Sabtu, April 23, 2011

SPRING IN JAPAN 2011 - 06/04/11 (Day 2)

Seawal jam 4 pagi kami dah mula bergerak mencari tren menuju ke tempat penginapan kami di Sakura Hostel, Asakusa. Tiba di hostel lebih kurang pukul 5 pagi. Waktu ni cuaca dah cerah macam pukul 8 pagi di M'sia...kalau di M'sia masih gelap dan waktu ni orang sedang nyenyak tidur tu...hihi




- top up 'Suica kad'...

Sepanjang travel dengan tren, kami guna 'Suica kad' ala2 Touch N Go jugak la, setiap kali keluar kami top up Y1000 untuk sehari travel.....


- lepak kat bilik air sekejap, kat luar tu sejuk bangatt!!....


- sedang mencari hostel.....


- melalui kawasan temple, terjumpa pokok sakura.....


- di belakang tu la hostel kami, rakyat M'sia ramai menginap di sini....

Lebih kurang 10 minit kami berjalan kaki ke hostel...Check in dulu dan rehat sebelum meneruskan perjalanan untuk hari kedua. Destinasi pertama, kami berkunjung ke Ueno Park (Sakura blossom). Teruja sangat nak tengok bunga sakura..hehe


- ni bandar Asakusa, hari2 kami melalui jalan sini.....

Nak pergi ke Ueno Park, kami naik tren Ginza Line, tak jauh sangat cuma melalui dua stesen iaitu Tawaramachi dan Inaricho dah sampai Ueno...kami turun dan berjalan kaki ke Ueno Park cuma terletak disebelah stesen saja...senang kan...


- tadaaa....cherry blossom season in Ueno Park.....

Sampai jugak lah hajat nak tengok bunga sakura, memang cantik, terpegun seketika, sambil posing2 dan ambik gambar, dah tak larat berjalan, luas sangat kawasan sini, selepas puas mencuci mata kami pun bergerak ke tempat lain pulak iaitu di Akihabara, bandar yang popular dengan barangan elektrik jugak di kenali sebagai 'Akihabara Electric Town'. Nak ke sini kami tukar tren Hibiya Line. Dalam dua stesen kami sampai ke Akihabara...segala macam gadjet banyak terdapat di sini, kami tak beli apa2 pun, cuma belek2 harga yang beribu-ribu yen, belum mampu nak beli, simpan duit untuk travel dengan tren je lah...hihi


- masa balik hostel singgah window shopping....

Kami dah penat berjalan, naik tren turun tren dan tukar tren banyak kali..betul2 exercise tu tapi badan tak kurus2 jugak, seperti biasa berjalan kaki ke hostel, kami tempuhi banyak kedai yang menjual cenderamata dsb, kami melalui Nakamise Street, disini beli sikit buah tangan untuk dibawa balik nanti..

Sampai hostel kami merehatkan diri, tiba2 buat pertama kali terasa gegaran kecil semasa di dalam bilik..ada gempa lagi, kami duduk tingkat 4, ni pengalaman pertama gempa ketika sampai di Tokyo....sangat menakutkan....


....bersambung..

9 ulasan:

sal berkata...

cantiknya pemandangan di sana ye...
moga perjalanan dan urusan semua dapat dibuat dengan baik dan lancar..ameen

kasihibu berkata...

seronok dapat tengk pemandangan, nak kesana memang tak sampailah kot....

Azian Elias berkata...

bestnya..jeles..jels... tau..

nnt kalau saya nak p, saya refer akak je lah.

sweetsal berkata...

sal;

alhamdulillah, urusan dipermudahkan..

sayangsayangibu;

InsyaAllah ada rezeki sampailah nanti..

Yan;

jgn jeles...hihi, blh je kalau nk pi sana blh refer akak @ anak..dia lebih pakar hehe..

sarah-najwan berkata...

bestnya akak..dpt rasa musim sejuk kat sana..dan pglmn berharga..rasa sedikit gempa tu kan..kalu saya pun takut kak sb xpenah rasa di msia..

sweetsal berkata...

sarah-najwan;

tu la sejuk gedi takleh tahan, tak biasa hehe, aha gegaran byk kali tau..

annazanariah berkata...

kakakku sayang... wahhh.. rindu pulak.. dah lama anna tak layan blog n BW.. akak ingat saya lagi tak? dah terlalu lama tak tgk, tup2 akak dah kat jepun.. wahhh.. jelesnye.. jgn lupa ole2 buat saya.. hheheh.. juz kidding..

sweetsal berkata...

annazanariah;

mestilah ingat, akak pn lama xsinggah blog anna..akak pn rindu jugakk..akak dh balik sini dah..best sgt2 dpt jalan2 tgk negara orang..hehe

annazanariah berkata...

bestnye kak.. saya ni jgn kan ke oversea, over the sea (sabah n sarawak) pun blum sampai lagi.. hehehe...