Memaparkan catatan dengan label SHOPPING RAYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SHOPPING RAYA. Papar semua catatan

Sabtu, September 04, 2010

SHOPPING RAYA KALI KEDUA PULAK

Cuti sekolah dan cuti di universiti dah pun bermula....ramai yang dah balik kampung halaman masing2....tapi aku masih sibuk dengan beli baju raya anak2....aku akan balik kampung sehari sebelum raya....kedua-dua anak lelaki aku pun dah balik rumah..diorang dapat cuti dua minggu...seronok tak terkata lah diorang ni....suka sangat bila dapat cuti ni dan lepak2 kat rumah..

Selepas ambil abang petang semalam dekat asrama, kami terus jer ke shopping kompleks, taknak buang masa...lagi pun raya dah nak dekat, time2 macam ni ramai orang sibuk bershopping, semalam pun shopping kompleks kat JJ memang penuh dengan orang ramai, sampai jem dekat kaunter semasa nak bayar.....si abang dan si adik sempat jugak pilih baju dan seluar....nasib baik ada sales kat JJ, so harga tak lah mahal sangat..diskaun 20-50%..boleh tahan jugak lah, takpe lah setahun sekali beli pakaian anak2 bukan nya selalu beli...hehe


- ni pakaian anak bujang dua orang....

Sebelum pulang ke rumah kami sempat berbuka puasa di Wendy's, kami ode burger yang di saluti mushroom dan cheese....memang sedap dan berbaloi-baloi, makan sampai kenyang...hehe


- enak nya tak terkata....


- double burger mushroom + cheese...

- side ode french fries dan ais krim strawberry....

Khamis, September 02, 2010

SHOPPING RAYA

Salam.....kini bahang raya makin terasa..hanya tinggal beberapa hari lagi kita semua nak menyambut raya, pasti semua kita ada yang dah beli baju raya dan kuih raya....alhamdulillah masih ada rezeki dan kesempatan untuk membuat persiapan raya untuk tahun ini, walau apa pun kita berbelanja ingat lah jangan berlebihan, ingat pada yang kurang berkemampuan...zakat fitrah jangan lupa bayar.....

Syukur tahun ini....dan semalam aku sempat bershopping ala kadar dengan puteri ku setelah mendapat peruntukkan setiap sorang rm daripada suamiku.....setiap tahun suamiku berpesan jangan beli baju melayu untuk anak lelaki ku, bukan apa setiap tahun beli, hanya sekali pakai masa raya saja, lepas tu dah tak pakai, dulu setiap tahun beli, lepas pakai simpan dalam almari, tu la sebab dia marah dengan budak2 ni....selagi boleh pakai, guna je yang lama....kesian jugak pada anak2 ku, setiap kali raya aku cuma beli baju kemeja atau t-shirt dan seluar panjang...bagi anak perempuan aku beli blaus labuh, seluar slack dan baju kurung....

Sebelum beli barang2 raya, semalam aku sempat bawa puteriku membeli kad grads di KL Sentral, ini pun untuk kemudahan membawa barang2 lebih semasa naik flight nanti....boleh la nanti bawa sampai 30kg, tak perlu risau lagi....kalau sesiapa yang tak tahu pasal kad grads boleh rujuk disini

Selepas semua selesai, baru kami berdua terus ke shopping kompleks menaiki LRT...kami singgah di Jaya Jusco Keramat dan membeli keperluan raya di situ....nasib baik JJ tengah 'sales' dapat lah diskaun sikit.....ini shopping yang pertama dengan puteriku, yang kedua akan menyusul pulak dengan kedua-dua puteraku bila mereka balik bercuti nanti....


- berkenan pulak terbeli handbag satu...hehe




- chicken chop...kuah melimpah ruah, pedas sangat, tak tahan pedas..

- juice oren dan juice mangga...

Kalau berjalan dengan puteriku, taksah kalau tak pekena makanan yang dia suka....kami berbuka puasa di The Eggs House, JJ Wangsa Maju pulak....