Rabu, Januari 06, 2010

Jom pergi Melancung..



Lama jugak aku tak pergi melancung...teringin pula rasa nya nak pergi jalan2...tahun lepas aku tak pergi ke mana2 pun...banyak sangat halangan...mungkin tahun ni aku cuba meluangkan masa bersama dengan anak2ku...tengah fikir di mana tempat yang best...tolong bagi cadangan..hehe!

Selasa, Januari 05, 2010

Rumah sewa ku..

Aku baru je balik dari KL….awal2 pagi aku bersama anak ku pergi ke rumah sewa ku di Keramat setelah penyewa rumahku mengosongkan rumah tersebut baru2 ini….aku dapati rumah sewa ku dalam situasi yang tidak menyenangkan…pintu utama didapati rosak begitu jua dengan kipas siling tidak berfungsi dengan baik…itulah susah jugak kalau bagi orang lain sewa…macam2 masalah akan timbul…kalau biarkan kosong pun masalah jugak sebab setiap bulan kena bayar bank…hendak tak hendak kena lah sewa pada orang..aku memang nak jual rumah ni…sekarang ni aku masih mencari-cari pembeli yang layak…tempat ni memang strategik dan sangat baik untuk pelaburan…tak rugi beli!!..

Isnin, Januari 04, 2010

Memori ku..

Hari ini bermula sesi baru persekolahan tahun 2010…Pelbagai ragam serta gelagat murid2 tahun satu sehingga mewujudkan suasana ceria di sesebuah sekolah…Terbayang di fikiran ku semasa anak bongsuku mula2 masuk sekolah Tadika duabelas tahun yang lalu…Anak ku menangis tidak mahu masuk ke dalam kelas…hinggakan anak ku sanggup memanjang pagar untuk pulang ke rumah..nasib baik ada guru sempat menangkap anak ku ..ketika itu suamiku meninggalkan nya kerana urusan kerja…aku pula menguruskan anak perempuan ku di sekolah lain…kini semuanya menjadi kenangan manis yang masih terpahat di ingatanku…itulah kisah2 ku semasa anak2ku masih kecil…kini mereka semua telah dewasa…kesemua anak2 ku telah habis belajar di sekolah menengah…ketika ini dua orang anakku telah pun melanjutkan pelajaran…hanya tinggal anak bongsu ku yang masih menunggu keputusan SPM…

Apartment untuk di sewa...

Apartment untuk disewa @ dijual.

APARTMENT UNTUK DI SEWA/DIJUAL….

LOKASI : AU3 KERAMAT/SETIAWANGSA

BERHAMPIRAN STESEN LRT, KLCC, JAYA JUSCO, CAREFOUR

Berminat boleh menghubungi :

SAL – Tel: 012-3978609

Barangan Terpakai...

Semalam sempat aku mengemas baju2 terpakai…daripada terbiar lama tak guna lebih baik aku kemas dan himpun baju2 terpakai..boleh jugak aku serahkan kepada yang memerlukan…Baju2 ni pun aku dah serahkan kepada satu keluarga melayu…Ada banyak lagi yang belum sempat aku kemaskan…baru2 ni aku dijemput menyertai program kebajikan anjuran Biro Kebajikan Kawasan Rukun Tetangga Fasa 3 di kawasan rumah ku.

Nama Program : Program Cahaya Kasih

Tarikh : Bermula 04/01/2010 sehingga 05/02/2010

Program ini bertujuan untuk memberi sumbangan kepada Rumah Warga Emas dan Rumah Anak2 Yatim…Sumbangan yang diperlukan adalah seperti berikut:-

- Pakaian terpakai/baru

- Kasut terpakai/baru

- Buku-buku pelajaran

- Barangan keperluan bayi

- Barangan makanan yang tidak mudah rosak

Bagi menjayakan program kebajikan ini, sumbangan dari anda semua sangat2 dialu-alukan…Semua barangan hendaklah dibungkus dengan baik supaya tidak kotor dan rosak semasa dalam proses pengumpulan..

Semua barangan sumbangan boleh diserahkan kepada nama2 berikut:-

1) Tuan Hj Omar Bin Zainal – Pengerusi KRT. Tel: 012-3821347

2) En Mohd Nor bin Hamzah – Timbalan Pengerusi KRT. Tel: 017-6413674

3) En Suwai bin Johar – Ketua Biro Kebajikan & Sosial. Tel: 013-3523317

Terima kasih…

Jom shopping kat Nilai 3...

SELAMAT TAHUN BARU 2010…….

Semoga tahun baru ini lebih bermakna dan membawa keberkatan untuk kita semua…

Sempena cuti tahun baru ini, sempat juga aku meluangkan masa menemani adik ku pergi membeli-belah di Nilai 3 dimana di sini memang terkenal dengan syurga membeli-belah…ramai pengunjung dari seluruh negeri datang ke sini..Ada bermacam-macam barangan di jual di sini, antara nya perkakas2 dapur, barang2 kelengkapan rumah seperti…karpet, langsir, tilam, cadar, kain2 ela dan macam2 lagi…pendek kata sebut saja apa yang kita hajat semua nya ada….

Lihatlah foto2 yang sempat aku rakamkan…

- pekan Nilai 3...

- berlambak-lambak tilam kekabu...sedap
buat tidur...

- adik ku tengah memilih karpet...mat arab
ni interframe pulak...

- senyum..senyum Ayuni..comel..

- ibu dan anak posing kat gerai jual tudung..

- sempat lagi posing dengan set cadar...

- sakan jugak shopping nie...

- wow...banyak nye..lepas ni boleh la jual kat
pasar malam..

On the way balik, kami sempat singgah untuk
menjamu selera di gerai berhampiran padang
golf berdekatan dengan rumahku...

- pekena cendol pulut...sedap siut...


- kami oder kotiaw goreng kerang, laksa dan
mee bandung..berbaloi makan kat sini..sedap2!