Jumaat, Mei 07, 2010

MATRIK or UPU

Keputusan permohonan ke matrik dan upu telah pun di ketahui minggu lepas......anak bongsu ku adalah antara yang mendapat keputusan tersebut....sekarang aku sendiri dalam dilema samada untuk menyuruh beliau ke matrik atau ke upu.....kedua-dua keputusan telah pun di ketahui dan anak ku berjaya dalam matrik maupun upu.....

Kedua-dua keputusan ini memang mencabar.....susah jugak nak buat pilihan....setelah di kaji dan di analisis aku sepakat menyuruh anak ku memilih saja ke upu memandangkan tempat ke upu agak terjamin lagi pun sekiranya ke matrik mungkin agak sukar untuk anak ku meneruskan pelajaran di situ yang mengambil masa setahun untuk menamatkan pembelajaran....andaikata menerima tawaran ke matrik dan menemui kegagalan.....mungkin sukar untuk memohon ke upu nanti.....banyak juga yang aku dengar dan baca melalui akhbar-akhbar tempatan mengenai matrik.....kaedah pembelajaran di situ memang agak susah dan dalam masa yang singkat kena betul-betul fokus dalam pelajaran dan seterusnya berjaya dalam peperiksaan barulah boleh memohon ke universiti yang kita kehendaki....

Pada aku biarlah anak ku membuat keputusan yang tepat dan jangan tersilap membuat pilihan...aku sekadar memberi pandangan dan pendapat demi masa depan anak ku...biarlah anak ku memilih jurusan yang beliau minat bukan hanya mendengar cakap-cakap yang tidak pasti....aku jugak menyokong sekiranya anak ku memilih untuk ke upu....sebab tempat ke upu memang agak terhad....kalau di fikirkan agak rugi kalau anak ku menolak ke upu....bukan senang nak dapat...ramai yang cemerlang terpaksa bersaing sesama sendiri.....ada yang gagal dan terpaksa membuat rayuan....itu pun keputusan belum tentu berjaya atau tidak....




Aku sangat-sangat bersyukur yang akhirnya anak ku dapat menjejaki kaki ke universiti...aku berharap anak ku dapat meneruskan pembelajaran dan meneruskan cita-cita......harapan ku semoga selamat menempuh dugaan dan cabaran di universiti kelak.....

TAHNIAH...........anak ku!!!

P/s>>>>>>sekadar berkongsi kehidupan....




6 ulasan:

YucIkA berkata...

hehe

ok ah tu...nk wt pilihan mmg susah..kn??
plg xsuke bila kena pilih antara dua =.="

wt istikharah...moga2 pilihan yg dibuat jd pililhan tbaek..

sweetsal berkata...

dah fikir masak2..terima je tawaran upu..bkn senang nk dpt..bln jun kena daftar dh...

Nadiah Sidek berkata...

nadiah dulu belajar di matrik. pd nadiah ok je tapi skrg ni tak tau la mcm mana, lgpun setahun aje kan skrg ni. mcm nadiah dulu matrik setahun setengah (batch last yg setahun setengah)

YucIkA berkata...

insyaAllah upu tu pilihan tbaek..kena fikir penerimaan org yg nk study tu jgk...klu tmpt elok tp xssuai ngn org yg nk belaja...ssh jgk..

semoga dia dpt belaja ngn baik...aminn..

diari alya berkata...

salam, tahniah buat anak sweetsal. pandai2 anak2 sweetsal.

sweetsal berkata...

terima kasih semua di atas komen2 tu..rasa2nye pilihan tu dh buat yg terbaek..hanya menunggu masa dan mengisi borang yg berlambak2 yg belum selesai lg ni...