah! seronok nya bergambar ngan family.. bila berkumpul mmg terasa suasana hari raya.. sedap pulak nengok biskut raya yg comei2 tu..

meowwmania berkata...

wahh sedapnya tgk ketupat palas tu, favourite tuh nyum2

meriahnya berhari raya :D

Farah berkata...

Seronoknya berhari raya di kampung :D

Kucing tu comel sangat .

± berkata...

seronok tgk org beraya :)

HaN WarreN berkata...

hehehe rajinnya snap pic....

Mr. Asada berkata...

meriah seyh raya dapat jumpa sedara mara n kumpul adik beradik..

Selamat Hari Raya =)

alin berkata...

huhuhu..tengok ketupat tu terus lapar plak..pasni nk g makan.. ;p

Mummy berkata...

nampak meriah hr rya, berkumpul semua ye..