Selasa, Disember 15, 2009

Kisahku dua hari lepas...

Ahad lepas ada 2 kenduri kahwin, satu rumah jiran dan satu rumah sepupuku diPutrajaya...Kami sekeluarga menghadiri kenduri kahwin diputrajaya. Dua pasang anak sepupuku kahwin hari tu..Memang meriah lah..makanan memang lain drp yang lain..Ada ayam panggang...golek lagi..ada daging masak hitam dan nasi minyak..lauk pauk memang sedap, ada kelas laa..tapi kami makan tak puas sebab lauk ada orang yang tolong hidangkan...tak dapat ambil banyak2...

Lepas kenduri kami terus balik,,,tapi sebelum tu singgah sekejap dkt MetroPoint, anak perempuanku nak tukar handset yang baru dibeli.. rosak pulak. Karnival jualan handset 70% diskaun!! konon...

Dalam Metropoint aku terjumpa dengan anak buahku Suraya sekeluarga..shopping beli handset jugak..Tak sangka aku dapat berjumpa mereka disitu..

Sebelah petang, aku hantar anak2ku pulang balik asrama..anak perempuanku belajar kat Intec Shah Alam, manakala anak lelaki sulungku belajar di UIAM Gombak..perjalananku hari tu memang jauh, memenatkan tapi apa nak buat demi anak2ku,,aku berkorban jua...


Tiada ulasan: