Jumaat, Mei 14, 2010

SUKAR NAK BUAT PILIHAN


Dalam keadaan suka duka menerima keputusan SPM, menjadi satu kebiasaan lepasan SPM berasa konfius dalam memilih bidang yang terbaik untuk menyambung pelajaran.....Bayangkan lah anda berada dalam situasi di mana anda perlu memilih satu daripada dua bidang yang telah anda berjaya diterima.......


- susah nye nak buat keputusan....

Dalam kes ini ialah bidang Sains Aktuari dan Sains Kesihatan Bersekutu....Mana lagi bagus??...sudah pasti dua bidang ini adalah dua bidang yang sangat berbeza....menambah lagi kenkonfiusan ini ialah Sains Aktuari ini dalam bentuk Diploma, manakala Sains Kesihatan Bersekutu dalam bentuk Asasi.....


- pening kepala memikirkan...

Selain itu bayangkan jugak anda tidak tahu apa yang anda inginkan untuk masa depan anda.....memang sukar nak membuat pilihan.......untuk pengetahuan semua mesej ini diutarakan oleh anak lelaki ku yang begitu kebinggungan memilih bidang pengajian di universiti....aku harap pembaca blogku dan semua bloggers di luar sana di minta memberi pendapat serta pandangan jika ada pengalaman atau komen-komen yang berguna demi masa depan anak ku...

Pendapat anda aku hargai dan di dahului jutaan terima kasih yang tidak terhingga.....


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam.
saya dr blog aireensamirah.

saya sekarang sedang mengambil kos sains aktuari, sudah habis tahun 2,
sekarang menunggu utk menyambung belajar di US, iAllah.

pada saya dua2 kos ni sangat berbeza,
dan pada saya minat yg memainkan peranan di sini.

kos sains aktuari bukan kos yg mudah, tapi kalau berminat dengan perkiraan, bisnes, teori kebarangkalian dan sebagainya, tak ada masalah untuk mengambil kos ini.

yang mana satu bagus, saya pun tak tahu sebab saya tak tahu apa tu sains kesihatan bersekutu.

cuma ini yg dapat saya bantu,
kalau sy, sy akan pentingkan minat dulu.

salam ziarah :)

DLatum berkata...

salam akak :)

bg saya la kn..ank akak kena pilih kos yg btul2 dia boleh ambil...xkesah la diploma mhupun asasi..kalau subjek tu bgus tp ank akak xleh nk bwk, xguna gk kn...lg satu, kena tgok gk peluang pkerjaan klu amik kos tu..

kena cari la kt internet psl subjek2 ni..wt kajian skit2..

da wt istikharah blum?? suh la ank akak solat istikharah...tu yg tbaek..insyaAllah Allah bukak kn hati dan lapangkn dada utk mmbuat pilihan...akak pon bleh wt solat istikharah skali utk ank akak :)

sorry xbyk mmbantu sbb sy xtau sgt apa tu sains aktuari..

Nadiah Sidek berkata...

saya pernah alami situasi ni dulu lepas matrik! huhu..tak tahu nak pilih course apa. end up, 1 pilihan pun tak mengena. course yg saya dpt langsung takde dalam pilihan saya tapi saya teruskan aje, alhamdulillah grad dah pun 4 thn lepas

ada sorang kat sini ambil sains aktuari..katanya course tu byk melibatkan nombor (byk pengiraan la kot)

the best is...cari dulu maklumat (pro & cons) psl 2-2 course tu. pastu baru buat istikharah. insyaAllah keputusan yg dpt nnt adalah keputusan yg terbaik :)

Oh Malaysia berkata...

Salam, akak. Saya bagi pro dan kontra untuk kedua-dua tersebut. nanti senangla nak buat perbandingan.

sains aktuari
-course ni top 5 course yang menjanjikan pekerjaan dgn gaji yang tinggi di US. itu di US, maybe di Malaysia tak kot. tapi malaysia, aktuaris memang panas macam pisang goreng panas sebab x ramai akuaris di malaysia ni.
-walaupun diploma, nanti boleh je buat credit transfer. so diploma 3 tahun, degree 2 thn sgt je nanti. xpun 2 tahun degree.
- yg susahnya aktuaris ni profesional. walaupun kita dah ada degree, nak capai tahap yang tinggi kena lepas test2nya. test2 utk jadi aktuaris sangat susah sebenarnya.

sains kesihatan bersekutu
-banyak cabang kita boleh pergi lepas asasi. macam2 course. course ni menjanjikan/menjamin peluang pekerjaan. hospital2 memerlukan mereka lagi2 untuk course kritikal seperti farmasi.

kalau saya di tempat anak akak saya akan pilih sains kesihatan bersekutu.

Seri Bahasa berkata...

seri taklah nak komen panjang2 tp pada pendapat seri ambillah course yg kita minat.

kedua course haruslah punya masa depan. maksud seri course tersebut biarlah dapat memberi peluang pekerjaan yang cerah selepas selesai nanti.

Haffiz Al-Banna berkata...

komen oh malaysia tu dh covr smua sbnrnya sbb dia dri bidg medic..sbb tu dia support sains kesihatan bersekutu..
sy lak lbh kpd pngiraan dan kalo sy yg mmbuat plihn, mmg sy akn mmlih course sains aktuari..
TETAPI, course sains aktuari mmg amat payah dan betul2 kena mint di dalam bidg math, stats dan juga bisness serta history..
sy prnh ditwrkn scholarship ntuk sains aktuari jadi sy prnh wt research dlm bidg nie..
nk jadi aktuari mmg pyh sbb bnyk test professional tetapi di malaysia, tak ramai yg bergelar aktuari ataupun di dlm bidg nie..
akak kena tnya mint anak akak..kalo dia mcm sy : yakni xsuka bnda2 bio dan medic dan suka bermain dengan number, better amik sains aktuari..
kalo dia mcm oh malaysia yg lbh mint medic (brtntngn ngn sy), btter amik sains kesihatan bersekutu..
oh ya, untuk sains aktuari hanya ada bbrp univ di malaysia yg bbtul diiktiraf dan dikira hbt ykni UKM dan UM..
yg pntg skrg, kna tnya mint akak sbb dua bidg tu adlh du bidg yg cmpletely brtntngn..
pape nk tnya, leh buzz sy di mail sy..tau kn?
sy leh bg pnrngn pnjg lbr lg psl sains aktuari sbb nie dlm bidg sy..hehe

Shamrin Mat Janih berkata...

Salam...
Kalau pasal bidang sains ni aku tak reti sangat pasal aku jurusan sastera jak kt universiti dulu.

Tapi sebenarnya, pilihan yg dibuat hendaklah menepati kehendak n permintaan semasa. Minat yes one of reason lah, tp minat jg kena bersesuaian dengan peluang2 pekerjaan yang ada.

L berkata...

Salam Kak. Maaf lambat bg ulasan mcm yg akak mintak.
Berdasarkn ulasan2 bloggers lain, saya rasa itu dah cukup memadai esp ulasan Oh Malaysia.

Sblm ni mmg ramai jugak yg tnya saya psl kos sains aktuari,esp bdk2lepasan SPM. Tp saya ni bukan reti sangat nak explain eventho dh tamat diploma. Saya amik kos ni dlu sbb saya ni jenis yg malas membaca, tapi saya minat mengira. So lps buat research jumpalah kos sains aktuari ni. Time tu saya tk pikir lgsg psl susah ke tk, bidang pekerjaan lps grad nt. Yg saya tau, saya kene cont blaja and kos ini sjlah yg sesuai dgn saya. So saya jwb soalan akak based on experience saya.

Ni soalan akak;

S: Kos ni susah sangat ke?
J: Secara general, mmg susah. Tapi bg saya bnyak lg kos yg susah seperti medic,enginering and law. Lepas tamat diploma kos ni dan sekarang saya sambung deg kos yg sama, saya tak rasa kos ni susah pn. Serious. Tapi, saya xdelah score plak. Sbbnya saya ni mmg pemalas;suka blaja last minute. Saya masih boleh survive lg dgn kos ni pn sbb saya mmg minat math dan saya jenis yg cepat tangkap,thats why saya boleh blaja last minute. Tapi yelah, markah cukup2 je. Kawan2 ada ckp if saya rajin, mmg saya boleh score mengalahkan top scorer. Tapi saya tk rs saya pandai mana. Bagi saya, semuanya bergantung pada minat seseorang.

Saya hrp ulasan saya ni dpt membantu akak wpun mcm tk berapa nk membantu. Hehe. Btw, anak akak dapat diploma sains aktuari kat mana?

ilieatiqah berkata...

salam....

kalau nak diikutkan, kedua2 bidang nih memang berbeza....
sains aktuari : maths
sains kesihatan bersekutu : sains tulen (klu tak salah)

so, memang kena tengok minat kearah mana r..maths atau sains....
kalau rasa cam still cinta pada sains ( kimia, fizik, bio), baik teruskan ngan sains stream....sebab, bila dah mek course sains aktuari nih, memang xkan sentuh agy r subject kimia, bio, fizik nih.....semua seubject melibatkan nombor jek : maths, business, account, economics & etc....

saya nih dulu amik sains fizikal kat matrix,...tapi, disebabkan memang tak minat sains n minat giler maths, tuh yang saya buat degree sains aktuari kat UM...sekarang dah nak masuk 2nd year dah pun...