Isnin, Disember 28, 2009

Berjumpa adikku..

Hari ini adikku mengajak aku menemani nya menghantar borang pekerjaan “resume” untuk anaknya ke pejabat2 kerajaan seperti JPJ, UPM, MPKJ dan Jabatan Sumber Manusia (JobsMalaysia). Sambil tu sempat jugak kami singgah di Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya…

Sudah lama jugak aku tak keluar dengan adikku…masa ni lah aku ambil peluang berjumpa dengan nya..…selalunya aku keluar pun bila mengambil dan menghantar anakku balik ke asrama je..kadang2 tu terasa bosan bila asyik terperap kat rumah…sekali sekala berjumpa dapat jugak berbual2, bertanya khabar dan bercerita bermacam-macam kisah…..seronok tau…hehehe!

Cuti lagi...

Cuti lagi….anak2ku pun ambil kesempatan sempena cuti Christmas ni balik kerumah..Biasa lah..kalau balik rumah mereka ni suka lah menonton tv, bermain game, ada yang melekat depan PC apa lagi tengok youtube…hmm…routine sama je…

Tapi kali ni mereka balik kerumah tak sangka pulak rupa2nya kena buat “assignment” yang pensyarah berikan…..tengok lah aksi2 mereka…hehehe!!

- tension...tension..kena buat "assignment", cuti ni tak dapat nak relax..hmm -

- time2 ni banyak pulak kerja, tak dapat tengok youtube..hehe! -

- exam dah abis, no more study...masa untuk main games..hahaha!! -


Sabtu, Disember 26, 2009

Akhirnya...

Result PMR dah keluar dah!!...ucapan tahniah la pada mereka2 yang dapat keputusan cemerlang...yang kurang cemerlang teruskan usaha, jangan sedih2..perjalanan korang masih panjang..teruskan berusaha tanpa jemu hingga berjaya...GOOD LUCK!!

.....Mutiara kata.....

Kegagalan hari ini bererti pendorong, namun kejayaan semalam bukan bererti kemegahan. Oleh itu, gantungkanlah cita2mu setinggi bintang di langit dan rendahkanlah dirimu serendah rumput di bumi....

Khamis, Disember 24, 2009

Kemas bilik..

Memang penat giler...hari ini aku sibuk mengemas bilik anakku "kakak"..dah lama sangat terbiar, takde sapa nak tolong2 kemas..nak harapkan anakku dia bukannya rajin sangat..lagipun bukannya dia selalu ada kat rumah..2 minggu atau sebulan sekali baru balik rumah...kalau balik pun asyik tengok youtube "taeyeon" je...Ni haa..banyak nya sampah sarap...kat meja study dia penuh nya habuk..buku2 lama semasa sekolah dulu dari tingkatan 4 dan 5..aku kutip2 dan susun biar nampak kemas sikit..takde la sakit mata memandang..jadilah macam ni, setinggi bukit dah…ada lagi yang tak sempat aku mengemas part2 baju…hmm berselerak…nanti lah bila aku free aku buat semua tu….bukan apa nak “touch-up” dulu bilik tu biar nampak cantik dan menarik…..


- macam kedai bookstore -


- baru nampak kemas bilik study kakak -


Selasa, Disember 22, 2009

Kenangan lalu...

Diam tak diam tahun 2009 dah sampai ke penghujungnya…begitu cepat masa ni berlalu, kan? Sepanjang 12 bulan ni, cuba kita imbas semula apa yang telah kita lakukan?. Adakah apa yang kita idam2kan di awal tahun baru hari tu terlaksana dengan jayanya? Ataupun impian kita tu hanya tinggal angan2 & gagal kita capai?...renung2kan lah..

Sebelum tahun 2009 melabuhkan tirainya….banyak kenangan manis dan pahit yang aku lalui..kenangan manis hmm…entahlah..nak kena recall pulak…tak perlulah nak di ceritakan di sini…biarlah kenangan manis tinggal kenangan saja…apa2 pun kenangan pahit yang aku tak dapat melupakan ketika ibuku meninggalkan kami semua..terasa baru sangat ibuku pergi mengadap illahi…doaku agar roh ibuku sentiasa di cucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan orang2 yang beriman..AMIN…

Keputusan exam...

Sekolah rendah dah dapat keputusan UPSR...dah lega la no..tahniah la pada mereka2 yang dapat keputusan cemerlang..hmm tak lupa ucapan tahniah sekali lagi kat "Munirah" dan "Amalia"...bagus2 keep it up..teruskan usaha kamu sampai ke peringkat yang lebih tinggi..perjalanan korang masih lagi jauh..

Dan minggu depan keputusan PMR pulak menyusul....harap pada mereka2 yang ambil PMR tu bersabar, banyak2 berdoa agar dapat keputusan cemerlang jugak...especially "Ashraf" dan "Asraie". Harap korang jugak dapat yang terbaik..."AMIN"......

Sabtu, Disember 19, 2009

Tempahan makanan....

Jika ada yang berminat nak buat tempahan....MASAKAN BARAT...seperti

- SPAGHETTI BOLOGNISE -

- SPAGHETTI CARBONARA -

boleh hubungi: Tel: 012-3978609 (sal)


Perkhidmatan
  • Sambutan Hari Lahir/Ulang tahun
  • Majls kesyukuran
  • Makan tengahari/malam
  • Mesyuarat
  • Hari Raya
  • Lain-lain Jamuan
Harga "berpatutan"
Minimum 50 pax ke atas..

Jom makan2..

Ni dia menu hari ini...buat nasi lemak pulak..Kepada sesiapa yang tak reti nak buat...
lihat lah bahan2 di sini pasti dah boleh masak...kacang je!!
- bahan2 nasi lemak dan sambal tumis udang -
- sambal tumis udang, telur dadar, timun & honeydew (dessert) -
- sambal tumis udang -
- hujan2 sedap pekena Nasi Lemak -

Cuti2 Malaysia..

Nampaknya bulan ni banyak cuti, seronoklah orang yang bekerja makan gaji di sektor awam & sykt swasta..Dapat la juga berehat & melepaskan penat kan..Kalau yang bersekolah tu, tak payah nak cakap la, sebab korang memang tengah syok sakan bercuti panjang..gerenti masa ni ramai yang bercuti & menghabiskan masa di kampung bertemu dengan atuk & nenek serta sanak-saudara..yang takde kampung tu, pasti ketika ini sedang sakan bercuti ke tempat2 yang menarik sama ada di dalam mahupun di luar negeri..Walau bagaimanapun korang bergembira, pastikankeselamatan diri & harta benda korang diberi keutamaan & dititik beratkan tau. Sambil bercuti tu, korang kena beringat..Jangan pulak nak habiskan duit tak tentu arah..bukan apa sekadar mengingatkan je...

Jumaat, Disember 18, 2009

Menu hari ini..

Masak gulai ayam dengan ayam goreng je!!...Budak2 suka le ayam goreng ni..
- Gulai ayam - makanan kegemaran anak2ku..
- Ayam goreng kicap -

Antara yang best lagu Michael Jackson...

I'LL BE THERE....


You and I must make a pact, we must bring salvation back
Where there is love, I'll be there

I'll reach out my hand to you, I'll have faith in all you do
Just call my name and I'll be there

I'll be there to comfort you,
Build my world of dreams around you, I'm so glad that I found you
I'll be there with a love that's strong
I'll be your strength, I'll keep holding on

Let me fill your heart with joy and laughter
Togetherness, well that's all I'm after
Whenever you need me, I'll be there
I'll be there to protect you, with an unselfish love that respects you
Just call my name and I'll be there

If you should ever find someone new, I know he'd better be good to you
'Cause if he doesn't, I'll be there
Don't you know, baby, yeah yeah
I'll be there, I'll be there, just call my name, I'll be there

(Just look over your shoulders, honey - oo)

I'll be there, I'll be there, whenever you need me, I'll be there
Don't you know, baby, yeah yeah

I'll be there, I'll be there, just call my name, I'll be there...

Khamis, Disember 17, 2009

Berhari raya bersama kawan2 anakku..

Gambar2 nie semasa hari raya tahun 2009...sebahagian saja untuk tatapan...
- ramai nye kawan2 kakak nie.. -
- bersama kawan2 sekolah semasa menuntut tahun 2007 -
- Aina, Farah, Nad - 3 sekawan...

Mutiara kata versi English...

It is NOT because things are difficult for YOU TO TRY...
It is because YOU ONLY TRY that things become difficult...

Kemas rumah...

Selepas habis exam SPM baru lah anakku nak mengemas rumah...susun buku2, kertas2 yang dah tak boleh guna lagi, aku suruh masukkan dalam beg plastik sampah..bukan nak buang tapi ada jugak faedahnya, benda2 ni aku boleh jual daripada buang kedalam tong sampah..dapat jugak income sampingan...hehehe!!

Setelah habis mengemas, aku dan anakku keluar panaskan enjin kereta ayahnya..sebab lama terperap kat rumah...kalau biarkan nanti rosak pulak kereta tu..kami bawa jalan2 kat kawasan taman je..ambil angin petang...lama tak keluar kat kawasan taman, dapat jugak tengok suasana taman...meriah dengan bunyi suara budak2 bermain di padang...teringat sewaktu anak2ku kecil dulu....tinggal kenangan..sekarang mereka semua dah besar panjang...hehehe!!

Mutiara kata...

Jangan memandang kebawah untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak sebelum memulakan langkah. Hanya orang yang menetapkan pandangan ke arah horizon yang jauh di hadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar....

Sekadar mencuci mata...

Tanaman kesayangan ku...daun kari kat belakang rumah, yang lain2 pokok kat depan halaman rumahku...
- ni pokok Lipstik @ bibir - cantikkan!!
pokok tanduk rusa, cantik letak kat laman rumah..
Draceana fragrans @ senjuang wangi...pelik nama pokok ni..
- pokok daun kari - baru nak tumbuh..

Menu hari ini..

Masakan ku hari ini...sila lihat gambar...hmmm...hujan2 begini sedap makan..hehehe!!
Ikan tenggiri goreng...banyaknye!!
Udang lemak cili api pucuk ubi & tempoyak...hmmm..sedap!

Rabu, Disember 16, 2009

Mutiara kata versi English...

LEARNING.....
Always Involves New Understanding,
New Behaviour....
THINKING + ACTION...

Waktu petang yang dingin...

Siapa pulak yang menjerit nie...seram.....memang sunyi waktu ni..aku dengan anakku je ada kat rumah..yang dua anakku tu ada kat asrama..memang boringgg giler..Aku buat hal aku lah..apa lagi melayan Pc aku ni...bunyi macam2..ada suara kuching...katak...entah apa2 lagi...Kuching ku tak henti2 memanggil aku...entah lah nak makan kut..tak kenyang2..dari pagi sampai malam minta makan..macam orang jugak laa...hehehe!!

Mutiara kata versi English...

To become different from what we are, we must have some Awareness of what we are...

Musim Hujan ke nie?

Tiap2 petang hujan...bagus jugak hujan rahmat...sejuk sikit kalau tak asyik panas memanjang...Tidur malam berpeluh-peluh...tapi sekarang tak lagi...hujan turun mencurah-curah...kalau di Jepun sekarang ni musim salji...best jugak boleh pakai baju tebal kut...tapi yang tak best nya tak dapat nak keluar, susah laa sebab salji tebal sangat.....court tennis pun dah penuh salji...nak jalan susah tu tak macam di tempat kita ni, hujan2 pun masih boleh pergi jalan2, shopping, tengok wayang...dan apa2 lagi lah.. Saja je boring2 baca je info ni...
- bersama nana dan mirza - marathon kl..

gambar anakku Fareez semasa masuk Std.Chartered Bank Marathon di kl...

Mutiara kata...

Wawasan tanpa tindakan hanya kekal impian,
Tindakan tanpa wawasan hanya membazirkan masa,
Wawasan disusuli tindakan berupaya mengubah dunia...

- tak sah kalau tak de buah oren!! sebagai dessert -
- Ayam masak ros - kesukaan anak2ku..hmm!!
- Nasi Tomato - sape tak rasa rugi...sedap!! hmm...
-bahan2 nasi tomato & ayam masak ros -

My Resipi..

Hari ni aku masak nasi tomato dengan ayam masak ros...Selalu jugak aku masak nasi ni..bukan ape bahan dah ada so buat je lah..ni dia untuk tatapan anda semua..hmm!!

Kuchingku memang nakal...manja tak tentu hala..hehehe!!

Untuk tatapan kalian semua...

Selasa, Disember 15, 2009

Mutiara kata...

Lihatlah disekelilingmu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang diberikan dan airmata yang dititiskan, simpan dan jadikan tauladan, segala yang dipandang dan dengar, simpan dan buat pedoman...

Kisahku dua hari lepas...

Ahad lepas ada 2 kenduri kahwin, satu rumah jiran dan satu rumah sepupuku diPutrajaya...Kami sekeluarga menghadiri kenduri kahwin diputrajaya. Dua pasang anak sepupuku kahwin hari tu..Memang meriah lah..makanan memang lain drp yang lain..Ada ayam panggang...golek lagi..ada daging masak hitam dan nasi minyak..lauk pauk memang sedap, ada kelas laa..tapi kami makan tak puas sebab lauk ada orang yang tolong hidangkan...tak dapat ambil banyak2...

Lepas kenduri kami terus balik,,,tapi sebelum tu singgah sekejap dkt MetroPoint, anak perempuanku nak tukar handset yang baru dibeli.. rosak pulak. Karnival jualan handset 70% diskaun!! konon...

Dalam Metropoint aku terjumpa dengan anak buahku Suraya sekeluarga..shopping beli handset jugak..Tak sangka aku dapat berjumpa mereka disitu..

Sebelah petang, aku hantar anak2ku pulang balik asrama..anak perempuanku belajar kat Intec Shah Alam, manakala anak lelaki sulungku belajar di UIAM Gombak..perjalananku hari tu memang jauh, memenatkan tapi apa nak buat demi anak2ku,,aku berkorban jua...


Mutiara kata...

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun dia telah dikecewakan. Kepada orang yang masih percaya, walaupun dia telah dikhianati. Kepada orang yang masih mencintai walaupun dia telah disakiti sebelumnya & kepada orang yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk bangun kembali akan kepercayaannya....

Taman Tasik...

Hari nie awal pagi aku dah bangun...anak bongsuku suruh kejutkan dia pukul 7.00 pagi...Ada jamuan kelas perpisahan tingkatan 5..so jam pukul 8.15 pagi aku hantar anakku ke Taman Tasik dkt dengan rumahku..Lebih kurang 10 minit dah pun sampai. Walau pun dekat dengan rumah tapi aku tak pernah pun pergi kesana...Inilah pertama kali..aku menjejak kakiku kesitu...

Lepas hantar anakku, aku terus ke pekan, ada urusan sikit..Abis kerjaku, aku terus balik kerumah. Seperti biasa tugasku, apa lagi kalau tak ke dapur...memasak..masak ape2 je..tapi kali ni aku masak nasi bubur je sebab dah bosan hari2 makan yang enak2 je..sekali sekala tukar selera yang ringan2 pulak..hmmm..boleh tahan jugak..Sedap!!!

Jam 1.15 tengahari aku keluar lagi ambil anakku pulang kerumah..Ramai juga rakan2 sekelas anakku hadir jamuan begitu jua ada beberapa orang guru yang hadir ke jamuan tersebut. Mungkin ini yang terakhir jamuan perpisahan mereka.....

Sabtu, Disember 12, 2009