Memaparkan catatan dengan label DAFTAR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DAFTAR. Papar semua catatan

Sabtu, Jun 26, 2010

HARI PENDAFTARAN PELAJAR

Salam....hari ini mungkin ramai yang mula mendaftar masuk ke universiti2 tempatan...termasuk lah anak bongsuku yang telah mendaftar di Uitm, Shah Alam. Sesi pendaftaran bermula seawal jam 8.30 pagi.....kami sampai ke sana lebih kurang jam 9.00 ....ini lah pertama kali aku menjejak kaki ku ke Uitm Shah Alam, sebelum ni pernah jejak ke uiam pj, gombak dan intec uitm sahaja....banyak signboard di letakkan di kiri kanan jalan, so tak lah susah sangat untuk sampai ke sana......

Sesi pendaftaran pelajar di buat di blok asrama....untuk sampai kesana kami terpaksa menaiki bas uitm yang di sediakan di tempat letak kereta....barang2 berat jugak hendaklah di bawa bersama ke dalam bas.....seronok jugak lah sebab lama tak naik bas....hehe

Proses pendaftaran pun berjalan dengan lancar.....ramai petugas2 yang setia menanti kami di tepi bahu jalan.... setibanya, kami terus di beri borang pendaftaran dan kunci bilik....tiada masalah besar yang timbul, semuanya tip-top.....urusan selesai dalam masa yang begitu singkat.....


- barang2 berat.....


- ibubapa yang setia menemani anak masing2.....


- blok asrama perindu.....


- anak dan ibu....


- nasib baik ada abang yang tolong.....


- isi borang pendaftaran di bilik asrama.....


- barang2 dah siap letak dalam almari baju.....


- time balik singgah makan2 dulu.....