Rabu, Jun 16, 2010

BALIK KAMPUNG SINGGAH PENANG

Cuti sekolah dua minggu kami sempat pulang ke kampung halaman di Perak utara....sambil bercuti kami berlibur bersama famili ke Penang.....lama jugak tidak kesana, banyak perubahan yang ketara terutama sekali bangunan2 dan jalanraya yang sudah berubah....agak sukar jugak melalui jalanraya yang sempit dan penuh sesak dengan kenderaan lalu lintas....walau apa pun rintangan, akhirnya kami sampai ke destinasi yang di tuju.....


- melalui lorong pejalan kaki menuju ke Botanical Garden..


- mengisi matlumat 'survey' mengenai cadangan pembinaan pintu gerbang di pintu masuk...


- lepak2 di botanical garden, Tanjung Bunga..


- panas....panas....


- amboi lebarnya senyuman...




- aksi famili ku yang ceria....


- masa sampai di Batu Feringghi....


- pantai Miami, Batu Feringghi..


- anak bongsuku....


- berdepan bangunan MPPP dekat Padang Kota Lama...


- sempat lagi naik beca....teringat zaman kanak2 naik beca pergi sekolah....


- atas buaian tepi pantai miami....






- padang kota lama...nampak tak kapal tu macam 'mavi marmara' jer..






- gambar keluarga adik ku yang sepanjang percutian kami bermalam di rumah nya...



- dari kiri anak ku Fareez, Mirza dan Hafizul (anak sedara) yang jugak anak murid pengadil bola sepak piala dunia 2010 di Afrika Selatan
- bergambar di atas feri



Subkhidin bin Md Salleh adalah seorang guru yang mengajar subjek 'Kimpalan' di sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal, Pulau Pinang bukan sahaja telah mengharumkan nama negara malah memberikan satu kebanggaan kepada warga pendidik di negara kita....tahniah cikgu...!!!!


- ni dia kapal penumpang yang berlabuh di tepi Penang port...

p/s.......bersambung lagi....

Khamis, Jun 10, 2010

JOM BERKELAH DI TEPI SUNGAI DAN JAMBATAN GANTUNG


Apa kata kali ni jom berkelah dekat-dekat sungai dan naik jambatan gantung pulak....kalau sebelum ni dah jenuh bersiar-siar di kota raya atau bandar-bandar besar yang sarat dengan bangunan-bangunan tinggi, sekali sekala nak jugak bertukar haluan...sambil-sambil berehat dan menghirup udara segar serta menyaksikan keindahan sungai dan hutan yang menghijau membuat mata terpaku seketika menyaksikan keindahan alam.....kawasan perkelahan ini di beri nama Gembike oleh penduduk Jepun......Jom kita redah....!!!



- air sungai nampak bersih dan tenang....


- banyak batu-batan di sini....



Kelihatan bakul yang membawa makanan yang di pesan oleh pengunjung yang berkelah di kawasan ni....ada kedai yang menjual barang-barang makanan di atas bukit ni....ala-ala cerita RobinHood pulak....


- tengok bendera Malaysia dan Jepun di letakkan dalam bakul ini...


- taukeh kedai atas bukit sempat interframe lagi....



Pengunjung-pengunjung yang datang ke sini akan di ambil gambar sebagai kenang-kenangan...gambar-gambar mereka akan di gantung di tepi kedai supaya orang ramai dapat melihat berbagai bangsa yang pernah melawat ke tempat ini..


- di sebelah kanan adalah anak ku yang sedang belajar di Jepun...

Tempat perkelahan ni tidak jauh dari kawasan anak ku belajar....cuma naik bas sahaja...lebih kurang 15 minit dah sampai...


- tempat sewa kuda jugak di sediakan....


- bersama-sama pelajar2 Jepun....


- terdapat jambatan gantung....


- permandangan sungai dari atas jambatan gantung....


- kelihatan pengunjung yang berkelah di kawasan ini...


- hutan2 yang cantik lagi bersih....



Gambar anak ku di dalam suratkhabar Jepun....ketika di temuramah oleh wartawan Jepun semasa membuat kad pelajar asing...tulis dalam bahasa Jepun pulak....Ada sape-sape boleh cakap Jepun?...nanti tolong komen ok!

Ahad, Jun 06, 2010

JALAN-JALAN DI PESTA NASI LEMAK 1MALAYSIA

Awal-awal pagi kami dah bertolak ke Putrajaya semata-mata nak melihat fiesta nasi lemak 1Malaysia...kami sampai lebih kurang pukul 1.30 tengahari....cuaca di waktu ni memang panas terik, memandangkan cuaca yang begitu panas, pengunjung yang datang tidak lah begitu ramai, kami jangka kan mungkin pengunjung ramai datang pada sebelah petang...

Setibanya di tapak pasar tani precint 2, kami terus saja mencari lokasi nasi lemak yang di katakan akan diberikan secara percuma....hajat kami untuk menikmati nasi lemak 1Malaysia yang pelbagai rasa tak kesampaian di sebabkan kami datang mungkin terlewat sikit atau sebenarnya nasi lemak sememangnya tak cukup...habuk pun tarakkk....hampeh....!! kempunan jugak lah....dah memang takde rezeki kami....ramai jugak pengunjung yang datang merungut....apa nak buat....kami cuma dapat minum nescafe percuma dan makan cucur kodok yang berdekatan dengan gerai pertandingan nasi lemak....selepas tu kami ambil kesempatan bersiar-siar di sekitar Putrajaya....



- seramai 60 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan nasi lemak..


- tarian kebudayaan...


- ramai pengunjung yang datang pada sebelah petang...


- bergambar selepas keluar dari tapak pesta...


- pose dekat dataran putra....


- jalan-jalan sambil ambil gambar kanak-kanak mengayuh basikal roda tiga..


- canggih la basikal ni....


- perahu sewa RM20 seorang....mahalkan...


- bola-bola air sewa RM30 untuk 2 orang....


- senyum mak dara.....


- tadi memang fikir nak naik perahu ni....entah tiba2 tak jadi pulak...


- pose maut ke?


- atas escalator pun nak posing jugak....

Selepas jalan-jalan sekitar Putrajaya, kami sempat singgah bermain bowling di Alamanda...


- ni main bowling ke main gasing....hehe


- hampir-hampir nak tertomoih....hahaha


- gaya macam pro brother....


- pose selepas tamat satu game....


- pekena waffle ais-krim pulak selepas habis main bowling....




- sebelum balik pekena kotiau goreng dulu....

Sabtu, Jun 05, 2010

NASI LEMAK 1MALAYSIA

Pada 4hb/5hb & 6hb JUN 2010 di Dataran Putrajaya





Bestnye makan nasi lemak free tu.....sebanyak 10 ribu akan di edarkan secara percuma kepada para pengunjung Fiesta Nasi Lemak 1Malaysia pada hari ini Sabtu dan Ahad.....

Jom pakat ramai-ramai berkunjung ke Putrajaya....jangan lengah-lengah lagi kalau nak makan nasi lemak....sempat lagi promote ni....

Nasi lemak + sambal sotong + sambal kerang + telur mata....pekena dengan teh tarik....
Perghhhhhhhhh......!!!

P/s.....esok Ahad masih sempat lagi nak pi...


Khamis, Jun 03, 2010

JALAN-JALAN CARI MAKAN

Memang terliuq sapa yang tengok gambar-gambar nie.....kek yang paling aku suka begitu jugak dengan anak-anak ku....antara banyak-banyak kek, cheese kek dan coklat kek yang menjadi favorite kami sekeluarga....sambil jalan-jalan pusing-pusing cari barang-barang keperluan anak ku ternampak pulak kek yang harga nya agak murah....biasanya di jual dengan harga RM65.00 tapi yang ni di jual dengan separuh harga cuma RM33.00....memang berbaloi-baloi sedapnye tak terkata....hmmm....enak!!


- cheese kek yang baru di masak....



Yang pelik nya kek ni tak dapat di simpan lama-lama sebab memang teruja sangat nak makan...sempat jugak lah simpan dulu di dalam peti ais sementara nak mengemas barang-barang lain.

- sedap dan enak...gebunye..




Tengok la tak sampai sehari kek ni dah tinggal separuh....sapa la yang mengerjakannya...anak-anak ku memang suka makan benda-benda yang cheesy ni....kalau spaghetti pun ada cheese, kek pun mesti nak yang ada cheese jugak.......agak-agak bila nak belajar buat kek ni....aku masih tak pandai lagi kalau nak di bandingkan dengan coklat kek...coklat kek aku dah kira pakar lah sebab dulu selalu buat masa time anak-anak masih kecik-kecil lagi....sekarang macam dah takde masa pulak....senang-senang beli je kat kedai....abis cerita....rasa pun boleh tahan....


hiii.....sedap nye....


Yang di atas ni memang favorite kami jugak....kalau pegi jalan-jalan nak tengok wayang, pasti ais-cream waffle yang kami tuju dulu.....hmmm....rasa yang enak dengan ais-cream pasti terangkat habis.....order satu pun dah cukup sebab bila makan memang kenyang giler....berbaloi!!!

PERSIAPAN KE IPTA - 90% SIAP

Sejak kebelakangan internet ni selalu sangat bual hal….terlalu lembab..blogwalking pun tak sekerap yang boleh …urusan memohon biasiswa atau pinjaman untuk anak ku terpaksa dibuat di cyber cafe saja…nak buat entri baru pun kekadang terasa malas dan tiada mood….aku hanya berblogwalking yang mana sempat sahaja itu pun hanya sekejap, selepas tu kena off desktop dan buat kerja2 yang lebih berfaedah….bosan kalau internet slow sangat….

Hari ini semua masalah dah selesai…..keadaan pulih seperti biasa…tiada lagi masalah internet yang lembab….rupa2 nya seluruh kawasan yang sewaktu dengan nya menghadapi masalah yang sama…aku tak pasti apa punca nya….

Aku bukan lah nak membebel pasal ni…..ada lagi perkara yang lebih mustahak nak ku kongsikan di sini mengenai anak bujangku yang akan mendaftarkan diri di IPTA hujung bulan ni…segala persiapan hampir 90% dah siap….tinggal lagi barang2 kecil yang perlu di bawa bersama nanti…..


- kasut kulit hitam yang baru di beli...


- kasut sukan dan sandal wajib ada...


- barang2 keperluan untuk orang bujang....

Segala yuran pendaftaran, medical check-up dan x-ray dan sebagainya telah pun aku uruskan minggu lepas….banyak jugak perbelanjaan untuk ke universiti ni….kira-kira hampir RM2 ribu jugak lah habis untuk tujuan ni….rasanya perit jugak lah…tapi apa boleh buat….demi pelajaran dan masa depan anak ku….aku sanggup berkorban apa saja…..

Asalkan anak ku gembira…aku pun tumpang gembira jugak…kalau anak ku menangis aku pun menangis jugak….macam sehati sejiwa pulak….hehe!...itulah satu-satu anak bujang ku yang dari kecik sampai besar tak pernah berjauhan dengan ku….tak tau lah macam mana keadaan nanti bila berjauhan mungkin rindu teramat sangat kut….pandai-pandai lah dia menguruskan diri sendiri....

Nasib baik lah tempat pengajian tu tak berapa jauh…boleh la jenguk2 sekali sekala atau pun boleh call selalu atau sms saja….zaman sekarang tak macam dulu lagi, dah ada internet senang nak berurusan dengan anak-anak..