Memaparkan catatan dengan label biasiswa jpa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label biasiswa jpa. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 21, 2010

YANG DI TUNGGU SUDAH TIBA

Lama nya menunggu, akhirnya sampai jugak surat tawaran biasiswa persekutuan, syukur alhamdulillah adik dapat biasiswa JPA, walaupun adik gagal meneruskan pengajian ke luar negara, tapi adik masih berpeluang mendapat biasiswa ini.....penat lelah adik akhirnya berbaloi jugak......

Kini tiba masanya untuk mengisi dan mentelaah segala isi kandungan surat, nak mengisi borang, nak tandatangan, nak dapatkan tandatangan penjamin dan saksi, cukai setem, semua ni akan mengambil masa....terpaksa lah aku duduk dan cari waktu dan baca buku panduan mengisi dokumen perjanjian.....ibubapa lah yang kena mengadap ni semua....huhu





Selama 3 bulan adik di universiti menggunakan duit poket sendiri, nasib baik masa cuti menunggu keputusan SPM adik bekerja sementara.....dengan duit gaji yang tak seberapa, adik kumpul dan buat belanja adik masa baru masuk universiti, banyak jugak adik beli buku yang setiap buku harganya mencecah RM70-80.....adik berkorban demi pelajaran.......

Dengan pemberian biasiswa JPA ni, mama harap adik dapat menggunakannya dengan sebaik mungkin, jangan boros dan ingat bukan senang nak dapat, beribu orang yang kat luar sana memohon tetapi gagal untuk dapat biasiswa ni.....adik kira beruntung dan patut berterima kasih kepada JPA yang telah meluluskan permohonan adik.....

p/s: lepas balik keja aku kena belek2 benda ni pulak...penat dah...