Isnin, Januari 11, 2010

SEMALAM DI KL..

Petang semalam aku menghantar anak bujang ku pulang ke asrama nya di UIA…
Dalam perjalanan aku singgah banyak tempat kerana banyak urusan yang belum selesai..singgah di pasaran MYDIN, membeli sedikit barang2 keperluan anak ku…selepas itu singgah pulak di bank membayar segala hutang piutang..Seterusnya aku menuju ke KL melalui jalan highway Kesas, sebelum sampai UIA aku sempat singgah di WANGSA WALK…shopping kompleks yang baru di buka di Wangsa Maju…tempat ni cantik…jalan2 di dalam bangunan sedikit berbukit..memang aku tak pernah tengah design yang macam ni…agak memenatkan juga….macam kita tengah buat exercise dalam bangunan…mana kan tidak nama nya pun Wangsa Walk..jalan2 lah…kami just jalan2 tengok kedai2 shopping kompleks lebih kurang macam dekat ALAMANDA.. banyak restoran di sini…ada pusat hiburan seperti Kareoke, panggung wayang masih dalam pembinaan…kedai2 butik dan macam2 lagi lah..

Sambil kami berjalan-jalan teringin pulak nak makan Ice-Blended…kami cari kedai Starbuck di dalam Wangsa Walk tapi nasib tak baik..takde pulak…teringin punya pasal kami terus pergi ke JAYA JUSCO yang tak jauh dari situ…akhirnya dapat lah makan…ni kali kedua aku merasai ice-blended starbuck…memang sedap!



- ode 2 lagi..sebelah kiri Honey Lemon Capucinno &
Hazelnut Mocha Ice-Blended..


- hmm..yummi2...sedap!

- ni dalam Wangsa Walk..

Ahad, Januari 10, 2010

SCB KL MARATHON 2009


Foto2 di bawah ini di ambil semasa acara SCB KL Marathon 2009 di adakan pada bulan Jun tahun lepas....beribu-ribu peserta mengambil bahagian dari dalam negeri dan luar negara...Acara2 yang di pertandingkan ialah larian Full Marathon (42km), Half Marathon (21km), 10km dan 5km/fun run...Acara ini di adakan di Dataran Merdeka, KL.

Anak ku mengambil bahagian dalam acara 10km....jauh jugak tu...penat giler...walaupun jauh tapi tetap sampai ke garisan penamat...ambil masa sejam jugak lah untuk sampai...akhirnya dapat jugak medal dan sijil penyertaan....





  • Larian bermula jam 6 pagi
  • Anak ku dengan medal nya









  • Penyampaian hadiah kpd pemenang
  • Nana menjaga di bhg garisan



  • Sempat posing selepas tamat larian
  • Nana dan Mirza sebagai Volunteer







Sabtu, Januari 09, 2010

MACAM2 PENYAKIT..

Tak sangka pulak ada bermacam-macam penyakit dalam tubuh kita, ada penyakit jantung, kencing manis, gout, darah tinggi dan macam2 lagi...terbaru...penyanyi FAIZAL TAHIR pulak ada penyakit yang di beri nama DVT (trombosis pembuluh darah)...Nak tahu lebih lanjut...(KLIK DISINI)...untuk membaca kisah beliau..

Jumaat, Januari 08, 2010

ANNUAL DINNER..

Seperti yang telah aku janjikan...foto2 koleksi dari KTJ (dulu di kenali PPKTJ) mengenai graduation annual dinner pelajar2 kelas anak ku semasa menuntut di tahun satu....layan je lah..

















JOM JENGUK JAP..

Sesiapa yang berminat nak membaca artikel dalam harian metro, nak tengok borak Paknil...
(klik sini) .....jangan tak baca pulak, hehe!




Khamis, Januari 07, 2010

CUTI-CUTI

Teringat aku semasa pergi bercuti di Port Dickson, foto2 ni masih tersimpan dalam koleksi,
jadi biarlah aku postkan dalam entry ni...layan je laa!!


- my girl...farah

- anak sulungku...mirza


- my two heroes..

- anak bongsu ku..fareez


- my hero...mirza

Ada banyak lagi koleksi2 foto....nanti aku post dalam entry ni..















Harian Metro - Berita Sedih..

TAMPIN: Isteri kepada mangsa pembunuhan kejam di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, dekat sini, kelmarin, hanya mendapat tahu suaminya dibunuh kira-kira jam 4.50 petang ketika dia bekerja di sebuah kilang di Gemencheh.

SEDIH... Zaharah (kiri) bersama penduduk kampung menunggu jenazah suaminya, tiba dari Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.
SEDIH... Zaharah (kiri) bersama penduduk kampung menunggu jenazah suaminya, tiba dari Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Zaharah Atan, 59, isteri kepada Ismail Awang, 76, berkata penduduk kampung itu yang menjemputnya di tempat kerjanya sebelum memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.


Dia yang terkejut dan sedih dengan kejadian menimpa ahli keluarganya itu mengakui anaknya Rashidi, 34, yang dipercayai boleh membantu siasatan dalam kes itu tidak pernah buat masalah kepada keluarga, malah sebelum ini juga mereka sekeluarga tiada perselisihan faham antara satu sama lain.


“Walaupun Rashidi jarang balik kampung dan kali terakhir pada hari raya puasa lalu, namun dia tidak pernah menimbulkan masalah kepada keluarga, dia anak yang baik.


“Dia sebelum ini pernah bekerja sebagai pegawai bank, tetapi berhenti dan kini bekerja di sebuah kedai makan di Kuala Lumpur. Jadi kami tidak pernah mengesyaki sesuatu terhadapnya, malahan antara kami anak-beranak terutama dengan Rashidi juga tidak pernah berlaku perselisihan faham.


“Saya sama sekali tidak menyangka kejadian ini boleh berlaku dan apa yang menyedihkan saya ialah cara pembunuhannya,” katanya yang masih tidak dapat menahan sebak ketika ditemui, semalam.


Dalam kejadian kelmarin, empat beranak iaitu Atan Daud, 90, yang juga bekas imam, isterinya, Sufiah Keatas, 80, menantu, Ismail Awang, 76, dan cucunya, Siti Khadijah, 22, mati dalam keadaan mengerikan apabila dibunuh kejam. Lebih menyayat hati mayat Ismail ditemui dengan kepala bercerai akibat dipenggal manakala mayat Atan dan Sufiah pula putus tangan.


Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10 pagi tetapi hanya disedari pada kira-kira jam 3 petang oleh Siti Mariam Ismail, 19, yang balik dari sekolah.


Mengenai tanda pelik suaminya, Ismail sebelum dia dibunuh, Zaharah berkata, tiada perubahan sikap ketara yang berlaku pada suaminya itu kecuali dia kerap berleter sejak akhir-akhir ini berbanding sebelum ini.


Menurutnya, Allahyarham juga pernah bercadang untuk balik ke kampungnya di Pasir Puteh Kelantan tetapi membatalkannya kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan dan masalah banjir yang kerap melanda di kampung halamannya itu.