Rindu bertamu lagi.....Ya….Allah… Semakin syawal menjelang kini, Semakin kuat rinduku bertamu dihati, Kenangan silam menghimbau kembali, Pastinya tak akan berulang lagi…. Kini, mak dan ayah telah pergi, Menyambut panggilan Ilahi, Tinggallah kami…Melayari hidup ke destinasi yang tak pasti…. Betapa seksanya menanggung rindu ini, Hanya Engkau yang Maha mengetahui…Semoga rohmu dicucuri Ilahi….Bersemadi di alam abadi……..Aminnnn.
Raya dah dekat dan selalunya keputusan ni memang susah nak dibuat iaitu antara balik kampung atau tidak...TOLONG!!!! Beginilah selalunya setiap kali nak raya sejak kebelakangan ni. Kalau raya di kampung memang tiada maknanya lagi. Rumah pusaka di tinggalkan tanpa penjaga, sunyi sepi rasanya...raya di kampung dah jadi rutin biasa iaitu selepas ziarah pusara mak ayah dan melawat rumah sedara mara terdekat....
Hari raya sebenarnya sudah tiada makna lagi selain menyambutnya sebagai hari kegembiraan meraikan kemenangan berpuasa selama sebulan. Apa lagi yang nak diharapkan setelah perginya dua insan tersayang dalam hidup. Mak ayah telah dipanggil olehNya bertahun yang sudah.
Terlalu banyak kenangan pahit manis bersama mak ayah untuk diingati sehinggakan pernah kurasa bahawa aku berada di tengah tengah hiruk-pikuk lautan manusia yang tidak pernah tahu akan kewujudan aku. Semuanya dah jadi igauan ngeri dan mimpi hitam dalam kamus perjalanan hidup ini. Tiada lagi ucapan atau nasihat dari mak ayah untuk aku terus menempuh hidup ini..
Apa yang lebih memburukkan keadaan dan merunsingkan diriku sekarang ialah tiada lagi doa seorang ibu untuk aku jadikan pendinding menempuh hari-hari mendatang. Aku bimbang jika hidupku dahulu 'dilindungi' oleh doa ibuku yang tak putus-putus memohon kesejahteraan untukku. Apa akan jadi untukku di masa mendatang jika doa ibu sudah tidak melindungiku lagi...aku pasrah dan berserah pada yang maha esa agar hidup aku dan keluarga serta adik beradik ku dilindungi oleh Allah swt..
Memang sukar untuk menjejakkan kaki ke kampung yang sudah sepi dan sunyi tu. Perasaan selalunya bercampur-baur setiapkali terpandang rumah pusaka tinggalan arwah. Hanya sedara mara sekampung yang menghiburkan suasana. Tiada apa lagi yang tinggal disana kecuali hingar-bingar kanak-kanak menyambut hari raya sepertiku semasa kecil dahulu.Tiada apa lagi yang dapat ku saksikan kecuali kemeriahan orang2 kampung menyambut hari kegembiraan seluruh umat Islam nanti...
Oh Tuhan, sungguh agung kuasaMu menjadikan diri ini tabah menghadapi segalanya. Aku percaya janjimu kepada umat sekerdil aku tidak pernah padam dan aku terus berdoa agar aku terus diberi kemudahan untuk menjalani hidup ini sebaik mungkin. Berilah aku membuat keputusan yang sebaik mungkin.....aku akan menziarahi dan bersedekah Al-fatihah di pusara emak ayah pada hari raya pertama bila aku pulang ke kampung halaman nanti.....amalan kami setiap kali pulang berhari raya di kampung dan tak pernah padam selama-lamanya.....ooh rindunya aku pada mak dan ayah bila tiba musim raya.....
13 ulasan:
berdoalah untuk mereka. insyaAllah doa anak soleh & solehah akan bersama mereka..
Selamat Hari Raya Aidilfitri =)
doakan untuk mereka tiap masa...huhu sedih bile baca cite2 cmni...
Selamat hari raye yek ;)
sedihnya...
sama-samalah kita sedekahkan fatihah, supaya mereka tenang di sana
huhuhu...mmg x meriah bila tiada mak n ayah. teringat klu balik, ayah la sibuk bli tulang wat sup gear..sb aku suka mkan. ayah gn mak juga kacau dodol sendiri..sgt sdapppp.skrg tinggl kenangan...AlFatihah.
sedih nya baca n3 nie.. bykkan bardoa semoga mereka bahgia di sana.. jgn jdkan kesedihan penghalang kebahagian...
sabar ya...teruskan hidup n selalulah berdoa utk mereka2 yg tlh prgi...
sedih baca n3 awak apa yg perlu banyakkan berdoa.. ye.. jgn jadikan ia sebagai penghalang tau
al-fatihah
adat kehidupan.. semuanya akan kembali
adat kehidupan.. semuanya akan kembali
sabar dan doa je la ye..
Semoga saudari tabah menempuh ari2 yang akan datang..banyakkan bersabar da berdoa kerana Allah sentiasa melindungi hamba-hamba-Nya.
salam..smoge mereka d tempatkan brsama org2 yg beriman..sntiasalah sedekahkan bacaan al-fatihah utk mereka..
sedih lah entry ni T_T
rasa mcm nak nangis.. sy bersyukur sgt sy masih ada dua2 org tua..
takpe,awak boleh dtg rumah kite jumpe mak ayah kite.diorg sporting punyee... =)
Catat Ulasan