Khamis, Februari 04, 2010

APA PUNCANYA? - penyakit jantung

Tanpa mengira peringkat usia dan gaya hidup, penyakit ini di takuti ramai kerana kehadirannya tidak disedari dan bakal menyerang pada bila-bila masa sahaja, tanpa sebarang tanda mahupun isyarat. Jika dahulu, penyakit jantung hanya dihidapi oleh warga tua tetapi kini, semakin ramai kanak-kanak dan golongan muda yang turut menjadi mangsa.

Diantara faktor penyumbang kepada risiko yang berkaitan dengan kejadian kardiovaskular adalah seperti merokok, tekanan darah tinggi, pemakanan yang tidak baik atau berat badan berlebihan, kurang aktif atau tidak bersenam secara berkala dan tekanan.

Oleh itu, setiap individu disarankan agar mengamalkan cara hidup yang sihat agar dapat mencegah daripada terkena penyakit ini.

Tanda-tanda Penyakit Jantung

  • Berpeluh
  • Sesak nafas
  • Loya
  • Tercungap-cungap apabila kepenatan
  • Degupan jantung luar biasa
  • Sakit pada bahagian dada
  • Penyakit arteri koronari
  • Angin
  • Lemah jantung
  • Kematian mengejut
Faktor Utama Penyakit jantung

  • Kadar kolesterol yang tinggi
  • Merokok
  • Tekanan darah tinggi
  • Diabetes militus
  • Sejarah keturunan keluarga
  • Kurang bersenam atau melakukan aktiviti fizikal
  • Tekanan
  • Berlebihan berat badan
Kaedah Berkesan Ke arah jantung Sihat

  1. Makan secara sihat. Kurangkan pengambilan lemak dan daging binatang. Tindakan ini menolong mengelak terjadinya pengerasan pada arteri iaitu salah satu punca tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan strok.
  2. Berhentilah merokok. Saranan kerajaan yang sering kita dengar tetapi tidak ramai yang mematuhinya. Sesiapa sahaja yang terdedah secara langsung dengan asap rokok, berisiko mendapat serangan jantung, apatah lagi bagi mereka yang merokok.
  3. Ringan-ringankan tulang untuk bersenam. Pelbagaikan bentuk senaman agar anda tidak bosan untuk bersenam setiap hari. Jadikan ini sebagai suatu amalan ke arah gaya hidup yang lebih sihat.
  4. Kekalkan berat badan ideal. Berat badan berlebihan membebankan jantung, jadi cuba dapatkan berat badan yang bersesuaian dengan ketinggian anda.
  5. Elakkan tekanan. Cuba belajar bertenang, beribadat, berehat sambil mendengar muzik, beriadah dan berfikiran positif akan membuatkan anda merasa sihat.
  6. Sekiranya anda mempunyai sejarah keturunan yang berpenyakit jantung, jalanilah ujian pemeriksaan tekanan darah secara berkala.
Pssstt...di bawah ini ada 10 jenis makanan antikolesterol yang boleh menjadi panduan pemakanan yang sihat jika kita amalkan selalu... Jagalah kesihatan untuk kesejahteraan hidup kita..

10 JENIS MAKANAN ANTIKOLESTEROL

KACANG SOYA

Kacang soya merupakan makanan popular yang di proses untuk mendapatkan kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).

KUACI

Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolesterol LDL sekali gus menghadkan kolesterol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolesterol.

BUAH KERING

Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam brokoli, tomato, bawang serta delima.

BUAH EPAL

Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.


IKAN TUNA

Ikan tuna termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salmon dan makeral. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL.


KACANG TANAH

Kacang tanah yang di panggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

BUAH MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain ialah belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolesterol LDL dalam tubuh.

KISMIS
Kismis mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol. Setiap yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8%.

OAT

Lebih daripada kajian saintifik yang di jalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolesterol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolesterol anda.


JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai.


Rabu, Februari 03, 2010

AL-KISAH PENDAYUNG SAMPAN


Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam.

Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian di goyang-goyang, selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali.

Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm...Hari nak hujan".


"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.


Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai... Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan..

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.


"Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dengan ringkas.

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya".


"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi"?

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."


Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.


"Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya..Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu di habiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar... Sampan itu di lambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?"


Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai...

.

*Morale of the Story:*


Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.


Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang di ceburi..

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yang di kumpulkan jika bukan untuk di gunakan dan boleh di gunakan?

Hikmat Inspirasi:

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.

Usaha sempurna adalah kemenangan ..




KENAPA KITA PERLU BALIK KERJA AWAL

P/s: Buat renungan untuk ibu2 yang bekerja...

Pastikan kerja sudah beres dan kita kerja yang sebenar2 kerja memenuhi keperluan peraturan dari segi masa, produktiviti dan kualiti, sesuai dengan gaji yang kita perolehi..Bahagiakan ahli keluarga, ahli organisasi, jiran, kerabat dan sahabat serta alam seluruhnya. Semoga kita berbahagia di dunia dan di akhirat dengan limpah rahmat dan keberkatan Allah SWT..

Baca pelan2 dengan penuh penghayatan..

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh2"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar muzik,
Terdengar suara halus datang membisik,

Bila bersama orang tak di kenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci,

Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur,

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang ungu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya, "Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang ungu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita bekerja akan senang2 mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak BIJAK! Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?

FAMILY = (F)ATHER (A)AND (M)OTHER (I)(L)OVE (Y)OU

HARGAI LAH KELUARGA ANDA