Sabtu, Mei 07, 2011

SPRING IN JAPAN 2011 - 07/04/11 (DAY 3)

Itinerary kami seterusnya ke Sumida River Cruise (Tokyo Cruise), kami berjalan kaki lebih kurang 15 minit dari hostel. Sampai sini kami beli tiket untuk naik Himiko waterbus. Harga tiket 1,520 yen seorang. Perjalanan dari Asakusa ke Odaiba mengambil masa 50 minit. Sepanjang menyusuri sumida river, kami melalui sebanyak 12 jambatan yang berwarna warni dan pada masa yang sama kami dapat melihat permandangan, bangunan tinggi dan jugak melihat pokok sakura yang sedang berkembar mekar....betapa cantiknya!!



- Tokyo Cruise...

- harga tiket untuk bot ni tak sampai 1000 yen...


- kami pilih himiko waterbus...hihi

Bot yang kami naik agak mahal, kalau convert to RM jadi 55 ringgit seorang, teringin punya pasal kami berdua pilih waterbus je lah. Bot ni seakan space ship....tak ramai pun penumpang kat dalam ni, ramai yang naik bot yang lebih murah....hehe


- bahagian pintu masuk waterbus....


- di dalam waterbus....


- bandar Odaiba...

Bila sampai Odaiba kami jalan2 kawasan sekitar seperti Odaiba Marine Park, Fuji Television, Hotel Nikko dan masuk shopping kompleks...dah penat berjalan terasa lapar pulak, nak cari nasi memang lah tak jumpa makanan halal, yang ada pun dan yang boleh di makan kami singgah restoran Saizeriya, restoran ala2 pizza hut....


- ni je yang dapat kami makan, spagheti telur separuh masak + cili + garlic + olive oil dgn air oren..

Lepas perut dan kenyang, kami teruskan perjalanan naik tren di Odaiba Kaihin Koen station ke Shimbashi dan terus ke Shibuya melalui Yamanote Line, Shibuya adalah pusat membeli belah yang terkenal, sampai sini kami bershopping ala kadar....hehe


- bandar Shibuya...

- bandar Harajuku

Dari Shibuya kami teruskan perjalanan menaiki tren ke Harajuku dimana tempat ini adalah tempat golongan remaja, muda mudi menghabiskan masa membeli belah, di sini boleh lihat pelbagai fesyen remaja terkini. Kami cuma singgah di kedai 100 yen, ala2 kedai rm5 gitu...Dari Harajuku kami naik tren dan terus pulang ke hostel...teramat penat....

- terjumpa rakyat M'sia di Nakamise street, Asakusa

Masa nak balik ke hostel kami terjumpa rakyat M'sia, kat Jepun agak sukar nak jumpa orang melayu, kalau ada pun mereka ni tinggal di serata Jepun, memang jarang tengok bangsa asing di Tokyo, kalau jumpa tu memang kebetulan.....

Lebih kurang pukul 11.30 malam, sebelum tidur ada lagi gegaran gempa, kali ni terasa lebih lama, katil dua tingkat dan almari bergoyang...rupa2nya di Miyagi utara timur laut Jepun gempa lagi berukuran 7.4 magnitud....hihi seramm....

video video
- yang sempat kami rakam bandar Shibuya dan dalam waterbus....

Rabu, Mei 04, 2011

SPRING FLOWERS OF JAPAN 2011

Sepanjang perjalanan ke Jepun, hati saya memang berbunga-bunga nak tengok bunga yang sedang mekar di bumi Jepun, terutama bunga sakura, nasib saya baik dapat melancong pada bulan April iaitu musim bunga di Jepun....sepanjang kami berjalan dapat jugak lah snap bunga2 di tepi jalan, di tepi rumah dan di mana saja yang kami jumpa....hehe

Di sini ada beberapa gambar bunga sakura dan pelbagai bunga yang lain yang saya nak kongsikan bersama sewaktu saya berkunjung ke Jepun pada awal bulan April yang lepas.....jom cuci2 mata...

- bunga sakura



- sakura warna pink....

- sakura warna putih..

- tak pernah tengok bunga ni...

- bunga ros pink...cantikk..






- ni bunga daisy ke?



p/s: nanti saya sambung balik kisah spring in japan day 3...ada masalah teknikal masa nak upload..tu yang tertangguh..hhee